17/02/2024
Biasakan anak mengikut syariat sedari kecil
Sahabat Nabi, Jābir bin ʿAbdillāh (m. 78H) menceritakan tentang pemakaian sutera:
كُنَّا نَنْزِعُهُ عَنِ الْغِلْمَانِ، وَنَتْرُكُهُ عَلَى الْجَوَارِي
Kami para sahabat menanggalkan sutera yang dipakai anak-anak kecil lelaki, manakala kami biarkan ia dipakai anak-anak kecil perempuan.
[Sunan Abī Dāwūd, no. 4059]
Telegram karya P*S: t.me/karyapis
----
Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊
17/02/2024
Akibat bongkak
Rasulullah ﷺ (w. 11H) bersabda:
مَنْ تَعَظَّمَ فِي نَفْسِهِ، أَوِ اخْتَالَ فِي مِشْيَتِهِ، لَقِيَ اللهَ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانُ
Sesiapa yang membesarkan diri atau berjalan dengan sombong, kelak dia akan berjumpa Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.
[Ṣaḥīḥ: Riwayat Aḥmad, no. 5995]
Telegram karya P*S: t.me/karyapis
----
Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊
30/01/2024
Pilihan Tuhanmu lebih baik
ʿAbdullāh bin ʿUmar (m. 73H) berkata:
إِنَّ الرَّجُلَ يَسْتَخِيرَ اللَّهَ تبارك وتعالى فَيَخْتَارُ لَهُ، فَيَسْخَطُ عَلَى رَبِّهِ عز وجل، فَلَا يَلْبَثُ أَنْ يَنْظُرَ فِي الْعَاقِبَةِ، فَإِذَا هُوَ خَيْرٌ لَهُ
Boleh jadi, seseorang itu marah dan tidak s**a dengan pilihan Allah tabāraka wa taʿālā selepas dia beristikharah kepada Tuhannya, tengok-tengok tak lama kemudian, kesudahannya betul lah bahawa pilihan Tuhannya itu lebih baik.
[al-Zuhd wa al-Raqāʾiq oleh ibn al-Mubārak, hal. 32]
Telegram karya P*S: t.me/karyapis
----
Tempah buku 𝑓𝑙𝑎𝑔𝑠ℎ𝑖𝑝 Karya P*S 2023, "Kombo Muslim Sempurna" dgn harga promosi di: https://bukubaru.karyapis.com/ 😊
13/01/2024
Al-Qaul ath-Thabit
Firman Allah SWT
یُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱلۡقَوۡلِ ٱلثَّابِتِ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَفِی ٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَیُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِینَۚ وَیَفۡعَلُ ٱللَّهُ مَا یَشَاۤءُ
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [Surah Ibrāhīm: 27]
Rasulullah SAW bersabda ketika melalui kawasan perkuburan, baginda menyatakan:
“Adapun orang yang beriman Allah telah meneguhkannya dengan al-Qaul ath-Thaabit (perkataan yang tetap teguh), manakala orang munafik atau yang ragu akan berkata: “Aa..Aa.. Aku tidak tahu.... Aku dengar orang ramai kata begitu lalu aku ikut cakapnya.”
Maka dia pun dipukul dengan besi yang terdengar oleh seluruh makhluk kecuali manusia. Sekiranya manusia dapat mendengarnya, maka pasti mereka akan pengsan.” (HR. Muslim)
Kita semua maklumi pertanyaan utama di dalam kubur itu ada tiga, iaitu:
1. Siapa Tuhan kamu?
2. Apa agama kamu?
3. Siapa nabi kamu?
Ketiga-tiga persoalan ini InsyaAllah akan dapat dijawab sekiranya kita mempelajari agama ini dengan benar berdasarkan keterangan dalil yang sahih dan penjelasan ulama muktabar supaya kita tidak menjadi seperti yang dinyatakan dalam hadis Nabi di atas, bahawa dia hanya ikut-ikut cakap orang ramai. Atau mungkin ikut ustaz fulan, artis fulan, idola fulan dan seterusnya. Maka sudah tentu tiada jawapan yang tetap dan teguh yang dapat diberikan sehingga dipukul dengan palu yang menyakitkan sehinggalah tibanya hari kebangkitan.
Semoga kita semua termasuk golongan yang diberikan al-Qaul ath-Thabit di dunia dan di akhirat.
~ Penuntut ilmu kecil
29/12/2023
Buku ini masih Pre-order boleh PM saya jika berminat ya. Barakallahu fikum
26/12/2023
Insyirah Al-Sodr (Kelapangan Dada) merupakan matlamat yang tinggi kedudukannya, keinginan yang mulia, dan kurniaan yang besar daripada Tuhan semesta alam.
