01/04/2026
Selamat menyambut ulang tahun ke-7 Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah pada 1 April 2026.
Semoga terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan nasihat perundangan yang berkualiti, berintegriti dan profesional, selaras dengan usaha memperkukuh tadbir urus universiti.
18/02/2026
🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1447H
Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga UMS dan umat Islam yang diraikan.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta memperkukuh nilai kesabaran, keikhlasan dan ukhuwah dalam setiap amal ibadah yang dilaksanakan.
Ramadhan Kareem 🤲
16/02/2026
Gong Xi Fa Cai! 🧧✨
Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026 kepada seluruh warga UMS dan rakan-rakan yang meraikannya.
26/01/2026
Selamat Datang dan Tahniah diucapkan kepada Cik Natasha Asyiqin Binti Rosli atas pelantikan sebagai Pegawai Undang-Undang (L9) di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah.
Pejabat Penasihat Undang-Undang merakamkan ucapan selamat datang dan selamat menjalankan tugas. Semoga dengan ilmu, kepakaran serta komitmen yang dibawa, Cik Natasha Asyiqin dapat memberikan sumbangan yang bermakna dalam memperkukuhkan tadbir urus, perkhidmatan perundangan serta kecemerlangan organisasi secara keseluruhannya.
Diharapkan juga agar Cik Natasha Asyiqin terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang berintegriti, profesional dan berdedikasi selaras dengan visi dan misi universiti.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas.
26/06/2025
Selamat Menyambut Awal Muharram 🌙
1 Muharram 1447H | 27 Jun 2025
Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa sinar baharu dalam kehidupan kita, memperkukuh keimanan, dan mempererat ukhuwah sesama insan. InshaAllah..
Ikhlas daripada:
Pejabat Penasihat Undang-Undang Ums
“Bersama Melangkah ke Arah Hijrah yang Lebih Baik”
06/06/2025
Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M ✨🌙
Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kampus dan umat Islam di mana jua berada.
Semoga Aidiladha kali ini membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup, serta memperkukuh nilai kasih sayang dan perpaduan.
Ikhlas daripada,
Pejabat Penasihat Undang-Undang
Universiti Malaysia Sabah
30/05/2025
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Selamat Hari Gawai 🌾 diucapkan kepada seluruh warga UMS yang meraikan.
Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, memperkukuh semangat perpaduan, serta memelihara warisan budaya yang amat kita hargai.
Ikhlas daripada:
Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah
15/05/2025
Sekalung Penghargaan & Terima Kasih 💐
diucapkan atas sumbangan dan jasa bakti yang dicurahkan sepanjang menjalankan tugas di Pejabat Penasihat Undang-Undang.
Ikhlas daripada:
Pejabat Penasihat Undang-Undang, Universiti Malaysia Sabah
04/04/2025
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Ums ✨
21/03/2025
Pembudayaan Integriti di Bulan Ramadhan "Disiplin Puasa, Disiplin Kerja"