13/03/2026
Setuju 200%..
Kenapa anak B40 susah nak jadi T20?
Ramai orang jawab mudah.
“Pasal malas.”
Tapi kalau kita fikir betul-betul, bukan semudah itu.
Sebenarnya dari awal, garis mula memang tak sama.
1️⃣ Garis mula berbeza
Anak B40 biasanya membesar dalam keadaan macam ni.
Mak ayah fikir:
• duit makan
• duit sekolah
• bil rumah
Fokus keluarga ialah cukupkan hidup dulu.
Anak T20 p**a membesar dengan keadaan berbeza.
Mereka ada:
• tuisyen private
• kelas tambahan
• exposure
• peluang travel
Fokus mereka ialah bangunkan potensi diri.
Anak T20 bermula 1 KM didepan.
2️⃣ Modal kewangan
Bila habis universiti, keadaan masih berbeza tapi disini ada turning point kalau Anak B40 pandai. Baca point No 6. Tapi kebiasaannya
Anak B40:
• graduate
• ada hutang PTPTN
• mula kerja gaji biasa
Anak T20:
• graduate
• tiada hutang
• boleh mula melabur awal
Sebab itu kehidupan mereka bergerak dengan kelajuan berbeza.
3️⃣ Network
Ramai orang tak sedar.
Banyak peluang datang daripada kenalan.
Anak T20 kadang peluang datang macam ni:
Uncle kenal CEO syarikat tu. Kau nak try intern situ?
Terus dapat internship.
Terus dapat peluang kerja.
Anak B40 p**a biasanya bermula dari bawah:
• hantar resume
• pergi interview
• cari sendiri peluang
4️⃣ Exposure tentang duit
Apa yang anak nampak sejak kecil akan bentuk cara dia berfikir.
Ramai anak B40 nampak:
• kerja makan gaji
• cukup makan
• hidup sederhana
Sampai dia rasa ini lah kehidupan. Tak perlu ubah
Ramai anak T20 nampak:
• bisnes
• pelaburan
• hartanah
• ownership
Mindset ini terbentuk sejak kecil.
Mereka faham fungsi duit
5️⃣ Risiko
Untuk naik taraf hidup, kadang perlu ambil risiko.
Contohnya:
• buat bisnes
• melabur
• cuba peluang baru
Tetapi risiko perlukan safety net.
Kalau anak T20 gagal, masih ada sokongan keluarga.
Kalau anak B40 gagal, boleh lingkup, tanggung beban hutang besar bertahun2.
6️⃣ Tapi anak B40 masih ada jalan utk kejar
Ini paling penting.
Walaupun anak T20 ada advantage,
anak B40 masih boleh kejar balik.
Salah satu jalan paling terbukti berkesan dan murah ialah pendidikan.
Bermula dari SPM.
Kalau anak B40 cemerlang SPM, banyak pintu akan terbuka.
• boleh dapat biasiswa
• boleh masuk universiti terbaik
• boleh belajar luar negara
Di situ dia akan jumpa network baru yang setanding anak T20
Kawan2 yang bakal jadi doktor/engineer hebat
Pakar Ekonomi/IT
Bakal Milionaire/Bilionaire
Hidup dia boleh berubah
7️⃣ Di situlah generasi keluarga berubah
Memang anak T20 ada advantage.
Itu rezeki mereka.
Tapi kalau anak B40 cemerlang dalam pendidikan,
dia boleh kejar jurang itu.
Dan bila dia berjaya nanti,
anak dia p**a tak bermula dari B40 lagi.
Sebab itu kalau kita keluarga B40,
satu perkara kita kena jaga betul-betul.
Pendidikan anak.
Kerana kadang-kadang,
SPM yang cemerlang boleh ubah nasib satu keluarga.
Nak anak belajar Teknik menjawab dari Guru Sekolah berpengalaman secara PERCUMA, klik link dibio eTuisyen
12/03/2026
City University Malaysia has received the Continuation of Approval from the Department of Occupational Safety and Health (DOSH) Malaysia as a recognised teaching centre for the Bachelor and Diploma in Occupational Safety and Health.