Kelapangan dada bermaksud ketenteraman dan ketenangan, hilangnya hal-hal yang mengeruhkan dan menggusarkan, dan kekal bahagia dalam kehidupan yang baik dan mulia.
(Petikan dari buku terbaru Karya P*S, Agar Dadamu Menjadi Lapang, terjemahan kitab 'Asyarat Asbab li Insyirah al-Sadr, oleh Shaykh Abdul Razzaq bin Abdul Muhsin al-Badr)
Nak beli buku ni? Komen "Nak" di ruang komen di bawah.
25/12/2023
SIFAT LUPA DIWARISI DARI NABI ADAM
Firman Allah SWT:
وَلَقَدْ عَهِدْنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبْلُ فَنَسِىَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُۥ عَزْمًا
“Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka dia lupa (akan perintah itu) dan tidak Kami dapati padanya keinginan yang kuat.” (Taha: 115)
Tafsir Ayat:
Maksudnya, Kami sungguh telah berwasiat kepada Nabi Adam s.a dan memerintahkannya serta mengikatnya dengan sebuah janji untuk dia melaksanakannya. Nabi Adam a.s memeganginya, tunduk dan patuh, serta bertekad menjalankannya.
Meskipun demikian, Nabi Adam a.s lupa atas perintah yang ditujukan kepadanya. Tekad azamnya telah pun hilang. Maka terjadilah peristiwa tersebut, sehingga menjadi pelajaran bagi keturunan-keturunannya. Dan tabiat-tabiat mereka pun menyerupai tabiat Nabi Adam a.s.
Baginda lupa, maka keturunannya juga mengalami perkara yang sama. Baginda berbuat kesilapan dan keturunannya juga melakukan kesilapan. Baginda tidak bertahan lama berada dalam tekad yang kuat, dan keturunannya juga begitu. Baginda segera bertaubat dari kesalahannya dan mengakuinya, maka dosanya diampuni. Sesiapa meniru ayahnya, nescaya dia tidak sedang berbuat aniaya.
(Sumber: Tafsir As-Saadi)
~ Penuntut Ilmu Kecil
14/12/2023
MAKSUD KURNIA DAN RAHMAT ALLAH YANG SEBENAR
Firman Allah SWT:
قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَ ٰلِكَ فَلۡیَفۡرَحُوا۟ هُوَ خَیۡرࣱ مِّمَّا یَجۡمَعُونَ
Katakanlah (Muhammad), “Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.” [Surah Yunus 58]
Ayat di atas ini ada yang menjadikannya sebagai dalil umum agar kita bergembira di atas kelahiran Rasulullah ﷺ. Namun benarkah maksud firman Allah tersebut begitu? Mari kita lihat beberapa penjelasan daripada para ulama tafsir yang muktabar di bawah:
Dalam Tafsir Jalalayn dinyatakan tafsiran ayat di atas:
“(Katakanlah: Dengan kurnia Allah) iaitu agama Islam (dan rahmatNya) iaitu Al-Quran (maka dengan hal itu) dengan kurnia dan rahmat tersebut (hendaklah mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmatNya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan.") Iaitu dari keduniaan. Dengan huruf ya (yajma'uuna) dan huruf ta (tajma'uuna).”
Imam Ibnu Kathir rahimahullah berkata:
“Iaitu: dengan ini yang datang kepada mereka dari Allah adalah hidayah dan agama yang hak (benar), hendaklah mereka bergembira, kerana sesungguhnya itu ianya lebih patut untuk mereka gembirakan. (Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan) iaitu: dari harta benda dunia dan apa-apa yang ada di dalamnya dari perhiasannya yang pasti akan fana dan lenyap.”
Baca selanjutnya di: https://safwanrusydi.blogspot.com
14/12/2023
Menghindari Perdebatan Dalam Agama
Allah SWT memerintahkan agar berdebat dengan cara yang paling baik.
Firman Allah Ta'ala:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (An-Nahl: 125).
Para ulama menerangkan bahawa perdebatan yang paling baik dapat diwujudkan jika niat masing-masing dari kedua belah pihak adalah baik. Masalah yang diperdebatkan juga adalah baik dan mungkin tercapainya kebenaran dengan berdiskusi. Masing-masing beradab dengan adab yang baik, dan sememangnya punya kemampuan ilmu serta bersedia menerima yang hak jika kebenaran itu timbul dari hasil perdebatan mereka. Juga bersikap adil serta menerima kembali orang yang kembali kepada kebenaran. (Mauqif Ahlussunnah 2/587-611 dan Ar-Rad ‘Alal Mukhalif: 56-62)
Baca selanjutnya: https://safwanrusydi.blogspot.com/2023/12/menghindari-perdebatan-dalam-agama.html?m=1