Paragon SPADA XI

Paragon SPADA XI

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Paragon SPADA XI, university malaysia, Kota Kinabalu.

Halaman muka buku ini dibuat untuk berkongsi maklumat dan aktiviti Pelajar Pascasiswazah dalam jurusan Speciality Program For Alcohol And Drug Abuse (SPADA XI) Universiti Malaysia Sabah

23/10/2024

Cognitive Distortions - (All or Nothing Thingking)
“You look at things in absolute,
black-and-white categories. If you’re not a complete
success, you think you’re a total failure.

13 Irrational Beliefs (Albert Ellis) – Mindfulness Courses Ireland – Padraig O'Morain 01/10/2024

A list of common, sub-conscious ​irrational beliefs
​Based on the work of Albert Ellis who developed Rational Emotive Behaviour Therapy.

1. I must do well and get the approval of everybody who matters to me or I will be a worthless person.

2. Other people must treat me kindly and fairly or else they are bad.

3. I must have an easy, enjoyable life or I cannot enjoy living at all.

4. All the people who matter to me must love me and approve of me or it will be awful.

5. I must be a high achiever or I will be worthless.

6. Nobody should ever behave badly and if they do I should condemn them.

7. I mustn’t be frustrated in getting what I want and if I am it will be terrible.

8. When things are tough and I am under pressure I must be miserable and there is nothing I can do about this.

9. When faced with the possibility of something frightening or dangerous happening to me I must obsess about it and make frantic efforts to avoid it.

10. I can avoid my responsibilities and dealing with life’s difficulties and still be fulfilled.

11. My past is the most important part of my life and it will keep on dictating how I feel and what I do.

12. Everybody and everything should be better than they are and, if they’re not, it’s awful.

13. I can be as happy as is possible by doing as little as I can and by just enjoying myself.

Read more from….

13 Irrational Beliefs (Albert Ellis) – Mindfulness Courses Ireland – Padraig O'Morain 9. When faced with the possibility of something frightening or dangerous happening to me I must obsess about it and make frantic efforts to avoid it.

Photos from Pusat Pendidikan Fleksibel Universiti Malaysia Sabah-UMSFLEC's post 02/01/2023
Photos from Puspen Papar - Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik's post 02/01/2023

GEROBOK BUKU

Paragon SPADA XI begitu berterima kasih kepada Pengarah dan warga kerja Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Papar di atas kesudian merealisasikan Projek Gerobok Buku ini. Mini Library yang disiapkan khas untuk projek ini menampakkan keseiringan minda kedua belah pihak iaitu pihak Puspen dan SPADA melihat aktiviti membaca boleh membawa manfaat yang besar kepada penghuni PUSPEN.




25/12/2022

Selamat Menyambut Hari Natal kepada mereka yang meraikannya terutama pelajar-pelajar Paragon SPADA XI SPADA 12 Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS.

Pada fasa peralihan kepada tahun baru ini, marilah kita sama-sama membendung diri daripada sebarang aktiviti-aktiviti penagihan.

Ingatlah bahawa penagihan itu bukan hanya tertumpu kepada penyalahgunaan dadah, banyak lagi bentuk penagihan sama ada penagihan bahan atau substance (dadah dan alkohol), tingkah laku (diet, seks, p***o, internet, games etc) dan impulsif (berjudi).

Jika anda merasakan penagihan tersebut telah memberi kesan kepada kehidupan anda, carilah ubatnya. Penagihan adalah satu penyakit.

Selamat Hari Natal, selamat bercuti dan selamat tahun baru 2023 kelak!

22/12/2022

Semua dijemput hadir untuk Program Generasi Sihat, Generasi Bijak anjuran SPADA 12 UMS esok jam 230 pm di Perpustakaan UMS!

MAKLUMAN PROGRAM GENERASI SIHAT, GENERASI BIJAK.

Pelajar Speciality Program of Alcohol and Drug Abuse (SPADA) Cohort 12, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program "Generasi Sihat, Generasi Bijak" pada ketetapan seperti yang berikut : -

📆 Tarikh : 23/12/2022 (Jumaat)
⏰ Masa : 2.30 Petang hingga selesai
🏫 Lokasi : Perkarangan Perpustakaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang gaya hidup sihat tanpa dadah serta untuk memenuhi keperluan subjek Farmakologi Dadah (PD6013). Pelbagai aktiviti menarik menanti. Semua mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dijemput hadir.


07/12/2022

Terima kasih guru-guru SMK Terusan, Lahad Datu kerana menyokong dan menyumbang untuk Projek Gerobok Buku kami.

Kami pasti sumbangan ini akan menggembirakan penghuni-penghuni PUSPEN Papar.

Kepada sahabat-sahabat sekalian, yang mempunyai buku-buku atau majalah-majalah terpakai yang tidak digunakan lagi, dermakan kepada kami untuk disalurkan kepada penghuni PUSPEN Papar.

Barangkali buku kalian boleh mengubah nasib mereka!

