16/05/2026
Mesyuarat Agong PIBG yang ke-14 peringkat SKDMM sudah pun selesai di siang hari tadi. Kehadiran para ibu bapa / penjaga serta pihak warga sekolah yg terdiri daripada guru dan kakitangan sudah cukup meriahkan mesyuarat dwi tahunan ini. Antara lain yang menjadi faktor ialah cabutan bertuah yang gempak dengan hadiah barangan elektrik di samping pembentangan usul-usul yang diterima. Kali ini jawatan yang sedia ada masih dikekalkan oleh sebulat suara melalui sistem syura @ musyawarah ini. Seperti sebelum ini, mesyuarat kali ini dibuat di dalam prasarana sekolah sahaja yang menggunakan Bilik Mesyuarat 2 sekolah. Bilik kelas yang asal nya dua buah kelas telah digabungkan cukup-cukup memuatkan lebih kurang 200 orang dengan kerusi tidak dapat menampung jumlah yang hadir hampir 300 orang. Sehingga ada yang duduk di laluan beranda bilik kelas dan di dalam kelas lain yang berdekatan. Pendek kata, sekiranya dewan sekolah yang sudah diluluskan oleh pihak berkenaan bila sudah siap nanti tiada masalah untuk masa akan datang tentang masalah tempat duduk mesyuarat atau program besar yang lain. InshaAllah dengan sokongan dan kerjasama masyarakat setempat akan menjadi asbab mendapat pahala yang berterusan dan mendapat rezeki yang tidak disangka sebagai balasan dari NYA. MasyaAllah, dewan sekolah ini sangat bermanfaat kepada pihak warga sekolah untuk kegunaan zaman berzaman. Bukan setakat abang dan kakak sahaja yang merasa tetapi hingga zuriat abang dan kakak serta yang terkemudian juga turut merasa bersama akan manfaat nya. Bingkisan tok lalu melalut ke dewan sekolah daripada mesyuarat agong tadi, apa nama nya rasa kepingin untuk mempunyai dewan sekolah memang sudah terasa bahagia nya oleh warga sekolah SKDMM. Apa yang penting ialah hasil nya mesyuarat dan objektif sudah tercapai. Berikut ialah senarai nama-nama Exco PIBG sesi 2026-2028:
Penasihat
Tn Hj Issnu Bin Dollah
Ydp
Dr Hishamuddin Bin Siri
Nydp
En Norazizul Bin Abu
Setiausaha
Cikgu Hazilah Bt Rashid
Bendahari
Cikgu Rabecca Awa
Exco Ibu Bapa
1. En Rahmat Bin Isa
2. Pn Siti Suhana Binti Bujang
3. Dr Hafizan
4. Dr Siti Zaleha
Exco Guru
1. Cikgu Abd Rahim bin Jamain
2. cikgu Bessy Bibie Ak Narok
3. Cikgu Dyg Nuraini Binti Awg Rosli