14/09/2026
๐ PROJEK CENDAWAN URBAN FARMING UiTMโATM: TIGA SIRI LATIHAN BERJAYA DILAKSANAKAN DI KEM LOK KAWI
LOK KAWI, SABAH โ Projek Cendawan Urban Farming di Kem ATM Lok Kawi yang dibimbing oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah berjaya melengkapkan tiga siri latihan kepada peserta projek yang terdiri daripada 20 orang Ahli BAKAT Kem Lok Kawi. Projek ini merupakan salah satu inisiatif pemindahan ilmu dan pemerkasaan ekonomi melalui Program Ekonomi MADANI dengan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada peserta dalam pengurusan tanaman cendawan serta pembangunan produk hiliran.
Tiga siri latihan telah dilaksanakan secara berperingkat pada 16 Mac 2026, 2 April 2026 dan 8โ9 Ogos 2026. Penaung projek ini ialah YBrs Rekor UiTM Sabah dan diketuai oleh Profesor Madya Ts. Dr. Viduriati binti Sumin. Manakala 5 orang ahli kumpulan projek ya g terdiri dari Encik Hazmi bin Awang Damit,Dr. Siti Sarayati binti Hj Abd Mawah,Dr. Yvonne Joseph Ason,Encik Mohd Shahrul Nizam bin Wahap dan Encik Mohd Hafezan. Siri latihan terakhir memberi penekanan kepada pembangunan produk hiliran dan pengkomersialan, sebagai persediaan kepada peserta untuk mengembangkan hasil cendawan kepada produk bernilai tambah dan menjana pendapatan.
Melalui bimbingan kepakaran UiTM, peserta bukan sahaja didedahkan kepada aspek pengurusan dan pengeluaran cendawan, malah turut mengaplikasikan teknologi iMistroom dalam aktiviti pengeluaran. Projek ini dilengkapi dengan dua unit iMistroom serta 4,000 bongkah cendawan, selain penyediaan infrastruktur dan peralatan bagi menyokong aktiviti pengeluaran serta produk hiliran.
Lebih membanggakan, latihan yang dilaksanakan mendapat penyertaan penuh daripada peserta.
Projek ini juga telah mula menunjukkan impak nyata apabila hasil awal tuaian direkodkan sebanyak 180 kg cendawan.
Kejayaan pelaksanaan tiga siri latihan ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memperkukuh pemindahan ilmu, teknologi pertanian moden dan kemahiran keusahawanan kepada komuniti. Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara berterusan oleh Ahli BAKAT Kem Lok Kawi dalam mengembangkan projek ini ke arah kelestarian dan penjanaan pendapatan jangka panjang.