PTAR Cawangan Sarawak

PTAR Cawangan Sarawak Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM cawangan Sarawak ditubuhkan pada tahun 1973 selari dengan p

24 OGOS 2026 | 11 RABIULAWAL 1448H (ISNIN)SALAM MAULIDUR RASUL 1448HMaulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran ins...
24/08/2026

24 OGOS 2026 | 11 RABIULAWAL 1448H (ISNIN)
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Maulidur Rasul bukan sekadar mengenang kelahiran insan mulia, tetapi sebuah kesempatan untuk kita kembali menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai teladan sepanjang kehidupan.

Dalam kesibukan melaksanakan amanah dan tanggungjawab, semoga kita tidak pernah lupa untuk menyemai nilai kasih sayang, keikhlasan, kesabaran dan ihsan sebagaimana yang dicontohkan oleh Baginda.

✨ “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu…”
— Surah Al-Ahzab, 33:21

Semoga sambutan Maulidur Rasul 1448H ini menjadi titik untuk kita memperkukuh iman, memperindah akhlak, memperbanyakkan selawat serta menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada Timbalan Ketua Pustakawan dan seluruh warga PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production



24 OGOS 2026 | 11 RABIULAWAL 1448H (ISNIN)LAWATAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PONTIANAKAlhamdulillah, Galeri Islam Nusantar...
24/08/2026

24 OGOS 2026 | 11 RABIULAWAL 1448H (ISNIN)
LAWATAN UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH PONTIANAK

Alhamdulillah, Galeri Islam Nusantara (GIN), PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah menerima kunjungan delegasi daripada Universitas Muhammadiyah Pontianak, Indonesia.

Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Linda Suwarni, Wakil Rektor, bersama beberapa orang pensyarah daripada pelbagai fakulti.

Lawatan ke GIN ini menjadi ruang perkongsian ilmu dan pertukaran pandangan berkaitan sejarah, perkembangan serta khazanah Islam di Nusantara. Kunjungan sebegini turut memperkukuh hubungan akademik dan silaturahim antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam memartabatkan ilmu, budaya dan warisan Islam di rantau Nusantara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Universitas Muhammadiyah Pontianak atas kunjungan ke Galeri Islam Nusantara. Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu pada masa akan datang.

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production



24 OGOS 2026 | 11 RABIULAWAL 1448H (ISNIN)PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK Semarak patriotisme dan kecintaan terhadap tanah ...
24/08/2026

24 OGOS 2026 | 11 RABIULAWAL 1448H (ISNIN)
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

Semarak patriotisme dan kecintaan terhadap tanah air bergema menerusi Pertandingan Deklamasi Sajak Sempena Bulan Kemerdekaan yang telah berlangsung pada 20 Ogos 2026 yang lalu bertempat di Ruang Legar Aras Bawah, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Kampus Samarahan 2.

Pertandingan ini menghimpunkan para peserta dalam menyampaikan karya sajak bertemakan kemerdekaan, perpaduan dan sejarah Sarawak, sekali gus menzahirkan kreativiti, semangat patriotik serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan melalui seni bahasa dan puisi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas keberanian dan persembahan yang penuh semangat! Setiap bait kata yang dilafazkan menjadi cerminan rasa cinta kepada negara dan penghargaan terhadap perjuangan membina Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Semoga semangat Malaysia MADANI, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus subur dalam diri kita semua.

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production



20 OGOS 2026 | 7 RABIULAWAL 1448H (KHAMIS)TAKLIMAT HARI BEKERJA HIBRID (HBH)Telah berlangsung Taklimat Hari Bekerja Hibr...
20/08/2026

20 OGOS 2026 | 7 RABIULAWAL 1448H (KHAMIS)
TAKLIMAT HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Telah berlangsung Taklimat Hari Bekerja Hibrid (HBH) pada 17 Ogos 2026 yang lalu, yang telah disampaikan oleh Cik Dayang Azimah, Pustakawan Kanan.

Taklimat ini memberikan pendedahan dan pemahaman kepada warga kerja berkaitan pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid, termasuk panduan serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat membantu warga PTAR memahami dan melaksanakan sistem kerja hibrid dengan lebih teratur, fleksibel dan produktif.

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production



19 OGOS 2026 | 6 RABIULAWAL 1448H (RABU)BACAAN YASIN & DOA PTAR UiTM CAWANGAN SARAWAK Alhamdulillah, pada 12 Ogos 2026 (...
19/08/2026

19 OGOS 2026 | 6 RABIULAWAL 1448H (RABU)
BACAAN YASIN & DOA PTAR UiTM CAWANGAN SARAWAK

Alhamdulillah, pada 12 Ogos 2026 (Rabu) yang lalu, telah berlangsung Bacaan Yasin dan doa di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak.

Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk memanjatkan doa memohon kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan keberkatan buat seluruh warga PTAR UiTM Cawangan Sarawak serta ahli keluarga masing-masing.

Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dilindungi daripada segala musibah serta sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

“Bersama dalam doa, erat dalam ukhuwah, teguh dalam kebersamaan.”

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production



19 OGOS 2026 | 6 RABIULAWAL 1448H (RABU)TAKLIMAT VCCS (VISITOR CAMERA COUNTING SYSTEM) RFIDPerpustakaan Tun Abdul Razak ...
19/08/2026

19 OGOS 2026 | 6 RABIULAWAL 1448H (RABU)
TAKLIMAT VCCS (VISITOR CAMERA COUNTING SYSTEM) RFID

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 telah menerima kunjungan pihak vendor yang dilantik bagi melaksanakan taklimat dan penerangan berkaitan Visitor Camera Counting System (VCCS) berasaskan teknologi RFID.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan fungsi, pengoperasian serta kaedah penggunaan sistem dalam membantu pemantauan dan pengiraan jumlah kunjungan pengguna ke perpustakaan secara lebih sistematik, tepat dan efisien.