This recognition reflects our continued commitment to delivering quality education, industry relevance, and professional standards that prepare our students for real-world responsibility.
Register Now!
014 3334640
cc : City Universiti Malaysia FB
04/03/2026
PERANG ASIA BARAT | Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengugut untuk memutuskan semua hubungan perdagangan dengan Sepanyol selepas negara itu enggan membenarkan pesawat AS menggunakan pangkalannya bagi melancarkan serangan ke atas Iran.
26/02/2026
26.02.2026 (Khamis)
Duka cita menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua mangsa banjir di daerah Tenom, Sabah, yang sedang menghadapi dugaan besar akibat bencana ini. Semoga dipermudahkan urusan Saudara&sahabat kita di Tenom Kita 🙏
#BanjirTenom😢
20/02/2026
Luluh hati membaca&melihat jenazah kesemua 5 korban...
akal masih berfikir apa yang berlaku sebenarnya.. Hanya Allah swt yang maha mengetahui..wallahualam.
Namun dari tragis berdarah ni memberi iktibar dan mesej kepada yang masih hidup baik ketua keluarga @ suami, isteri, keluarga dan orang sekeliling untuk sentiasa menjaga kerohanian,mental & fizikal yang sihat..
Ketua keluarga a.k.a suami ilmu pengetahuan dan keteguhan agama iman dan sabar adalah asas yang utamakan dalam semua hal termasuk mentadbir & menjaga Institusi keluarga. Kewajipan menunaikan tanggungungjawab dan cari jalan penyelesaian keluar dari masalah..
Kekuatan&kebijaksanaan dorongan sokongan seorang isteri sebagai pendamping kepada suami itu peranan utama isteri, jadilah sahabat kepada suami dikala bebanan yang di hadapi terlalu sarat, jangan ditambah dengan dengan membahas atau bebelan yang akhirnya menjadi sumbu api kebakaran yang akhirnya merugikan menghancurkan institusi keluarga...
Keluarga atau orang disekeliling jadi sumber atau unsur yang membina persekitaran yang positif kerana setiap sumbangan sama ada nasihat atau cacian 100% memberi kesan atau impak besar terhadap emosi sesebuah pasangan suami isteri yang boleh mempengaruhi kerukunan Institusi keluarga samaada derita atau bahagia.. Jadilah sumber atau manusia yang bermanafaat pada orang disekeliling.
Kerana kesilapan dan kelalaian seseorang banyak jiwa-jiwa yang tidak berdosa turut menjadi korban..berat mata memendang berat lagi bahu memikul dan akhirnya sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Hidup ini mudah, mampu kita usaha dan harungi dengan tenang tidak mampu setelah kita usaha kita letakkan atau sandarkan pada Allah swt.. Duniawi hanya persinggahan untuk bekalan akhirat yang kekal selamanya.Menjaga hubungan dengan Tuhan dan Kitab suci agama jadi panduan dan pedoman hidup yang penuh dengan pancaroba...
Dengan manusia tak usah ambil kira manusia hendak caci atau manusia hendak puji itu soal dia. Yang kita buat Allah swt reda dan hidup dalam keberkatan. SYUKUR.
Tahziah dan turut berduka diatas kehilangan dan nasib menimpa mangsa & keluarga mangsa. Alfatihah buat semua allahyarham.😢
-PENDIDIKAN yang tinggi TERAS kepada pembangunan Tamadun manusia-
KES BUNUH | Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuannya sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating Damai, di Kuantan.
06/02/2026
Bukan setakat lubang garisan jalan dan uturn pun bikin confuse kalau malam lg la mcm org mabuk ja kita bawa keta sbb mau elak lubang & tak nampak garisan pembahagi jalan...
