18/06/2022
*KARNIVAL IPMA Tawarkan Laluan Pendidikan Buat Pelajar Sabah*
Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) adalah program jelajah tahunan di seluruh Malaysia yang menyediakan informasi bagi laluan pendidikan ke peringkat pengajian tinggi anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Pengerusi MARA yang hadir ke Karnival IPMA hari ini berkata, “Rakyat Malaysia, khususnya pelajar lepasan SPM dan STPM di negeri Sabah ini harus mengambil peluang keemasan untuk menyertai ekosistem pendidikan MARA yang sangat holistik.
“Karnival ini bukan sekadar mempromosikan laluan pendidikan kepada pelajar tetapi ia adalah sebuah titik tolak permulaan pelajar untuk merealisasikan impian mereka melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi di bawah MARA malah turut menjadikan mereka antara tenaga sumber manusia yang kompetitif serta relevan di dalam negara,” ujar Azizah.
Tambahnya lagi, “Apabila mereka masuk ke IPMA mereka bukan hanya masuk ke institusi tersebut bahkan mereka sebenarnya masuk ke dalam sebuah keluarga MARA yang menyokong kepada usaha memartabatkan bangsa Bumiputera kita.”
Siri jelajah Karnival IPMA 2022 peringkat negeri Sabah telah diadakan pada 18 hingga 19 Jun 2022 bertempat di Palm Square Centre Point, Kota Kinabalu Sabah.
Turut mengiringi YB Pengerusi MARA hari ini, Dr. Hamzan bin Omar, Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA dan Dr. Shahrizin bin Haji Abdul Sarhadat, Pengarah MARA Negeri Sabah.
Karnival yang diadakan hari ini turut menyaksikan sesi penyerahan bantuan kewangan berjumlah RM15,000.00 daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang disampaikan sendiri oleh YB Pengerusi MARA kepada 150 orang pelajar yang mewakili 13 buah daerah di negeri Sabah.
Penganjuran karnival kali ini turut disertai oleh 23 pemamer terdiri daripada IPMA, Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) yang terkemuka.
https://bit.ly/3HBbhkJ
https://www.instagram.com/p/Ce8iIUtpDgG/?utm_source=ig_web_copy_link
https://twitter.com/maragov/status/1538129749167333377?s=20&t=1-ncW7_K8Q9WZlESZMOatA
“KARNIVAL IPMA Tawarkan Laluan Pendidikan Buat Pelajar Sabah sila layari : https://t.co/2ER4ErMDFt”