07/01/2026
Pameran Fotografi Hidupan Liar FSTS UNIMAS
Pameran Fotografi Hidupan Liar telah berjaya dianjurkan pada 7 Januari (9.00 pagi – 4.00 petang) yang bertempat di Lobi FSTS, dengan penyertaan seramai 120 orang pelajar daripada pelbagai fakulti yang telah mengikuti kursus elektif STU1023 Wildlife Photography.
Pameran ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Dekan FSTS UNIMAS, serta kehadiran juri-juri jemputan dari Sarawak Forest Corporation iaitu Pn. Fadilah dan juga juri jurufoto profesional daripada UNIMAS Corporate iaitu Encik Azlandy dan Encik Fitzpatric, di samping lawatan dua alumni program Diploma Professional Biodiversity Tourism yang merupakan pengamal industri di Sarawak.
Penganjuran pameran ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memupuk bakat fotografi para pelajar, di samping meningkatkan kesedaran terhadap kekayaan serta kepelbagaian hidupan liar yang terdapat di negara kita.