04/08/2026
𝗦𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗞𝗶𝗱𝘀 𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗭𝗼𝗻𝗲!
Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Kids Learning Zone menyediakan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang bukan sahaja menghiburkan, malah dapat menyemai rasa cinta kepada negara diperigkat awal pembesaran anak-anak..
Bermula dengan mewarna, berkreativiti, menonton filem sehinggalah menyanyikan lagu-lagu patriotik, pengalaman baharu setiap minggu bakal dilaksanakan.
📅 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 | 𝗢𝗴𝗼𝘀 2026
🕝 2.30 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 – 4.00 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 𝗞𝗶𝗱𝘀 𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗭𝗼𝗻𝗲, 𝗣𝗲𝗿𝗽𝘂𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵
✨ Penyertaan adalah PERCUMA!
Mari luangkan masa bersama anak-anak, belajar sambil bermain dan raikan semangat kemerdekaan dengan penuh keceriaan. ❤️🤍💙
03/08/2026
📢 𝑷𝑬𝑵𝑼𝑻𝑼𝑷𝑨𝑵 𝑺𝑬𝑴𝑬𝑵𝑻𝑨𝑹𝑨 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑯𝑰𝑫𝑴𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑷𝑼𝑺𝑻𝑨𝑲𝑨𝑨𝑵 𝑴𝑼𝑳𝑻𝑰𝑴𝑬𝑫𝑰𝑨 𝑭𝑨𝑲𝑼𝑳𝑻𝑰 𝑲𝑬𝑱𝑼𝑹𝑼𝑻𝑬𝑹𝑨𝑨𝑵
Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Perpustakaan Multimedia, Fakulti Kejuruteraan akan ditutup sementara bermula 3 Ogos 2026 sehingga dimaklumkan kelak.
Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan lantai demi memastikan kemudahan yang lebih selesa dan selamat kepada semua pengguna.
Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.
03/08/2026
Calling all researchers, postgraduate students and academics!
Want to improve your chances of getting published in reputable journals?
Join the Emerald Writing Workshop: Publishing Effectively and Ethically with Emerald and learn about the publishing process, AI policies in scholarly publishing, and practical strategies for successful manuscript submission.
📅 Thursday, 6 August 2026
🕗 8:00 AM to 1:00 PM
📍 Event Space, UMS Library
🎤 Speaker: Elvin Cheah, Business Manager, Emerald Publishing Limited
✨ Limited to 50 participants. Register early to avoid disappointment!
👉 Register now at: https://shorturl.at/YcSez
👉 For more info, contact Norazlynne Mohd Johan ([email protected]) Ext. 101947
01/08/2026
Jabatan Perpustakaan UMS Anjur Bengkel Penjanaan 2026 Perkasa Inovasi dan Kelestarian Organisasi
KUNDASANG, 31 Julai 2026 – Jabatan Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Bengkel Penjanaan Jabatan Perpustakaan Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 29 hingga 31 Julai 2026 di Pinousok Homestay, Kundasang. Bengkel ini dianjurkan sebagai platform strategik untuk memperkukuh perancangan penjanaan jabatan serta merangka inisiatif baharu yang dapat meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan perpustakaan.
Program ini menghimpunkan pegawai dan kakitangan Jabatan Perpustakaan bagi membincangkan idea-idea inovatif, mengenal pasti peluang penjanaan baharu serta memperkukuh kerjasama dalam merealisasikan agenda pembangunan organisasi yang mampan.
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi perbincangan, perkongsian idea dan penyediaan pelan tindakan yang memfokuskan usaha memperkasa penjanaan jabatan, meningkatkan nilai tambah perkhidmatan serta menyokong aspirasi Universiti Malaysia Sabah ke arah kecemerlangan institusi.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Perpustakaan UMS dalam membudayakan inovasi, memperkukuh tadbir urus organisasi dan melahirkan warga kerja yang proaktif, kreatif serta bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
31/07/2026
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐍𝐃𝐈𝐑𝐈 : 𝐊𝐈𝐃𝐒 𝐋𝐄𝐀𝐑𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐙𝐎𝐍𝐄
Kota Kinabalu, 31 Julai, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Aktiviti Sediakan Bekal Sendiri (Sandwich) di Kids Learning Zone.
Program tersebut bertujuan memupuk kemahiran hidup dalam kalangan kanak-kanak melalui penyediaan bekal makanan yang sihat, di samping memberi pendedahan mengenai pemakanan seimbang, kebersihan dan keselamatan makanan. Para peserta turut berpeluang mengasah kreativiti serta berkongsi pengalaman dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Penganjuran program ini diharapkan dapat terus menyemai amalan gaya hidup sihat serta membina keyakinan diri kanak-kanak melalui aktiviti pembelajaran interaktif.
31/07/2026
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞, 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗜 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜
Luangkan masa anda untuk meneroka sejarah dan warisan Universiti Malaysia Sabah melalui pelbagai koleksi artifak, dokumen, penerbitan, cenderahati serta memorabilia yang menjadi saksi perjalanan UMS sejak penubuhannya.
Waktu Operasi Muzium Universiti Malaysia Sabah
𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻 – 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁
𝟴.𝟯𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶 – 𝟱.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂, 𝗔𝗵𝗮𝗱 & 𝗖𝘂𝘁𝗶 𝗨𝗺𝘂𝗺: 𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽
𝗟𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶: 𝗔𝗿𝗮𝘀 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵, 𝗕𝗹𝗼𝗸 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘁𝗮𝗻, 𝗕𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿𝗶, 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵.
Kami mengalu-alukan kunjungan warga UMS, alumni dan orang awam untuk bersama menghargai warisan yang membentuk identiti Universiti Malaysia Sabah.