Maceh




Photos from Paragon SPADA XI's post 28/11/2022

Terima kasih diucapkan kepada Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) Universiti Malaysia Sabah kerana menerima permohonan kami untuk membuat hebahan mengenai Kempen GEROBOK BUKU Buat Bekas Penagih di e-mel dan laman web rasmi UMS.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai buku-buku terpakai atau baru yang tidak diperlukan lagi, salurkan kepada kami untuk didermakan kepada penghuni-penghuni PUSPEN Papar.

Mereka dahagakan ilmu.


24/11/2022

Selamat Ulang Tahun Penubuhan ke-28 Universiti Malaysia Sabah

Daripada kami, pelajar-pelajar Speciality Program on Alcohol and Drug Abuse Cohort 11, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS

Selamat Ulang Tahun Penubuhan ke-28 Universiti Malaysia Sabah

23/11/2022

Gerobok Buku.

Membaca jambatan ilmu.
Namun kebaikan membaca bukan sahaja terhad untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi terdapat pelbagai kelebihan lain yang sudah terbukti menurut kajian sains.

Menurut Berns et al. (2013), membaca boleh membantu menguatkan minda dengan kajian yang dilakukan mereka apabila mendapati bahawa ketersambungan otak meningkat dengan membaca, terutamanya dalam korteks somatosensori, bahagian otak yang bertindak balas pada sensasi fizikal.

National Institute of Aging (NIH) p**a mendapati bahawa dengan membaca, ia akan mengekalkan kesibukan minda apabila usia meningkat dan ini membawa kesan kepada pengekalan dan peningkatan fungsi kognitif otak.

Manakala Rizzolo et al. (2009) mendapati bahawa membaca 30 minit dapat menurunkan tekanan darah, degupan jantung, dan perasaan tekanan psikologi, iaitu bersamaan dengan kesan senaman seperti yoga dan jenaka.

Sehubungan dengan itu, tidak dinafikan lagi bahawa kepentingan membaca dalam kehidupan manusia.

Namun bagi penghuni PUSPEN Papar, peluang untuk membaca agak terhad buat mereka kerana kekurangan buku atau majalah untuk dibaca. Sedangkan mereka mungkin antara individu yang paling mendapat manfaat daripada sudut peningkatan fungsi kognitif otak jika peluang membaca diberikan kepada mereka.

Justeru, projek ini yang mendapat inspirasi daripada permintaan seorang penghuni yang mahu membaca, ingin mengumpulkan seberapa banyak buku baru mahupun terpakai daripada pelbagai genre untuk diserahkan kepada pihak PUSPEN Papar seterusnya memberikan manfaat kepada penghuninya.

Meminjam kata hikmah seorang sahabat, bantu kami untuk membantu mereka. 🙏

Hubungi saya di talian 0199104649 untuk mendermakan buku-buku terpakai tuan-tuan puan-puan sekalian. Postage dari semenanjung akan ditanggung oleh saya.

Affarizan Sidek
SPADA XI



22/11/2022

‘Encik Affa, ada buku-buku yang tidak guna?’

‘Buku apa tu?’

‘Apa-apa buku la Encik Affa, saya sudah baca semua buku yang ada di sini!’

‘Wow!’

‘Kalau ada buku automotif lagi bagus Cik Affa’, rakannya menyampuk.

‘Ok ok, tengok minggu depan macam mana’

Dalam hati, rakan-rakan lain minta coklat, gula-gula atau air manis, korang p**ak minta buku.

Minggu depannya saya gagal bawa apa-apa buku pun. Sebab saya memang tiada buku terpakai setakat ini di UMS ini. Ada juga bertanya kepada rakan-rakan SPADA di mana saya boleh cari kedai yang menjual buku terpakai.

Dia bertanya lagi mengenai jika ada buku yang boleh dia baca. Aduhhh…

Entah macam mana terlintas mengenai projek Gerobok Buku oleh senior asrama saya dulu Sazali Samsudin. Mengambil inspirasi. Mana tahu kot-kot ada yang nak menyumbang.

Saya dengan rendah hati ingin menyatakan bahawa sekiranya ada rakan-rakan yang mempunyai apa-apa buku terpakai atau lama yang tidak diperlukan, derma lah kepada kami untuk disalurkan kepada penghuni-penghuni PUSPEN Papar. Dalam proses pemulihan mereka, membaca boleh memainkan peranan penting untuk menguatkan minda mereka kerana dengan membaca, ketersambungan otak meningkat terutamanya dalam konteks somatosensori, bahagian otak yang bertindak balas kepada sensasi.

Apa-apa buku pun ok tuan-tuan puan-puan. Malah ada di antara mereka sedang berusaha untuk mengambil SPM tahun ini.

Barangkali buku-buku yang disumbangkan tersebut boleh mengubah nasib mereka selepas ini.

Buat rakan-rakan di semenanjung yang berminat menderma, nilai postage akan dibayarkan oleh saya.

🙏🫰

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Affarizan Sidek
SPADA XI Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS Universiti Malaysia Sabah




Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

University Malaysia
Kota Kinabalu
88400