Jabatan Patologi Kimia PPSP USM

Jabatan Patologi Kimia PPSP USM

Share

Chemical Pathology Department of Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) and School of Medical Sciences USM.

Based in Health Campus USM, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 23/04/2026

Program “Inspiration Hour” mingguan Jabatan Patologi Kimia telah diadakan pada 22.4.26. Perkongsian bertajuk “Hobi” dan “Muzik & Personaliti” telah disampaikan oleh Puan Izzati dan Puan Roznie Aida.

Diharapkan melalui program santai ini dapat membantu mengurangkan tekanan kerja, seterusnya akan meningkatkan fokus, produktiviti dan mutu perkhidmatan makmal Jabatan Patologi Kimia.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 16/04/2026

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 Jabatan Patologi Kimia telah diadakan pada 13.4.26.

Jamuan tahun ini diadakan secara tertutup sempena menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan langkah penjimatan tenaga berikutan krisis tenaga global kerana konflik di timur tengah.

Walaupun diadakan secara tertutup, suasana majlis tetap berlangsung dengan meriah berasaskan semangat kesatuan dan kekeluargaan antara kakitangan jabatan.

Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan-kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ikhlas daripada Jabatan Patologi Kimia USM.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 07/03/2026

Jabatan Patologi Kimia telah mengadakan Majlis Iftar Perdana peringkat jabatan pada 5.3.26 bersamaan 15 Ramadan 1447 H.

Majlis disertai oleh kakitangan jabatan bersama ahli keluarga. Majlis ini menjadi platform yang bermakna untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangan kebersamaan serta mensyukuri nikmat Ramadan bersama warga jabatan.

Semoga majlis ini membawa keberkatan kepada semua.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 22/02/2026

Sempena menyambut bulan 2026, Jabatan Patologi Kimia telah menganjurkan aktiviti tadarus Al-Quran secara online pada setiap hari bermula 8:00-8:15 pagi. Ayat-ayat suci Al-Quran akan dibaca oleh kakitangan Jabatan secara bergilir-gilir.

Semoga aktiviti ini dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian yang penuh keberkatan dan dapat merapatkan semangat ukhuwah di kalangan kakitangan Jabatan.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 11/02/2026

Program “Inspiration Hour” mingguan Jabatan Patologi Kimia telah diadakan pada 11.2.26 Perkongsian bertajuk “Senyum” telah disampaikan oleh Puan Suriati.

Diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan makmal Jabatan Patologi Kimia.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 11/02/2026

Jabatan Patologi Kimia telah menerima kunjungan penasihat luar Prof Madya Dr Aletza dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 9 & 10.2.26.

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada persiapan jabatan untuk audit program Sarjana Patalogi Kimia oleh pihak MQA nanti.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof Madya Dr Aletza atas nasihat dan bimbingan yang diberikan.

Diharapkan kunjungan ini dapat meneruskan kecemerlangan jabatan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 06/02/2026

Program CME bulanan pertama untuk tahun 2026 Jabatan Patologi Kimia telah diadakan pada 5.2.26. CME bertajuk “Urine and Stool Reducing Sugar” telah disampaikan oleh Puan Siti Noria dan Puan Zalina.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan jabatan, seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan makmal Jabatan Patologi Kimia.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 17/01/2026

Program “Inspiration Hour” mingguan pertama untuk tahun 2026 Jabatan Patologi Kimia telah diadakan pada 14.1.26. Perkongsian bertajuk “…klik..” telah disampaikan oleh En Zafuan.

Diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan makmal Jabatan Patologi Kimia.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 15/01/2026

Jabatan Patologi Kimia telah menganjurkan kursus “Systematic Review and Meta-Analysis (SRMA) Course (Series 2)” pada 15.12.2025.

Kursus ini adalah sambungan kepada kursus SRMA yang pertama.

Kursus dimulakan dengan ucapan dan perasmian oleh Ketua Jabatan Prof Madya Dr Tuan Salwani dan seterusnya ceramah daripada penceramah jemputan.

Pihak jabatan merakamkan ucapan terima kasih kepada penceramah jemputan Asst Prof Dr Muhd Alwi atas perkongsian yang cukup bermakna.

Penghargaan juga diberikan kepada semua kakitangan-kakitangan jabatan dan pelajar-pelajar pascasiswazah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat kepada peserta dan juga dapat meningkatkan pencapaian jabatan dalam aspek penerbitan.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 24/11/2025

Program gotong-royong perangi Aedes telah dijalankan di Jabatan Patologi Kimia pada 19.11.25.

Program ini bertujuan menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di kawasan jabatan, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan memupuk semangat kerjasama antara kakitangan jabatan.

Photos from Jabatan Patologi Kimia PPSP USM's post 24/11/2025

Program “Inspiration Hour” mingguan Jabatan Patologi Kimia telah diadakan pada 19.11.25. Perkongsian bertajuk “Kotak Inspirasi” dan “Manfaat Solat Dari Sudut Kesihatan” telah disampaikan oleh Puan Noor Azura dan Puan Ainun Izzati.

Diharapkan melalui program ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan makmal Jabatan Patologi Kimia.

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Universiti Sains Malaysia, Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kota Bharu
16150