20/05/2026
🌷 Sambutan Hari Guru PASTI RAUDHATUL ILMI 4 2026 🌷
Alhamdulillah, Hari Guru peringkat cawangan secara tertutup diadakan dengan ringkas, santai, bertemakan Kebudayaan penuh rasa syukur, keceriaan dan kasih sayang. . Sungguh bersemangat masing² dan cantik² semua❤️
Terima kasih kepada ibu ayah yang berkongsi rezeki buat guru-guru. Setiap pemberian amat dihargai. Semua kreatif! Sokongan daripada ibu ayahlah yang paling penting dalam usaha kami mendidik anak-anak soleh dan solehah di PASTI Raudhatul Ilmi 4 Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan dipermudahkan serta menjadi asbab kejayaan anak-anak dunia dan akhirat. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang sentiasa diberikan. 💐
Jutaan terima kasih juga buat semua guru-guru dan ibu ayah yang bertungkus lumus menyediakan makanan dan menjayakan sambutan hari ini. 🍽️Anak-anak dapat merasai sendiri air tangan dan sentuhan kasih dari guru mereka.Semoga ukhuwah dan kasih sayang ini terus mekar. ✨

✨🕋 PROGRAM SIMULASI HAJI CILIK🕋✨
Alhamdulillah, anak-anak berpeluang menyertai Program Simulasi Haji Cilik di Masjid Taman Desa Ilmu Program ini memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang rukun Islam kelima dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. 🌙🤍
Melalui aktiviti simulasi ini, anak-anak dapat mempelajari cara pelaksanaan ibadah haji seperti Tawaf, Saie dan Melontar Jamrah sambil memupuk rasa cinta kepada agama serta menanam impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti. 🕋✨
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan memberi ilmu yang bermanfaat buat anak-anak. Terima kasih kepada semua guru, ibubapa,pihak masjid dan pihak tabung haji dan semua yg terlibat yang menjayakan program ini 🌸
20/05/2026
JOM TUNGGU APA LAGI ISI MAKLUMAT PRA PENDAFTARAN ANAK-ANAK TUAN PUAN BERUSIA 4,5 DAN 6 TAHUN DI PASTI KOTA SAMARAHAN. JANGAN LEPASKAN, SIAPA CEPAT DIA DAPAT
SILA KLIK LI NK DI BAWAH,
TERIMA KASIH
https://whatsapp.com/channel/0029Vb84waFBA1exOYakp61Y
20/05/2026
Alhamdulillah, kami wakil PASTI Raudhatul Ilmi 4 mengucapkan tahniah kerana Cikgu Tini menerima Anugerah Guru Inovatif dalam Majlis Sambutan Hari Guru Dewan Pemuda PAS Malaysia Sabtu yang lepas.
Tahniah kepada Cikgu Tini binti Jawi atas kejayaan🎉🎉♥️♥️