06/04/2024
Assalamualaikum w.b.t., Salam Inspirasi Mahasiswa Cemerlang, Salam EcoCampus dan Salam Rimbawan.
| 6 April 2024 |
*[SEKALUNG PENGHARGAAN , UCAPAN TERIMA KASIH & SYABAS KEPADA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA SESI 2022/2023]*
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada *RICKY SHEARER RICHARD* atas segala sumbangan dan khidmat sepanjang menjalankan tugas sabagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Fakulti Perhutanan Tropika Universiti Malaysia Sabah Sesi 2022/2023.
Kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan telah menjadi inspirasi buat semua mahasiswa. Semoga dengan hasil usaha yang telah disampaikan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Universiti Malaysia Sabah.
Selamat Maju Jaya!
*"Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti"*
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika UMS
22/02/2024
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
| 21 FEBRUARI 2024 |
*[TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (MPP FPT) Sesi 2023/2024]*
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada *JUSIANAH MASIUN* atas pelantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perhutanan Tropika (MPP FPT) sesi 2023/2024.
Galaslah tanggungjawab yang diberi dengan amanah dan penuh dedikasi agar suara mahasiswa dan mahasiswi Malaysia dapat diangkat di peringkat kebangsaan. Jawatan bukanlah suatu kebanggaan, akan tetapi suatu tanggungjawab.
*”Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”*
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
22/02/2024
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
| 21 FEBRUARI 2024 |
*[TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (MPP FPT) Sesi 2034/2024]*
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika ingin mengucapkan setinggi - tinggi tahniah kepada *MUHAMMAD HARKIM BIN DINGUN* atas pelantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Perhutanan Tropika (MPP FPT) sesi 2023/2024.
Galaslah tanggungjawab yang diberi dengan amanah dan penuh dedikasi agar suara mahasiswa dan mahasiswi Malaysia dapat diangkat di peringkat kebangsaan. Jawatan bukanlah suatu kebanggaan, akan tetapi suatu tanggungjawab.
*”Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”*
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
17/02/2024
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
| 17 Februari 2024 |
*[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER 1-2023/2024]*
🗓 : 12 Februari - 17 Mac 2024
Kami dari Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika sesi 2023/2024 ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester 1 sesi 2023/2024 bagi semua mahasiswa/i Universiti Malaysia Sabah. Semoga masa yang terluang dapat dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah. Di samping, mencari hobi yang baru untuk memenuhi waktu cuti. Semoga kita dapat berjumpa lagi bagi semester hadapan. “Jika penat, ambillah masa untuk berehat dan bukannya mengalah.”
Jaga diri dan kesihatan okieess 😊✨
*”Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”*
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
22/01/2024
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
| 22 JANUARI 2024 |
[SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1-2023/2024]
Sempena minggu peperiksaan yang telah tiba, Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika sesi 2023/2024 ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir semester 1 2023/2024 bagi semua mahasiswa/wi Universiti Malaysia Sabah. Semoga dikurniakan kemudahan, ketenangan serta dilapangkan segala urusan sepanjang menghadapi minggu peperiksaan. Teruskan semangat, tingkatkan usaha dan lakukan yang terbaik bagi memperolehi keputusan yang cemerlang.
Tiba masa susah dan senang,
Lama-lama jadi kebiasaan,
Jawab dengan hati yang tenang,
Semoga berjaya dalam peperiksaan.
Selamat Maju Jaya! Chaiyokk, Hwaitinggg ✨
"Rimbawan Berintergriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti"
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
11/01/2024
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
|11 JANUARI 2024|
*[RAPAT UMUM BERSAMA CALON MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA SESI 2023/2024]*
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika Sesi 2023/2024 dengan berbesar hati ingin menjemput para pelajar dan untuk menghadiri *Rapat Umum bersama Calon Majlis Perwakilan Fakulti Perhutanan Tropika Sesi 2023/2024* dan mendengar manifesto-manifesto yang bakal disuarakan oleh calon yang akan bertanding. Berikut merupakan ketetapan bagi rapat umum:
🗓 *Tarikh: 11 Januari 2024 (Khamis)*
⏰ *Masa: 1.00 Petang hingga 3.00 Petang*
📍 *Tempat: Instagram Live*
Pautan siaran langsung aplikasi Instagram:
https://www.instagram.com/pmfpt_ums?igsh=MXQzY21xeXNxbWVwdA==
Sekian, Terima Kasih
*"Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti"*
Yang Ikhlas,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
31/12/2023
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
[31 DISEMBER 2023]
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024
Kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024 kepada semua warga Fakulti Perhutanan Tropika Universiti Malaysia Sabah. Semoga tahun baharu 2024 ini akan memberi azan dan semangat lebih kuat untuk memcapai kejayaan yang diimpikan.
