21/05/2019
Program ni untuk anak-anak, bukan untuk ibu dan ayah.
Tuan puan mungkin tertarik dan berminat dengan program kami. Tapi yang penting adakah anak tuan puan berminat? .
Jika anak tuan puan kata tak minat nak hadir, saya nasihatkan jangan paksa anak tuan puan hadir.
Ramai yang hadir kelas ini kerana mereka sendiri secara s**arela nak hadir.
Ada yang hadir kali kedua, malah ada yang hadir hampir 10 kali program saya. Walaupun programnya sama, mereka sendiri yang minta dengan ibu bapa untuk hadir lagi. Kadang-kadang punchline kita pun dia dah hafal. 😂
Bukan saya tidak mahu berkongsi ilmu dengan anak tuan puan, jangan salah faham. 🙏
Tuan puan,
beginilah...
Jika kita nak tuangkan air ke dalam jag air, tetapi jag air tersebut tertutup, adakah air akan masuk ke dalam jag tersebut?
Sudah semestinya tidak.
Begitulah perumpamaannya dengan perasaan anak tuan puan sekalian. Jika mereka hadir dengan minda yang tertutup, mereka hanya hadir untuk membuang masa.
Membazir masa, tenaga dan juga wang ringgit tuan puan sahaja.
Jadi, tunggu rasa s**arela itu hadir dalam jiwa anak tuan puan atau benihkan sikit-sikit kenapa mereka perlu belajar tentang sesuatu ilmu yang tuan puan suruhkan itu.
Yang tidak s**a memaksa dan di paksa,
–Cikgu Ajwad ohsem 👨🏻🏫 .