BSMM Negeri Kelantan -Latihan Awam

BSMM Negeri Kelantan -Latihan Awam

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BSMM Negeri Kelantan -Latihan Awam, First Aid Class, RUMAH AMAL TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, Jalan MAHMOOD, Kota Bharu.

Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas (sehari)
| Kursus Pertolongan Cemas Asas (2 hari)
| Ceramah Pertolongan Cemas Asas
011-55850585 (Admin), 09-7435504 (Pejabat)

Photos from BSMM Negeri Kelantan -Latihan Awam's post 24/05/2026

20 Mei 2026, Alhamdulillah selesai Kursus Pertolongan Cemas, CPR & AED selama 2 hari.

Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan semangat sepanjang latihan dijalankan. Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan ketika saat kecemasan dan membantu menyelamatkan nyawa. 🚑❤️

24/05/2026

19/05/2026
Photos from BSMM Negeri Kelantan -Latihan Awam's post 19/05/2026

19 Mei 2026

Sedang berlangsung, sesi teori Kursus Pertolongan Cemas Asas, CPR & AED bersama para peserta hari ini.

Antara perkongsian yang diberikan:
✅ Bantuan awal kecemasan
✅ CPR
✅ Choking
✅ Pengurusan kecederaan asas

Ilmu yang nampak simple, tapi sangat penting ketika situasi kecemasan sebenar.

Pre-pendaftaran slot kursus Jun – September 2026 juga telah dibuka. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir

19/05/2026

Done pos sijil

18/05/2026

Alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas yang sangat positif selepas sesi Kursus Pertolongan Cemas & CPR yang dijalankan baru-baru ini

“Secara keseluruhannya, kursus pada hari ini memang sangat baik dan ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat. Penyampaian juga santai, mudah difahami dan tidak membosankan.

Banyak ilmu serta input baharu yang saya peroleh sepanjang kursus ini.

Dari segi pengurusan p**a memang terbaik. Respons yang diberikan sangat cepat dan banyak membantu memudahkan urusan saya untuk menghadiri kursus pertolongan cemas ini.”

Maklum balas seperti ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran berkaitan bantuan kecemasan kepada masyarakat serta organisasi ⛑️





18/05/2026

Alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas yang sangat positif 😊

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan penyampaian kursus pada hari ini. Banyak perkara baharu yang saya pelajari sepanjang sesi dijalankan.

Tenaga pengajar juga memang sangat sportif dan pandai menarik perhatian peserta. Jarang saya hadir kursus atau ceramah yang tak mengantuk, tapi sesi kali ini memang sangat best dan tidak membosankan.

Dari segi pengurusan p**a memang terbaik, Siap disediakan makanan lagi. Memang sangat berbaloi untuk disertai.

Pada awalnya saya hanya menemani suami yang memang meminati bidang kesihatan, tetapi akhirnya saya sendiri menjadi tertarik dengan ilmu yang dikongsikan.

Tahniah kepada BSMM Kelantan. Memang terbaik 🎉”

Maklum balas seperti ini menjadi semangat untuk kami terus berkongsi ilmu pertolongan cemas dan meningkatkan kesedaran berkaitan bantuan kecemasan kepada masyarakat ⛑️



15/05/2026

“Bayangkan… dalam situasi orang dewasa panik, seorang murid berusia 12 tahun tampil membantu rakannya yang hampir lemas.

Kejadian sebenar ini membuka mata ramai bahawa kecemasan boleh berlaku di mana-mana — termasuk ketika aktiviti santai bersama rakan.

Apa yang lebih menyentuh hati, pelajar tersebut dikatakan pernah mempelajari asas bantuan kecemasan dan cuba membantu sementara menunggu bantuan lanjut tiba.

Situasi seperti ini menunjukkan bahawa ilmu CPR dan pertolongan cemas bukan hanya untuk petugas kesihatan atau penyelamat sahaja.

Malah pelajar, guru, staf organisasi, HR, manager,
dan orang awam juga wajar mempunyai pendedahan asas kecemasan.

Dalam keadaan kritikal seperti lemas, beberapa minit pertama sangat penting sebelum ambulans tiba.

Kadang-kadang, tindakan awal daripada individu terdekat mampu memberi peluang kedua kepada mangsa.

Kesedaran terhadap CPR dan pertolongan cemas perlu diperluaskan supaya lebih ramai masyarakat mempunyai keyakinan untuk bertindak ketika kecemasan berlaku.”

14/05/2026

“Video macam ni memang buat ramai rasa panik…

Kecemasan boleh berlaku tanpa amaran — terutama melibatkan kanak-kanak.
Dalam beberapa saat sahaja, suasana biasa boleh bertukar jadi cemas.

Ramai orang sebenarnya mahu membantu, tetapi tidak tahu tindakan yang betul.

Sebab itu ilmu CPR dan pertolongan cemas sangat penting.
Bukan untuk petugas kesihatan sahaja, tetapi untuk orang awam, guru, staf taska, ibu bapa dan pekerja.

Beberapa minit pertama sebelum bantuan tiba boleh memberi perbezaan besar kepada mangsa.

Semoga lebih ramai masyarakat sedar bahawa ilmu menyelamatkan nyawa ini bukan pilihan… tetapi satu keperluan.”

13/05/2026

Dalam situasi macam ni, ramai orang dewasa sebenarnya panik sebab takut buat salah.

Tetapi saat kecemasan tidak tunggu kita bersedia.

Beberapa minit pertama sangat penting apabila melibatkan:
-Tersedak
-Tidak sedarkan diri
-Henti pernafasan
-Serangan sawan
-Lemas

CPR bukan hanya untuk hospital atau petugas kesihatan.
Di taska, sekolah dan pusat jagaan… ilmu ini boleh menjadi perbezaan antara panik dan tindakan.

Kadang-kadang, tindakan awal daripada orang terdekatlah yang menyelamatkan nyawa sebelum bantuan tiba.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

RUMAH AMAL TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, Jalan MAHMOOD
Kota Bharu
15200