31/07/2026
𝟔 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐢𝐡𝐚𝐭
Kepentingan menjaga kesihatan hati dari sudut rohani menurut ajaran Islam. Hati yang sihat akan melahirkan kehidupan yang tenang, ibadah yang ikhlas, serta hubungan yang diberkati dengan Allah SWT. Berpandukan hadis Rasulullah SAW, poster ini mengingatkan bahawa keadaan hati menentukan baik atau buruknya seluruh diri seseorang.
𝐄𝐧𝐚𝐦 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:
𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡
Hati yang sihat sentiasa dekat dengan Allah dalam setiap keadaan, sama ada ketika senang mahupun susah. Amalan mengingati Allah (zikir) secara berterusan dapat menguatkan iman dan memberikan ketenangan jiwa.
𝐓𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐝𝐚
Hati yang sihat mampu menerima setiap ketentuan Allah dengan sabar dan lapang dada. Seseorang tidak mudah dikuasai oleh kemarahan, kebimbangan atau kegelisahan kerana yakin akan hikmah di sebalik setiap ujian.
𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥
Setiap amal kebajikan dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah, bukan kerana pujian, penghargaan atau balasan daripada manusia. Keikhlasan menjadi asas kepada penerimaan setiap amalan di sisi Allah.
𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐤𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐈𝐫𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢
Hati yang bersih tidak merasa iri terhadap nikmat yang dikurniakan kepada orang lain. Sebaliknya, seseorang akan bergembira dengan kejayaan orang lain serta mendoakan agar mereka terus memperoleh kebaikan dan keberkatan.
𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐌𝐚𝐚𝐟
Apabila melakukan kesilapan, seseorang yang memiliki hati yang sihat segera menyedari kesalahannya, bertaubat kepada Allah serta memohon maaf kepada orang lain. Sikap ini mencerminkan kerendahan hati dan keinginan untuk sentiasa memperbaiki diri.
𝐑𝐚𝐬𝐚 𝐂𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫.
Hati yang sihat sentiasa berasa cukup dengan rezeki yang dikurniakan Allah serta menghargai setiap nikmat yang diterima. Amalan bersyukur menjadikan seseorang lebih bahagia, reda dan tidak mudah terpengaruh dengan sifat tamak.
Allah SWT sentiasa memelihara hati kita supaya kekal sihat, dipenuhi keimanan dan cahaya petunjuk-Nya. Ia turut memaparkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud bahawa dalam tubuh manusia terdapat seketul daging; jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa itulah hati. Hadis ini mengingatkan bahawa kesihatan hati merupakan asas kepada pembentukan akhlak, keperibadian dan kehidupan seorang Muslim yang sejahtera di dunia serta berjaya di akhirat.
31/07/2026
𝙋𝙀𝙍𝙄𝙉𝙂𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙈𝙀𝙎𝙍𝘼 : 𝙃𝘼𝙍𝙄 𝙄𝙉𝙄 !
𝙃𝙖𝙙𝙞𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙥𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧𝙞 𝙝𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙗𝙞𝙡𝙞𝙠 𝙙𝙖𝙧𝙟𝙖𝙝.
Di Kids Learning Zone Perpustakaan UMS, mereka akan belajar menyediakan bekal sendiri, mengenali makanan sihat dan membina keyakinan melalui aktiviti yang menyeronokkan.
📚 Kerana setiap pengalaman kecil hari ini mampu membentuk insan yang lebih berdikari pada masa hadapan.
📍 Kids Learning Zone, Perpustakaan UMS
📅 31 Julai 2026 (Jumaat)
🕝 2.30 petang – 4.30 petang
📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar!
💙 Belajar + Bermain + Makan = Memang Best! 🥪✨
𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡.
Di Kids Learning Zone Perpustakaan UMS, mereka akan belajar menyediakan bekal sendiri, mengenali makanan sihat dan membina keyakinan melalui aktiviti yang menyeronokkan.
📚 Kerana setiap pengalaman kecil hari ini mampu membentuk insan yang lebih berdikari pada masa hadapan.
📅 𝐀𝐮𝐠𝐮𝐬𝐭 – 𝐃𝐞𝐜𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 2026
💻 𝐇𝐲𝐛𝐫𝐢𝐝 𝐌𝐨𝐝𝐞 (𝐏𝐡𝐲𝐬𝐢𝐜𝐚𝐥 & 𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞)
👥 𝐌𝐢𝐧𝐢𝐦𝐮𝐦 3 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐢𝐩𝐚𝐧𝐭𝐬 𝐩𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar!
💙 Belajar + Bermain + Makan = Memang Best! 🥪✨
30/07/2026
𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡.
Di Kids Learning Zone Perpustakaan UMS, mereka akan belajar menyediakan bekal sendiri, mengenali makanan sihat dan membina keyakinan melalui aktiviti yang menyeronokkan.
📚 Kerana setiap pengalaman kecil hari ini mampu membentuk insan yang lebih berdikari pada masa hadapan.
📅 𝐀𝐮𝐠𝐮𝐬𝐭 – 𝐃𝐞𝐜𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 2026
💻 𝐇𝐲𝐛𝐫𝐢𝐝 𝐌𝐨𝐝𝐞 (𝐏𝐡𝐲𝐬𝐢𝐜𝐚𝐥 & 𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞)
👥 𝐌𝐢𝐧𝐢𝐦𝐮𝐦 3 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢𝐜𝐢𝐩𝐚𝐧𝐭𝐬 𝐩𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar!
💙 Belajar + Bermain + Makan = Memang Best! 🥪✨