31/05/2026
Seluruh warga Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:
🌸 Selamat Hari Wesak (31 Mei 2026) kepada semua umat Buddha.
🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan buat seluruh masyarakat Kadazandusun di Sabah, dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Dayak di Sarawak yang meraikan Hari Gawai!
👑 Dirgahayu Tuanku! Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Walaupun kita meraikan pelbagai perayaan yang berbeza dalam satu masa, inilah keunikan kita sebagai sebuah keluarga besar.
Bagi yang memandu pulang ke kampung halaman atau bercuti, pandulah dengan cermat.
Selamat menyambut cuti perayaan dan hujung minggu yang panjang daripada kami di Pusat Kesihatan UNIMAS! 👨⚕️👩⚕️💙
26/05/2026
Pusat Kesihatan UNIMAS ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada semua warga kampus UNIMAS dan seluruh umat Islam. 🕋✨
Hari Raya Aidiladha mengajar kita tentang erti pengorbanan yang sebenar, keikhlasan yang mendalam, serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Semoga momentum perayaan ini memperkukuhkan lagi semangat kita untuk terus berbakti dengan penuh tulus ikhlas demi kesejahteraan komuniti.
Bagi yang pulang ke kampung halaman atau melakukan perjalanan, pandulah dengan cermat dan utamakan keselamatan diri serta keluarga. Selamat menjalankan ibadah korban buat yang melaksanakannya! 🐑❤️
Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Pusat Kesihatan UNIMAS
26/05/2026
💼 Sesi Temuduga Calon Pembantu Medical Standby MAP Pra-U (Sesi 1) 💼
25 Mei 2026 - Semalam telah berlangsung dengan jayanya Sesi 1 temuduga bagi calon-calon yang telah disenarai pendek sebagai Medical Standby Assistant untuk Minggu Aluan Pelajar (MAP) Pra-Universiti yang akan datang.
Sesi penilaian ini penting bagi memastikan barisan pembantu yang terpilih mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi dan komited dalam memberikan sokongan terbaik bersama pasukan perubatan PKU sepanjang majlis berlangsung.
📌 Perhatian:
Tarikh untuk Sesi 2 akan diadakan tidak lama lagi.
Keputusan penuh pemilihan calon akan diumumkan selepas cuti perayaan nanti.
Terima kasih diucapkan kepada semua calon Sesi 1 atas komitmen anda! 🤝✨
26/05/2026
🏃♂️ Medical Standby: OSH Fun Run 2026
23 Mei 2026, FSSK - seramai 3 orang staf Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) telah menjalankan tugas medical standby bagi program OSH Fun Run 2026 (5KM) bertempat di Ruang Legar LG, FSSK, UNIMAS.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada barisan petugas PKU yang komited memastikan keselamatan dan kesihatan para peserta sepanjang program berlangsung:
PPP Pn. Mylosco Did anak Jonas
Jururawat En. Bikin anak Runie
Pemandu Ambulans En. Yazid bin Taili
22/05/2026
📸 SELESAI SESI CME PAGI TADI: JOM FAHAMI HAK CUTI ANDA! 📢
Alhamdulillah, selesai sudah sesi Continuous Medical Education (CME) pagi tadi yang dibawakan khas oleh Team Pentadbiran.
Sesi yang cukup santai tapi padat dengan ilmu penting! Banyak perkara yang dikupas mengenai hak-hak cuti kita sebagai kakitangan dan bagaimana untuk patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Lepas ni, bolehlah rancang dan mohon cuti dengan lebih lancar tanpa was-was.
Terima kasih diucapkan kepada Team Pentadbiran, Pn. Noorfasyiha Binti Mohamed, Penolong Pegawai Tadbir PKU dan Pn. Halimah Binti Khalik Lamat Pembantu Tadbir PO PKU, atas perkongsian yang sangat bermanfaat, serta semua warga PKU yang hadir memberikan komitmen pagi tadi.
20/05/2026
🏃♂️ Jom Langkah Sejahtera: Kempen Anti Rokok & V**e 🚭
Alhamdulillah, selesai sudah program petang tadi! Walaupun sambutan agak sederhana disebabkan faktor cuaca yang agak panas terik ☀️, ia tetap berjalan dengan lancar dan ceria.
Kali ini, Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) amat bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan anak-anak muda hebat dari Kolej Cempaka sebagai Zumba Instructor kita:
Alvey Carlson Anak Augustine Hacks (108861)
Dexter Majang anak Harold Panji (109619)
Terima kasih atas tenaga dan komitmen yang diberikan. Memang sporting habis! Semoga ada rezeki untuk kita berkolaborasi lagi dalam program akan datang.
Terima kasih juga kepada semua yang hadir menyokong kempen kesihatan ini. Kekal sihat dan aktif! 💪✨
**e
20/05/2026
LAWATAN MQA KE PKU 🏥✨
Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) hari ini menerima lawatan secara rambang daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi harian, kemudahan fasiliti, serta kualiti perkhidmatan kesihatan yang disediakan untuk warga kampus. Pihak PKU sempat berkongsi taklimat ringkas mengenai pengurusan perubatan yang diamalkan di sini.
Terima kasih MQA atas kunjungan dan maklum balas yang diberikan. Kami di PKU sentiasa komited dalam mengekalkan kualiti perkhidmatan terbaik untuk semua! 💪❤️
20/05/2026
STAF PKU, JUGA FASILITATOR MPU BERJAYA MELAKSANAKAN PROJEK KHAS KOKURIKULUM 🎉
16 Mei 2026 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua (2) orang staf Pusat Kesihatan UNIMAS (PKU) yang telah memberikan komitmen tinggi sebagai fasilitator kursus kokurikulum dalam menjayakan projek khas komuniti 👏👏
🎵 Subteras Basic Vocal Techniques - Dr Nurnazarina binti Mahrif
🏀 Subteras Bola Jaring - En Bikin anak Runie
Bukan sekadar menjalankan tugas hakiki di klinik, staf PKU kita juga aktif turun ke padang, menyumbang tenaga, dan berkongsi kepakaran demi memperkasakan komuniti luar bandar.
Terima kasih kepada pihak sekolah, para peserta, dan seluruh jawatankuasa yang memberikan kerjasama luar biasa sepanjang acara berlangsung. Anda memang terbaik! 🌟🙌