27/02/2025
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pada 26 Februari 2025 (Rabu) telah diadakan Mesyuarat & Lawatan Kerja ke JPS Kelantan, UPPP Kelantan & IPMI Zon Timur oleh Pihak PETRA, M*F & Kementerian Ekonomi.
Mesyuarat & Lawatan Kerja ini telah disertai oleh Delegasi PETRA yang diketuai oleh Pn Intan Syuriani Binti Ismail (SUB Bhg. Kewangan & Perolehan, PETRA), Pn Syaripah Nurzalilie Bt Syed Kamarzaman (SUB Bhg. Pengurusan Sumber Manusia, PETRA), Pn Zainab Binti Abdul Ghani (Bhg. Pembangunan, PETRA).
Lawatan ini juga telah disertai oleh Pejabat Belanjawan Negara M*F iaitu En Ridha Bin Mohsin (Budget Review Office, M*F) dan pejabat Kementerian Ekonomi dihadiri oleh Puan Farhana Binti Saharil.
Bagi pihak JPS telah diketuai oleh Ir. Mat Pua'at Bin Mat Husain (Pengarah Kanan Sektor Pengurusan, JPS Malaysia), Pengarah BPMI, Pengarah-pengarah IPMI, JP UPPP Kelantan dan Timbalan Pengarah JPS Kelantan.
Sesi lawatan itu adalah bertujuan meninjau keadaan fasiliti dan fungsi Institut Pembangunan Modal Insan dan halatuju pemerkasaan IPMI bagi permohonan bajet mengurus dan pembangunan.
Sekian..