22/10/2025
✨Assalamualaikum dan salam sejahtera✨
| 18 October 2025 |
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SAUDARI NASEHA SHAQINA DAN SAUDARA SYED SYAZWI RAFIUDDIN KERANA BERJAYA MENDAPAT GELARAN NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN DEBAT DAN STATISTIK ANTARA IPT SIRI KE-4 TAHUN 2025
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada saudari Naseha Shaqina dari kursus Matematik dengan Ekonomi dan saudara Syed Syazwi dari kursus Matematik dengan Komputer Grafik, pelajar tahun 4 setelah mendapat gelaran Naib Johan daripada 20 pasukan IPT yang telah berentap merebut gelaran juara dalam Pertandingan Debat dan Statistik antara IPT Siri ke-4 yang dianjurkan bersempena Hari Statistik Negara & Sedunia tahun 2025 pada 18 October 2025 yang lalu di Dewan Serbaguna Pusat Khidmat Dun Jelai, Sungai Koyan 1, Pahang. Untuk pengetahuan semua, terdapat satu lagi pasukan yang terdiri daripada Siti Nadjazuldina dari kursus Matematik dengan Ekonomi tahun 4 berpasukan dengan Umair Bin Sarip telah terlibat dalam pertandingan ini dan sampai sehingga tahap suku akhir. Semoga hasil Kejayaan ini mampu menyemarakkan lagi semangat generasi muda untuk terus mengikuti program-program kebangsaan pada masa yang akan datang.
Dengan ikhlas,
Kelab Mathecs 2025/2026,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Malaysia Sabah.