Academy of Contemporary Islamic Studies - ACIS, Uitm Sabah Campus

Academy of Contemporary Islamic Studies - ACIS, Uitm Sabah Campus

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Academy of Contemporary Islamic Studies - ACIS, Uitm Sabah Campus, Education Website, UiTM Cawangan, Kota Kinabalu.

Established in 2012, ACIS is recognised globally as a centre of excellence in contemporary Islamic studies, fostering knowledge, values, and Islamic character, and contributing to UiTM’s mission of advancing Islamic education nationally and internationall

20/03/2026

✨ Ramadan pergi meninggalkan seribu hikmah,
Syawal hadir membawa cahaya kemenangan.

Semoga segala amalan yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa, serta dikurniakan hati yang bersih dan penuh ketenangan.

Mudah-mudahan Aidilfitri ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturrahim, memperkukuhkan ukhuwah, serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Taqabbalallahu minna wa minkum

Ikhlas daripada
Warga ACIS UiTM Cawangan Sabah

26/02/2026

Assalamualaikum wbt,

Sukacitanya dijemput semua warga UiTM Cawangan Sabah untuk hadir ke

BENGKEL TAHSIN SURAH AL-FATIHAH

Bersama penceramah :
USTAZAH SHARIFAH SARI DATU ASAL
Pensyarah ACIS UiTM Caw.Sabah

USTAZ LUQMAN ABD SHUKOR
Penolong Pendaftar BHEA, UiTM Caw.Sabah

📆 Tarikh: 6 Mac 2026/16 Ramadhan (Jumaat)
🕘 Masa: 9:00 pagi hingga 11:00 pagi
📍 Lokasi: Smart Classroom, PTAR UiTM Cawangan Sabah

✅Jam latihan disediakan.
✅Kelulusan Pelepasan Staf Bagi Menghadiri Program

Sila klik pautan untuk link kehadiran:
https://forms.gle/d81KzRPuK4HMhvE58

Semua warga UiTM dijemput hadir

Anjuran PEWANI UiTM Cawangan Sabah dengan kerjasama ACIS UiTM Cawangan Sabah.

20/02/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Pengurusan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Sabah merakamkan tahniah kepada:

Ustaz Amir Abrar Bin Abd Latif
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

atas pelantikan sebagai Penceramah Jemputan bagi:

Program IstiQbal Ramadhan
Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tahun 2026

Semoga terus cemerlang dan diberkati dalam setiap amanah yang dipikul.




20/02/2026

🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟

Pengurusan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

Dr. Musaiyadah Ahmadun (Corresponding Author)
Dr. Muzalifah Monil (Co-Author)
Dg Syahirah Nasuha Nurshid (Co-Author)

atas kejayaan menerbitkan artikel berindeks ERA bertajuk:

“Teaching and Learning Techniques for Stateless Student: A Preliminary Study”

yang telah diterbitkan dalam International Journal of Research and Innovation in Social Science (IJRISS), Volume X, Issue I, January 2026.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM untuk terus aktif dalam penyelidikan, penerbitan berimpak tinggi serta menyumbang kepada pengembangan ilmu dan kecemerlangan akademik.

Syabas dan terus maju jaya!




18/02/2026

✨ MARHABAN YA RAMADAN - 1447H ✨

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pusat Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Cawangan Sabah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga UiTM dan masyarakat.

Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperkukuh iman, memperbanyakkan amal ibadah, memperindah akhlak, serta meraih keampunan dan rahmat Allah SWT.

Marhaban ya Ramadan.
Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk berpuasa dan menghidupkan Ramadan dengan sebaik-baiknya.

13/02/2026

🌙 Tazkirah Ramadhan ACIS UiTM Sabah
Topik: Fidyah Puasa

Fidyah merupakan salah satu tuntutan syarak yang berkaitan dengan ibadah puasa, khususnya bagi golongan tertentu yang tidak mampu menggantikan puasa, atau yang menangguhkan qada’ sehingga memasuki Ramadhan seterusnya.

