23/08/2022
Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum
Alhamdulillah
Hari ini 23 Ogos 2022 (Selasa) , adik Mohd Nazrie Bin Moksin akan bertolak ke Melaka . Untuk makluman , adik Mohd Nazrie adalah atlet Ppdk Pinggan-Pinggan yg aktif dan berbakat . Beliau telah banyak kali memenangi berbagai acara seperti lumba lari 100 meter , 200 meter , permainan badminton dan banyak lagi . Kali ini , adik Mohd Nazrie telah terpilih mewakili Ppdk Pinggan-Pinggan ke negeri Melaka untuk bertanding dalam acara : 100 meter , 200 meter , lontar peluru , lompat jauh dan 4x100 . Kami doakan kejayaan buat adik Mohd Nazrie . Semoga beliau datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan .
Aamiin ya Rabbal Alaamiin 🤲🏻