NUTP Kelantan

NUTP Kelantan

Share

Maklumat berkaitan NUTP kepada warga guru di negeri Kelantan. NUTP ialah pertubuhan yang dianggotai

30/05/2026

NUTP Kelantan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.

Ikhlas daripada Jawatankuasa NUTP Kelantan

26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H ✨🌙

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga pendidik dan ahli NUTP Kelantan.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan serta mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

Marilah kita menghayati erti pengorbanan, menyemai keprihatinan dan terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam perjuangan demi kebajikan warga pendidikan. 🤍

Ikhlas daripada
Ahli Jawatankuasa NUTP Kelantan 💚

Photos from NUTP Kelantan's post 20/05/2026

PENYAMPAIAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN NUTP – KOTA BHARU

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian manfaat Tabung Khairat Kematian NUTP berjumlah RM5000.00 kepada Sdr. Ahmad Zamri bin Aziz, Suami kepada Allahyarhamah Nurainah binti Ajab ahli NUTP dari SK Kota Jembal, Kota Bharu.

Penyampaian itu telah diadakan di kediaman beliau, Kg Tok Ku, Kedai Lalat, Kota Bharu. Penyampaian ini disempurnakan oleh Setiausaha NUTP Daerah Kota Bharu, Sdri. Nik Norgilan binti Ismail

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta dikurniakan husnul khatimah. Al-Fatihah.

Photos from NUTP Kelantan's post 20/05/2026

PENYAMPAIAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN NUTP – KOTA BHARU

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian manfaat Tabung Khairat Kematian NUTP berjumlah RM4,500.00 kepada Sdr. Mohd Zamri Abdullah, Suami kepada Allahyarhamah Shuhana binti Abdullah, ahli NUTP dari SMK Kubang Kerian, Kota Bharu

Penyampaian itu telah diadakan di kediaman beliau, Kg Panjang Binjai, Kota Bharu. Penyampaian ini disempurnakan oleh Setiausaha NUTP Daerah Kota Bharu, Sdri. Nik Norgilan binti Ismail

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta dikurniakan husnul khatimah. Al-Fatihah.

15/05/2026

SELAMAT HARI GURU 2026

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Terima kasih buat seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan keikhlasan mendidik anak bangsa. 🤍

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada
Jawatankuasa NUTP Cawangan Kelantan 💙

14/05/2026

14 Mei 2026 | Khamis

📍Pembukaan Kaunter NUTP Cawangan Kelantan di SMK Zainab 2, Kota Bharu

Terima kasih kepada Pengetua, Wakil Sekolah dan guru-guru memberi peluang kepada NUTP Cawangan Kelantan merekrut ahli dan menyertai Takaful Nutp Cawangan Kelantan

Photos from NUTP Kelantan's post 13/05/2026

13 Mei 2026 | Rabu

Selesai sesi Taklimat “NUTP Pejuang Guru” bersama Presiden NUTP Malaysia Aminuddin Awang di SMK Zainab 2, Kota Bharu, sempena LADAP “Guru Bitara, Nadi Negara: Memimpin Dengan Jiwa & Integriti”.

Kehadiran NUTP ke sekolah bukan sekadar program biasa, tetapi membawa mesej penting kepada warga pendidik tentang kekuatan berkesatuan, hak dan kebajikan guru serta perjuangan berterusan NUTP dalam membela profesion perguruan.

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, guru perlu ada suara yang kuat, jelas dan bersatu. NUTP sentiasa menjadi benteng mempertahankan kebajikan, memperjuangkan hak serta memastikan suara guru terus didengari di setiap peringkat.

Terima kasih diatas jemputan yang bermakna ini 🔥🇲🇾

Photos from NUTP Kelantan's post 13/05/2026

PENYAMPAIAN MANFAAT TABUNG KHAIRAT KEMATIAN NUTP – PASIR MAS

Alhamdulillah, telah berlangsung penyampaian manfaat Tabung Khairat Kematian NUTP berjumlah RM4,500.00 kepada Sdri. Wan Khairanie binti Wan Hussin, balu kepada Allahyarham Muhamad Amran bin Mohd Yusof, ahli NUTP dari SK Chabang Tiga Chetok, Pasir Mas.

Majlis penyampaian telah diadakan di SK Sultan Ibrahim 3, Pasir Mas tempat isteri Allahyarham bertugas dan juga merupakan ahli NUTP. Majlis itu disempurnakan oleh Setiausaha NUTP Daerah Pasir Mas, Sdri. Asmat binti Muhammad Noor.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan serta menjadi tanda kebersamaan dan keprihatinan warga NUTP terhadap ahlinya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta dikurniakan husnul khatimah. Al-Fatihah.

Photos from NUTP Kelantan's post 11/05/2026

11 Mei 2026 | Isnin

NUTP Kelantan telah menyampaikan Manfaat Tabung Kebajikan & Khairat Kematian kepada Sdri Suria binti Mat Hassan, Balu kepada Allahyarham Che Rahiman bin Che Pa, ahli NUTP dari SK Alor Pasir, Tanah Merah.

Majlis penyampaian telah berlangsung di kediaman keluarga di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah dan disempurnakan oleh Sdr. Adnan bin Awang, Ahli Jawatankuasa NUTP Kelantan.

Diharapkan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga, di samping komitmen berterusan NUTP dalam memelihara kebajikan ahli serta waris yang ditinggalkan.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Jalan Sri Cemerlang
Kota Bharu
15300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00