Melalui video tazkirah ini, penonton akan didedahkan dengan penjelasan berkaitan maksud fidyah, golongan yang diwajibkan, kadar bayaran, waktu pelaksanaan, serta isu fidyah berganda menurut perbahasan fiqh.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan meningkatkan kefahaman masyarakat dalam melaksanakan ibadah dengan lebih tepat.

13/02/2026

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM dengan sukacitanya memperkenalkan salah seorang pensyarah kami:

Dr. Musaiyadah Ahmadun
Pensyarah, ACIS UiTM

Beliau mempunyai latar akademik dalam bidang Syariah dengan kelayakan seperti berikut:

Kelulusan Akademik:
Doktor Falsafah (PhD), Universiti Malaya (UM)
Sarjana Syariah (Master), Universiti Malaya (UM)
Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian), Universiti Malaya (UM)

Bidang Kepakaran:
Pengajian Islam (Pengurusan Halal, Pendidikan Islam)

Semoga kepakaran dan pengalaman beliau terus menyumbang kepada pengajaran yang berkualiti serta memberi manfaat kepada para pelajar dan masyarakat.

13/02/2026

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM dengan sukacitanya memperkenalkan salah seorang pensyarah kami:

Dr. AZMIN BIN PULLONG
Pensyarah, ACIS UiTM
Koordinator Kampus Tawau.

Beliau mempunyai latar akademik dalam bidang Pengajian Islam, dengan kelayakan seperti berikut:

Kelulusan Akademik:
PhD Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Sarjana (Master) Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Bidang Kepakaran:
Akidah dan Pemikiran Islam
Tarekat dan Tasawuf
Sosiologi Budaya Masyarakat Islam Borneo

Semoga kepakaran dan pengalaman beliau terus memberi manfaat kepada para pelajar, warga universiti serta masyarakat.

13/02/2026

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM dengan sukacitanya memperkenalkan salah seorang pensyarah kami:

Dr. Jahidih Saili
Pensyarah, ACIS UiTM

Beliau mempunyai latar akademik dalam bidang pendidikan, dengan kelayakan seperti berikut:

Kelulusan Akademik:
PhD Kurikulum dan Pengajaran
Sarjana Pendidikan Islam

Bidang Kepakaran:
Pendidikan Islam / Kurikulum dan Pengajaran

Semoga kepakaran dan pengalaman beliau terus menyumbang kepada pengajaran yang berkualiti serta memberi manfaat kepada para pelajar dan masyarakat.

13/02/2026

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM dengan sukacitanya memperkenalkan salah seorang pensyarah kami:

Dr. Masnih Mustapa
Pensyarah, ACIS UiTM

Beliau mempunyai latar akademik yang kukuh dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam, dengan kelayakan seperti berikut:

Kelulusan Akademik:
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Dakwah dan Pengurusan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Bidang Kepakaran:
Pengajian dan Pendidikan Islam

Semoga kepakaran dan pengalaman beliau terus memberi manfaat kepada para pelajar, warga universiti serta masyarakat.

13/02/2026

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM dengan sukacitanya memperkenalkan salah seorang pensyarah kami:

SHARIFAH SARI BINTI DATU ASAL
Pensyarah, ACIS UiTM

Beliau mempunyai latar akademik dalam bidang Pengajian Islam, dengan kelayakan seperti berikut:

Kelulusan Akademik:
Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan)

Bidang Kepakaran:
Pengajian Islam

Semoga kepakaran dan pengalaman beliau terus menyumbang kepada pengembangan ilmu, pengajaran yang berkualiti, serta manfaat kepada para pelajar dan masyarakat.

13/02/2026

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM dengan sukacitanya memperkenalkan salah seorang pensyarah kami:

NOR ALHANA ABD MALIK
Pensyarah, ACIS UiTM

Beliau mempunyai latar akademik dalam bidang Pengajian Islam, dengan kelayakan seperti berikut:

Kelulusan Akademik:
Sarjana (Master), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Bidang Kepakaran:
Syariah

Semoga kepakaran dan pengalaman beliau terus menyumbang kepada pengajaran yang berkualiti serta memberi manfaat kepada para pelajar dan masyarakat.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

UiTM Cawangan
Kota Kinabalu
88997