Bayangkan kalau lori 😓 Kejadian di Tebobon
05/02/2026
05/02/2026 : Kunjungan Hormat ke SM ALL SAINT KOTA KINABALU , sesi permuafakatan antara Universiti & Sekolah bagi memastikan tiada calon lepasan SPM&STPM tercicir tawaran pengajian selaras dengan arus pembangunan pendidikan tinggi, Negeri Sabah.
05/02/2026
Sgt Setuju!...
Adakalanya cara yg mudah dan lembut menyampaikan kata hati adalah dengan bibit atau lirik lagu.. antonasi & lantunan suara dlm lagu yang dinyanyikan juga simbolik kepada level perasaan yang dirasakan terhadap suatu keadaan.. IBARATKAN PENDIDIKAN MAKIN TINGGI LEVEL PENDIDIKAN SESEORANG SEMAKIN TINGGI MARTABAT DIRI😊🙏
1% nyanyi 99% patah hati
05/02/2026
Jom Masuk Universiti 2026 (Zon Sabah I)TAWAU!!
KEMASUKAN & TEMUDUGA City University Malaysia 2026 bagi calon lepasan SPM/STPM.
Sesi Temuduga/Konsultasi
Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi 1-ke-1 dan maklumat temuduga terus di beberapa lokasi temuduga Universiti:
ZON TAWAU
📍 Tempat: Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tawau.
🗺 Peta Lokasi: Klik di sini untuk lokasi ( https://share.google/FdWGQI6dXrZhSSuFD )
📅 Tarikh: 07 Februari 2026 (Sabtu)
🕚 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
ZON SEMPORNA
📍 Tempat: Hospital Kerajaan Daerah Semporna.
🗺 Peta Lokasi: Klik di sini untuk lokasi ( https://share.google/HB6oMohGKWCXOOGW2 )
📅 Tarikh: 08 Februari 2026 (Ahad)
🕚 Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
ZON KUNAK
📍 Tempat: Dewan Arena Belia dan Sukan Kunak
🗺 Peta Lokasi: Klik di sini untuk lokasi ( https://share.google/mo1Z7nVVcVZHJl9eg )
📅 Tarikh: 08 Februari 2026 (Ahad)
🕚 Masa: 2.00 petang– 4.00 petang
PENGESAHAN KEHADIRAN (WAJIB)
💬 WhatsApp:
https://pendaftarankemasukanuniversiti2026.wasap.my/
Pautan E-borang permohonan kemasukan Universiti:
https://forms.gle/vu39xkfGXaPgJTDj8
Status Pengambilan: TERBUKA KEPADA BELIA WARGA NEGARA,BERUMUR 16 DAN KEATAS!
City University Malaysia kini sedang membuka permohonan untuk pengambilan tahun 2026 bagi lebih 91 program pengajian yang diiktiraf penuh MQA dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT).
✔️ Diiktiraf Akreditasi oleh MQA/LEMBAGA ARKITEK/LEMBAGA KEJURUTERAAN/LEMBAGA KEJURURAWATAN/ACCA/SAP/ORACLE
✔️ Kemudahan Dana Pendidikan dan Biasiswa daripada MARA/BKNS/PTPK & PTPTN/KWSP/ZAKAT NEGERI
✔️ Kerjasama industri & agensi kerajaan
✔️ Peluang latihan industri dan kerjaya dibawah sektor kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sabah(SPANS),Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP),Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) dan sektor-sektor lain di seluruh Malaysia.
✔️ Tenaga pengajar kompetitif dan berpengalaman dalam setiap jurusan pengajian.
✔️ Melahirkan ramai graduan yang berdaya saing kompetitif dan kompeten bersedia ke alam pekerjaan.
📞 HUBUNGI PEGAWAI BERTUGAS :
(MISS.SHARIFAH)
📱 014-333 4640
017-8718281
LOKASI UNIVERSITI :
📍 City University Malaysia (Sabah)
Plaza Utama, Alamesra, Kota Kinabalu,SABAH.
"LANGKAH PERTAMA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI & KERJAYA MASA DEPAN BERMULA DISINI"