Buletin SK Jalan Muara Tuang

Buletin SK Jalan Muara Tuang Buletin SKJMT

🏹✨ SELAMAT BERJUANG WIRA MEMANAH SK JALAN MUARA TUANG! ✨🏹Warga sekolah merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada:🌟 MAGR...
07/06/2026

🏹✨ SELAMAT BERJUANG WIRA MEMANAH SK JALAN MUARA TUANG! ✨🏹

Warga sekolah merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada:

🌟 MAGRINA EILEEN ANAK ANNA LIM
📚 Kelas 6 Pintar

yang sedang mewakili sekolah dalam Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 yang berlangsung di SK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada 6 – 12 Jun 2026.

🎯 "Fokus pada sasaran, yakin pada kemampuan dan terus berusaha tanpa mengenal putus asa. Setiap anak panah yang dilepaskan adalah langkah menuju kejayaan."

Semoga diberikan:
✅ Ketenangan dan keyakinan.
✅ Kesihatan yang baik.
✅ Ketepatan sasaran.
✅ Kejayaan yang membanggakan.

Seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.






🏹🇲🇾

🌾 Selamat Hari GawaiGayu Guru Gerai NyamaiSemoga Hari Gawai membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada sem...
01/06/2026

🌾 Selamat Hari Gawai
Gayu Guru Gerai Nyamai

Semoga Hari Gawai membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada
Guru Besar, Para Pentadbir & Warga
SK Jalan Muara Tuang

https://youtu.be/ES0P_NgmxMAMontaj perpisahan Dapur Si Bulat Biru Puan Aida Shafilza Binti Hassan.Montaj & lagu asal ini...
21/05/2026

https://youtu.be/ES0P_NgmxMA

Montaj perpisahan Dapur Si Bulat Biru Puan Aida Shafilza Binti Hassan.

Montaj & lagu asal ini disediakan oleh Cikgu Shawn Teo.

🎓 Montaj Perpisahan 🎓Ditujukan khas buat Puan Aida Shafilza Binti Hassan yang telah berpindah ke sekolah baharu.Semoga terus cemerlang dan sukses di tempat...

Makluman Cuti Sekolah.Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
21/05/2026

Makluman Cuti Sekolah.

Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN“Guru Inspirasi, Kenangan Abadi”Tempat : Imperial HotelTarikh : 16 Mei 2026Masa ...
21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN
“Guru Inspirasi, Kenangan Abadi”

Tempat : Imperial Hotel
Tarikh : 16 Mei 2026
Masa : 6.30 petang – 11.00 malam

Pada 16 Mei 2026 telah berlangsung Sambutan Hari Guru dan Majlis Perpisahan bagi tiga orang AKP di Imperial Hotel dalam suasana yang meriah, harmoni dan penuh bermakna.

Majlis berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua guru dan warga sekolah. Pelbagai aktiviti seperti nyanyian dan tarian telah diadakan dalam suasana yang ceria, mesra dan penuh kenangan.

Majlis ini bukan sahaja meraikan Hari Guru, malah menjadi tanda penghargaan dan kenangan indah buat semua yang hadir, khususnya AKP yang diraikan.

⁠* Penyelaras Program: Yap Moon Hui YH Hui

Patricia Denggai
Dapur Si Bulat Biru
Norziani

🏐 TAHNIAH & SYABAS 🏐Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Jalan Muara Tuang (SKJMT) yang telah terpilih mewak...
20/05/2026

🏐 TAHNIAH & SYABAS 🏐

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid SK Jalan Muara Tuang (SKJMT) yang telah terpilih mewakili MSSB Zon Kota Bola Baling bagi pertandingan peringkat Bahagian Samarahan yang akan berlangsung pada:

📍 SMK Sri Sadong
📅 10 – 11 Jun 2026

Pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan hasil daripada usaha, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh para murid sepanjang latihan dan pertandingan. 💪🔥

Semoga semua pemain terus bersemangat, menjaga disiplin serta memberikan aksi terbaik demi mengharumkan nama sekolah dan zon.

Tahniah & terima kasih atas jerit perih jurulatih pasukan :

Encik Hamzah Johan (PK Kokum) , Cikgu Liliana Wong & Cikgu Lee Yik Kang.

✨ Strive For Excellence ✨





Assalamualaikum dan salam sejahtera.🤝 PIBG SKJMT akan memberikan 2 unit pensel 2B kepada setiap pelajar SKJMT termasuk p...
20/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

🤝 PIBG SKJMT akan memberikan 2 unit pensel 2B kepada setiap pelajar SKJMT termasuk pelajar prasekolah pada:
📅 21 Mei 2026 (Khamis)

✏️ Pensel ini diberikan sebagai salah satu inisiatif PIBG dalam membantu keperluan pembelajaran murid-murid.

❤️ Pembelian dan pemberian pensel ini adalah hasil kutipan derma daripada guru, staf, guru KAFA dan ibu bapa semasa Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2025.

🌟 Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak demi kebajikan serta kecemerlangan anak-anak SKJMT.





Berikut keputusan pertandingan bola baling Zon Kota Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan .Lelaki1. SKPKU2. SK Tanjung Tua...
19/05/2026

Berikut keputusan pertandingan bola baling Zon Kota Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan .

Lelaki

1. SKPKU
2. SK Tanjung Tuang
3. SKJMT /SK Meranek (Tempat Tiga Bersama)

Perempuan
1. SK Dato Musa
2. SKJMT
3. SK Merdang / SKPKU (Tempat Tiga Bersama)

Tahniah atas pencapaian yang baik.

Makluman cuti Hari Wesak & Gawai 2026
19/05/2026

Makluman cuti Hari Wesak & Gawai 2026

Doakan kejayaan murid-murid SKJMT yg akan bertanding esok hari.... 💪👍
18/05/2026

Doakan kejayaan murid-murid SKJMT yg akan bertanding esok hari.... 💪👍

Address

Lot 1359, Blok 25, Jalan Dato Mohd Musa
Kota Samarahan
94300

Telephone

+6082616863

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Buletin SK Jalan Muara Tuang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Buletin SK Jalan Muara Tuang:

Shortcuts

Share