SMK Kota Samarahan SMATS

SMK Kota Samarahan SMATS SMK KOTA SAMARAHAN RASMI

18/08/2026
17/08/2026

Selamat Bersara dan Terima Kasih Cikgu.
Tuan Haji Shbini bin Haji Saini
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan

Sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih atas khidmat bakti, komitmen serta dedikasi sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga segala jasa menjadi amal jariah yang berpanjangan dan dikurniakan kehidupan persaraan yang sejahtera.
Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi dalam mendidik, membimbing serta memartabatkan dunia pendidikan.

Semoga segala khidmat bakti menjadi inspirasi kepada generasi pendidik dan diberkati Allah SWT.

Selamat Bersara.

Ikhlas daripada:
Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan
dan semua warga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak



16/08/2026

Salam sejahtera dan salam hormat.

📢PENGUMUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU KOLEJ SARAWAK, KELAS SELIAAN NEGERI (KSN), SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DAN KELAS ALIRAN AGAMA (KAA) UNTUK SESI AKADEMIK 2027

Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan ke Tingkatan Satu bagi Kolej Sarawak, Kelas Seliaan Negeri (KSN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Kelas Aliran Agama (KAA) untuk Sesi Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian.

📅TEMPOH PERMOHONAN
**17 OGOS 2026 HINGGA 18 SEPTEMBER 2026**

Ibu bapa atau penjaga yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian dengan mengimbas Kod QR yang disediakan atau klik pautan permohonan yang diberikan bermula 17 Ogos 2026.

Pautan :
https://shorturl.at/DcALZ

PENTING : Ibu bapa/penjaga disarankan untuk memastikan segala maklumat yang diisi adalah lengkap, tepat dan betul sebelum permohonan dihantar.

📌Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan pengisian permohonan, ibu bapa/penjaga boleh merujuk kepada guru kelas di sekolah masing-masing atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Jangan lepaskan peluang. Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Terima kasih.



12/08/2026

Send a message to learn more

🎯 PERINGATAN BERKAITAN PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU BAG...
11/08/2026

🎯 PERINGATAN BERKAITAN PENJAGAAN KEBAJIKAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENGHADAPI CUACA PANAS DAN JEREBU BAGI WARGA SMATS 🎯

10/08/2026
09/08/2026

PEMAKLUMAN PENGURUSAN JEREBU DI SEKOLAH

Keselamatan dan kesihatan murid sentiasa menjadi keutamaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan langkah pengurusan sekolah semasa kejadian jerebu berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa.

IPU melebihi 100 – TIDAK SIHAT
• Semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid hendaklah dihentikan.
• Aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan dan program luar hendaklah ditangguhkan.
• Murid dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai dan minum air dengan kerap.

IPU melebihi 200 – SANGAT TIDAK SIHAT
• Sekolah hendaklah ditutup serta-merta.
• Pihak sekolah hendaklah memaklumkan tindakan penutupan kepada PPD dan JPN.
• Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mengikut arahan serta ketetapan yang berkuat kuasa.

IPU melebihi 500 – BAHAYA
• Sekolah ditutup sepenuhnya.
• Guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah.

Tanggungjawab pihak sekolah.
Pihak pentadbir sekolah hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan bacaan serta arahan semasa.

Peranan ibu bapa/penjaga.
Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak boleh tidak menghantar anak ke sekolah dan hendaklah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Ayuh bersama-sama memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anak-anak kita sentiasa terpelihara.

Sentiasa peka. Sentiasa bersedia. Keselamatan diutamakan.

Rujukan:
Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 – Langkah-Langkah KPM Bagi Menjamin Kesihatan dan Keselamatan Murid-Murid di Sekolah-Sekolah yang Berada dalam Kawasan Berjerebu yang Dianggap Kritikal.

SPI KPM Bil. 3 Tahun 2026 – Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat Kementerian Pendidikan.

Tahun ini tahun kita

🎯 UJIAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3 🎯
06/08/2026

🎯 UJIAN PSIKOMETRIK TINGKATAN 3 🎯

💫 SELAMAT DATANG KE SMATS 💫
05/08/2026

💫 SELAMAT DATANG KE SMATS 💫

Address

SMK Kota Samarahan
Kota Samarahan
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Kota Samarahan SMATS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category