PIBG SK Sri Gaya

PIBG SK Sri Gaya

Share

"KESATUAN KEKUATAN KITA"

15/09/2023

KEMAMPANAN - KESEJAHTERAAN - DAYA CIPTA- HORMAT - KEYAKINAN - IHSAN

Tekad Perpaduan,Penuhi Harapan

SELAMAT HARI MALAYSIA,buat seluruh warga pendidik ,Ibubapa dan Anak Anak Sk Sri Gaya Kota Kinabalu



12/09/2023

Pihak PIBG mengucapkan setinggi tinggi Syabas dan Tahniah kepada Guru Besar Puan Sukrani@ Mimi Hj Osman dan warga Pendidik SK Sri Gaya Kota Kinabalu atas Anugerah Platium yang diperolehi.

Syabas dan Tahniah sekali lagi

SK SRI GAYA telah mendapat anugerah Platinum dalam TS25 International Colloquium 2023

Tarikh : 11-12 September 2023
Tempat : SICC, Kota Kinabalu

19/08/2023

Satu temasya yang dapat mengeratkan silatulrahim antara ibubapa dan sekolah amnya (guru guru)
Jom kita saksikan dan datang beramai ramai bagi memberi semangat dan melihat kelebihan anak anak kita...🏃‍♂️🏃‍♀️🏃🕺

Jom datang kasi ramai gaisss!!!

Photos from PIBG SK Sri Gaya's post 27/07/2023

27.06.2023,
Bagi keselesan anak anak,guru guru dan ibubapa SK Sri Gaya Kerja kerja mengganti dan membaik pulih kipas dan lampu yang ada di Dewan Sri Gaya. dilakukan mengikut seperti yang dijadualkan.
Semoga ia nya memberi manfaat kepada kita semua.
T.kasih atas sokongan guru guru/ibubapa yang tidak berbelah bagi menyokong dari segi buah fikiran,tenaga dan sumbangan.

19/07/2023

Salam Maal Hijrah 1445H/2023M

Perpaduan Teras Malaysia Madani

semoga kehidupan kita tahun ini dipelihara oleh Allah dan sentiasa dalam naunganNYA..Aamiin..



10/07/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG SK Sri Gaya Kota Kinabalu kerana memberi kepercayaan penuh kepada saya untuk meneraju PIBG SKSG bermula tahun 2019 sehingga 2023.

Sekalung penghargaan kepada barisan EXCO atas kerjasama yang diberikan sepanjang saya menyandang jawatan Yang Dipertua. Semoga kerjasama hebat sebegini dilanjutkan dengan peneraju baharu PIBG SKSG dan barisan EXCOnya.

Menjayakan beberapa program seperti salah satunya adalah Sambutan 25 Tahun SK Sri Gaya dan ketika negara berhadapan dengan keadaan yang mencabar iaitu pandemik Covid19 merupakan pengalaman hebat yang akan saya kenang sentiasa.

Saya juga memohon jutaan maaf atas semua kekhilafan sepanjang perkhidmatan saya sebagai YDP PIBG SKSG.

Semoga SKSG akan terus cemerlang dan gemilang.

Terima kasih dan selamat maju jaya.

Mohammad Arif Tun Sakaran

Photos from PIBG SK Sri Gaya's post 10/07/2023

8/7/2023 : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Sri Gaya Kota Kinabalu berlangsung di Dewan Terbuka SKSG dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sekolah JPN Sabah, Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan.

Photos from Arif Sakaran's post 06/03/2023

Naib Yang DiPertua dan seluruh Exco PIBG SKSG mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Tuan Haji Mohammad Arif bin Tun Sakaran, Focal Person Kebangsaan KPM merangkap Yang DiPertua PIBG SKSG atas pengiktirafan sebagai Focal Person PIBKS Kebangsaan 2023.

Pengiktirafan ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadlina binti Sidek di Majlis Pelancaran Gerakan Massa Peringkat Kebangsaan 2023 di Kuantan, Pahang pada 5 Mac 2023.

Photos from PIBG SK Sri Gaya's post 09/12/2022

9/12/2022 : PIBG SK Sri Gaya dengan kerjasama Baitulmal Negeri Sabah telah menganjurkan Program Penyerahan Sumbangan Baitulmal Kepada Murid Asnaf dan Anak Yatim khusus kepada murid-murid SK Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG SKSG, Tuan Haji Mohammad Arif Tun Sakaran.

Dalam majlis yang sama, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) turut diadakan. Peranan KSIB ini adalah untuk membantu bagi menjayakan setiap program-program sekolah yang akan dilaksanakan.

Photos from PIBG SK Sri Gaya's post 15/09/2022

15/9/2022 : Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia Peringkat Sekolah SK Sri Gaya (SBT) Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh Tuan Mohd Zaki Harry Susanto, Naib Yang DiPertua PIBG SKSG di Dewan Terbuka SK Sri Gaya.

Photos from PIBG SK Sri Gaya's post 08/08/2022

6/8/2022 : Menghadiri Mesyuarat PIBK Bilangan 1 sesi 2022/2023 SK Sri Gaya, Kota Kinabalu yang diadakan di Bilik Miimpon SK Sri Gaya Kota Kinabalu.

Photos from PIBG SK Sri Gaya's post 17/07/2022

16/7/2022 : Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SK Sri Gaya (SBT) Kota Kinabalu Tahun 2022 telah diadakan di Dewan Terbuka SK Sri Gaya.

Tahniah diucapkan kepada EXCO PIBG SKSG bagi tahun 2022/2023 :

Yang DiPertua : Haji Mohammad Arif bin Tun Sakaran
Naib Yang DiPertua : Mohd Zaki Harry Susanto bin Mohammad
Bendahari : Datin Sarinah Kamarudin
AJK :
1. Yang Arif Tuan Abu Bakar bin Manat
2. En. Muhammad Zain bin Ednie
3. En. Muhammad Gaddafi bin Gulistan
4. En. AK Mohd Shaifful Amp Ag Damit
5. En. Jofri bin Ibrahim

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Sekolah Kebangsaan Sri Gaya Kota Kinabalu, Lorong Seladang, Off Jalan Kebajikan
Kota Kinabalu
88300