Satwa liar bukan untuk diburu,
Yang dalam hutan semua perlu,
Selamat Tahun Baru 2024 kepadamu,
Semoga kamu berjaya selalu.
Sekian, Terima Kasih
"Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti"
Yang Ikhlas,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
25/12/2023
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
[25 DISEMBER 2023]
SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU 2024
Kami daripada Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru kepada semua warga Fakulti Perhutanan Tropika Universiti Malaysia Sabah yang menyambutnya. Semoga hari yang penuh bermakna dan bahagia ini disambut dengan gembira bersama dengan orang yang tersayang dan semoga Tahun baharu 2024 ini akan memberi makna yang besar kepada kita semua serta memberi kita dorongan untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan yang diimpikan.
Jalan-jalan ke Pekan Rabu,
Jangan lupa membeli Tauhu,
Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru,
Semoga terus sukses dan berjaya selalu.
Sekian, Terima Kasih
“Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”
Yang Ikhlas,
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
24/12/2023
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
| 22 DISEMBER 2023 |
*[UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA KE PUSINGAN SEMI FINAL]*
Sukacitanya Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika (PMFPT) mengucapkan setinggi -tinggi Syabas dan Tahniah Selamat kepada pelajar Fakulti Perhutanan Tropika yang telah mendapat tempat *Johan* dalam pertandingan *FASA 3: BOOTCAMP PROGRAM SOCIAL ENTREPRENEURSHIP FOR RURAL YOUTH (SERY) 2023.*
📆Tarikh : *20 -22 Disember 2023*
📍Tempat : *Pusat Belia Antarabangsa (IVC), Kuala Lumpur.*
✨Anjuran: *Kementerian Belia dan Sukan*
Tahniah dan Syabas kepada;
1. *NURMAISARAH BINTI MIZAN (HY11)*
2. *AUDREY LYNN FARIDI (HY11)*
3. *REQEEN RAYFE ANDING (HY11)*
4. *COLLIN SIM (HG23)*
Semoga segala usaha yang dicurahkan dalam mengharumkan nama Universiti Malaysia Sabah menjadi suntikan semangat kepada seluruh pelajar Fakulti Perhutanan Tropika untuk sentiasa bergiat aktif dalam apa jua aktiviti dan pertandingan yang diceburi.
Sekian,
Terima kasih.
*”Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”*
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
20/12/2023
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
| 20 DISEMBER 2023 |
*[UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA]*
*Tahniah & Selamat Maju Jaya* diucapkan kepada pelajar Fakulti Perhutanan Tropika, saudara *Tyrone Ng* selaku Juara Futsal Zon Sabah serta mewakili UMS dan Zon Sabah di Grand Final Futsal pada
📆Tarikh: *21 Disember 2023*
📍Tempat : *Universiti Kebangsaan Malaysia*
Sekian,
Terima kasih.
*”Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”*
Ikhlas daripada,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
/24
12/12/2023
Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam Rimbawan, Salam Keluarga UMS, Inspirasi Mahasiswa Cemerlang.
*[UCAPAN TAHNIAH KEPADA GRADUAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-25]*
Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika Universiti Malaysia Sabah (PMFPT) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada para graduan Universiti Malaysia Sabah yang telah berjaya bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah yang ke-25. Semoga segala ilmu yang telah diperoleh dapat dimanfaatkan sebaik mungkin serta dengan kejayaan ini menjadikan anda permata berharga buat masyarakat dan negara!
Sekian, Terima kasih.
*”Rimbawan Berintegriti, Aspirasi Mahasiswa Berkualiti”*
Yang Ikhlas,
Persatuan Mahasiswa
Fakulti Perhutanan Tropika
Sesi 2023/2024
Universiti Malaysia Sabah.
17/11/2023
📢COUNTDOWN COUNTDOWN📢
📌[TODAY IS THE DAY !]📌
Adakah anda sudah bersedia untuk Kem Keluarga ?
Hari ini bermulanya Program Kem Keluarga Sesi 2023/2024 ! Program akan bermula seawal jam 2 petang bertempat di foyer FPT ! Program ini dianjurkan khas kepada pelajar Tahun 1 dari Fakulti Perhutanan Tropika !! 🤩✊🏻
Kami jawatankuasa Kem Keluarga amat menantikan kehadiran anda !
Jumpa anda pada hari INI !! ✨