KLASS Membaca Cahayaku
Terapi Cepat Membaca Cahayaku yang dikendalikan oleh Cahayaku Legacy Kingfisher Sabah
25/01/2024
INI TIPS BANTU ANAK MEMBACA DI RUMAH
Terutama bagi yang ada anak di peringkat awal kanak-kanak. Tips mudah ini akan bantu meningkatkan prestasi anak-anak anda membaca.
#1 Luangkan masa 5 minit. Nampak sekejap sangatkan? Tapi inilah kapasiti minda anak-anak kita. Jika diajar berlebihan, anak sebenarnya memberi beban pada mereka. Lima minit tetapi kerap, lebih memberi kesan.
#2 Jangan paksa anak membaca. Paksa akan hilangkan mood. Tapi ibu bapa boleh cari jalan untuk galak anak-anak membaca. Menggalak dengan memaksa adalah pendekatan yang sangat berbeza.
#3 Elak gangguan luar. Jangan ajar anak membaca di depan TV atau gajet. Parent p**a jangan ajar sambil tengok telefon. Konsentrasi anak tak lama, jadi berikan perhatian pada mereka.
#4 Ini adalah yang paling sukar. Tak ramai parent boleh bersabar ketika mengajar anak. Sebab itu 5 minit memadai. Kalau panas telinga juga cuba 4 minit. Panas telinga juga cuba 3 minit. Kalau still tak boleh, jangan ajar kerana emosi tak terkawal akan rosakkan jiwa anak anda.
#5 Berikan rehat secukupnya. Bagi kita 5 minit tak rasa apa. Tapi bagi anak 5 minit yang memberi tumpuan sangat memenatkan minda.
Semoga membantu dan bermanfaat.
31/07/2023
Aktiviti : Terapung Dan Tenggelam (Minyak, Air Dan Madu) di Klass Membaca Cahayaku
Dengan aktiviti "Terapung Dan Tenggelam", anak-anak dapat memahami rahsia di sebalik interaksi antara minyak, air, dan madu, dan bagaimana sifat ringan atau berat setiap bahan mempengaruhi kedudukannya dalam bekas.
31/07/2023
Mahu membantu anak-anak kita membaca dengan lebih efektif di rumah?
Anak-anak yang belajar guna sistem Cahayaku, sokongan daripada ibu bapa amatlah diperlukan semasa di rumah. Kami telah menjadi pengguna berdaftar sistem Cahayaku selama 21 tahun. Para guru terlatih dan mempunyai sijil mengajar Cahayaku.
31/07/2023
Mahu anak-anak mendekati dunia Sains dan Teknologi dengan lebih mendalam?
Di Klass Membaca Cahayaku ada Program Sains dan Teknologi yang bukan sahaja memberikan pengetahuan tetapi juga merangsang pemikiran kritis dan kreativiti anak-anak.
Dengan pendekatan praktikal dan eksperimen menarik, mereka akan diajak untuk memahami dan meneroka konsep-konsep sains dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
30/07/2023
Aktiviti buat Tabungan Infaq
Di Klass Membaca Cahayaku, anak-anak dididik untuk membuat tabung Infaq. Melalui aktiviti ini, anak-anak akan belajar asas-asas pengurusan kewangan, seperti menabung, mengagihkan dana, dan memahami kepentingan menyimpan untuk tujuan yang mulia.
29/07/2023
Aktiviti Saloon Annajah
Klass Membaca Cahayaku turut melakukan aktiviti Saloon Annajah kepada anak-anak. Aktiviti ini bukan sekadar aktiviti kecantikan, tapi juga peluang pembelajaran.
Anak-anak dapat mengasah koordinasi tangan, membantu memperkuat koordinasi mata mereka dengan lebih baik dan membantu melatih ketrampilan halus anak-anak dengan menggunakan alat-alat kecil.
29/07/2023
Mahu memperkenalkan anak-anak kepada dunia Sains dan Teknologi tetapi tidak tahu di mana tempatnya?
Sertailah Klass Membaca Cahayaku. Kami memperkenalkan program Sains dan Teknologi yang direka khas untuk kanak-kanak.
Melalui program ini, mereka akan diperkenalkan kepada konsep-konsep asas sains dan teknologi dengan cara yang menarik dan interaktif.
29/07/2023
Mahu memberikan anak-anak aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendidik?
Di Klass Membaca Cahayaku, kami mengadakan aktiviti mewarna yang dirancang khusus untuk merangsang minda anak-anak.
Melalui proses mewarna, mereka bukan sahaja belajar mengenal warna tetapi juga mengembangkan kemahiran motor halus dan kreativiti.
29/07/2023
Susah untuk mendorong anak-anak mengembangkan kreativiti dan kemahiran motor halus mereka?
Di Klass Membaca Cahayaku, kami mengadakan aktiviti kulinari yang direka khas untuk anak-anak. Melalui aktiviti ini, mereka bukan sahaja akan belajar tentang asas memasak tetapi juga mengembangkan kemahiran membaca dan memahami arahan.
29/07/2023
Aktiviti membuat Pyah-Doh
Di Klass Membaca Cahayaku, kami memperkenalkan aktiviti membuat Pyah-Doh. Aktiviti ini tidak hanya memacu kreativiti anak-anak tetapi juga membolehkan mereka menghasilkan pelbagai bentuk melalui imaginasi mereka.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kota Kinabalu
88400