Pelaksanaan sistem ini merupakan salah satu usaha PTAR dalam memperkukuh pendigitalan pengurusan perpustakaan, di samping menyokong penyediaan data statistik kunjungan yang lebih teratur bagi tujuan pemantauan, analisis dan perancangan perkhidmatan.

Semoga penerapan teknologi ini dapat membantu PTAR terus meningkatkan kecekapan pengurusan serta memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih baik kepada seluruh warga UiTM.

Ikuti Media Sosial PTAR UiTM Cawangan Sarawak :
FB Page : PtarSarawak
IG : ptar_sarawak
X : Lib.UiTM Sarawak
Youtube Channel : PTAR Production



19/08/2026

31 Julai 2025 : Penyertaan staf Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub (PeTARY) UNIMAS dalam program Bicara Karya Agung: Sayang Sarawak oleh Dr. Idris Boi. Acara penuh inspirasi ini berlangsung di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Sarawak Kampus 2. Penyertaan ini memberikan peluang keemasan kepada staf PeTARY untuk mendalami dan menghargai karya tempatan, sekaligus memperkaya khazanah ilmu berkaitan warisan dan budaya Sarawak. Program ini juga menjadi platform terbaik untuk menjalinkan kerjasama serta bertukar pandangan dengan rakan-rakan pustakawan dari PTAR UiTM.

Kami di PeTARY UNIMAS sentiasa komited dalam meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan staf demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti universiti.

TAHNIAH & TERIMA KASIHUnit Penulisan dan Penerbitan (UPenerbit), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), deng...
19/08/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH
Unit Penulisan dan Penerbitan (UPenerbit), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCS telah berjaya menganjurkan Bengkel Strategi Meningkatkan Penerbitan Berimpak Tinggi. Bengkel tersebut telah berlangsung pada 17 April 2026 dari 8.00am hingga 12.30pm bertempat di PTAR, Kampus Samarahan 2.

Bengkel ini direka khusus untuk membantu para pensyarah dan penyelidik memahami selok-belok penerbitan dalam jurnal berindeks serta strategi-strategi berkesan untuk meningkatkan penerbitan yang berimpak tinggi, iaitu salah satu penanda aras utama dalam dunia akademik masa kini.

Dua (2) penceramah jemputan adalah Prof Dr Corina Joseph dan Prof Madya Dr Ting Siew King. Dalam bengkel tersebut, sistem Research and Innovation (RAIN) dashboard telah diperkenalkan dan dijelaskan kepada para pensyarah untuk merekod penerbitan, penyelidikan dan innovasi secara lebih berkesan dan sistematik. Bengkel tersebut telah mendapat sambutan meriah daripada para pensyarah.

TAHNIAH & TERIMA KASIH. BERJUMPA LAGI!Unit Penulisan dan Penerbitan (UPenerbit), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Indu...
19/08/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH. BERJUMPA LAGI!
Unit Penulisan dan Penerbitan (UPenerbit), Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTMCS telah berjaya menganjurkan bengkel “Data Analysis Mastery For High Impact Publication”. Bengkel tersebut telah berlangsung pada 8 Mei 2026 dari 8.00am hingga 4.30pm bertempat di Level 1, PTAR, Kampus Samarahan 2.
Bengkel tersebut telah disampaikan oleh penceramah Dr Fareiny Morni daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan. Dr Fareiny Morni merupakan seorang pensyarah kanan yang sangat berpengalaman dalam data analisa dan pengajaran.

Bengkel ini dihadiri oleh para pensyarah, staff pentadbiran kump**an A, dan para pelajar sarjana dan PhD. Bengkel tersebut diadakan untuk meningkatkan pemahaman statistik dan regresi untuk penyelidikan dan penulisan. Penguasaan data analisa adalah penting untuk menulis dan menerbit artikel yang berkualiti tinggi.
Dalam bengkel tersebut, sistem Research and Innovation (RAIN) dashboard telah dijelaskan dan dipromosi kepada para pensyarah untuk merekod penerbitan, penyelidikan dan innovasi secara lebih berkesan dan sistematik. Bengkel tersebut telah mendapat sambutan meriah daripada para peserta.

Pemasangan, UAT dan Latihan Peralatan RFID PUiTM SamarahanSebanyak 17 lokasi perpustakaan telah selesai melaksanakan pem...
19/08/2026

Pemasangan, UAT dan Latihan Peralatan RFID PUiTM Samarahan

Sebanyak 17 lokasi perpustakaan telah selesai melaksanakan pemasangan teknologi RFID. Perpustakaan UiTM Samarahan telah menjadi yang ke-17 dan terdiri daripada sebuah bangunan p**a menerima pelaksanaan teknologi RFID UHF sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh pembangunan Perpustakaan Pintar yang lebih moden, cekap dan mesra pengguna.

🔧 Pemasangan, UAT dan Latihan peralatan RFID UHF telah selesai dilaksanakan pada 10 sehingga 13 Ogos 2026 sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital Perpustakaan UiTM.

📍 Nantikan perkembangan seterusnya! Kami akan terus berkongsi kemas kini pelaksanaan Projek Pendigitalan Teknologi RFID UHF di dua lagi lokasi Perpustakaan UiTM dari semasa ke semasa.





Address

Jalan Meranek
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6082678173

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PTAR Cawangan Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share