MPU1013d A222 GROUP 8

MPU1013d A222 GROUP 8

Share

buli

05/07/2023

BULI MEMBAWA PADAH
Nama : Nuralysa Zaliqa Binti Mohd Yuswan
No. Matrik : 294449
Nama : Nayli binti Zakaria.
No matrik : 293804
Tajuk : Poster Summary

19/06/2023

KESIMPULAN

*posting ketujuh*

Nama: Haifa Nur Hana bt Mazlan
No matrik: 293902
Tajuk: Kesimp**an

Melalui penelitian dan analisis kami mengenai masalah buli, kami dapat menyimpulkan beberapa hal yang penting:
1. Buli merupakan masalah serius yang mempengaruhi banyak individu di berbagai latar belakang dan lingkungan. Buli ialah kelakuan seseorang individu/kump**an yang negatif dan agresif kepada individu lain (mangsa) demi menyakiti mereka dari segi fizikal, mental dan emosi.
2. Mangsa buli memiliki beberapa ciri yang akan berubah setelah dibuli, iaitu dari askpek tingkah laku mangsa buli akan menjadi pendiam dan hilang keyakinan diri dengan mendadak. Dari aspek fizikal, mangsa buli kebiasaannya memilki luka, lebam, bekas luka dibadan dan pakaiannya yang sudah dikotorkan, dirobek dan diconteng. Dari aspek emosi, mangsa buli boleh mengalami masalah mental seperti Post Traumatic Stress Disorder (PSTD), depresi, kebimbangan (anxiety), isolasi social dan gangguan makan seperti anoreksia nervosa dan bulimia nervosa.
3. Punca belakunya perilaku buli meliputi ketidakseimbangan kekuasaan, keinginan melakukan penindasan, masalah keluarga yang sering melakukan kekerasan kepada anak, pengaruh rakan sebaya, kurang perasaan empati, masalah kesihatan mental, budaya agresif, dan kurangnya pengawasan dan pendidikan yang tepat. Penting bagi kita untuk memahami akar masalah ini agar dapat mengahadapinya dengan efektif.
4. Kesan buli sangat besar dan kekal untuk masa jangka panjang. Kesannya ialah mangsa buli memiliki perasaan terlampau takut akan sesuatu benda/tempat/pembuli. Selain itu, mangsa buli boleh memiliki gangguan kosenterasi untuk menjalankan kehidupan harian seperti makan, belajar dan tidur. Lalu itu dapat menjejaskan pretasi akademik mangsa buli kerana sering tidak hadir, luka luka dibadan yang menghadkan pergerakannya. Sekirannya tiada siapa yang menyelamatkan dan menghentikan buli tersebut, mangsa buli boleh terjerumus untuk melakukan tindakan bunuh diri untuk mengakhiri penderitaan yang merela alami. Trauma dan ketakutan yang berlanjutan dapat mempengaruhi kesihatan mental mereka dan mengarah pada kehilangan pertimbangan dan kewarasan.
5. Semua kelompok masyarakat perlulah membanteras budaya buli dengan cara memupuk sikap toleransi dan hormat menghormati, sentiasa memiliki sikap empati terhadap kesusahan/kekurangan seseorang, peranan ibu bapa memberi teladan yang baik, dan media massa yang sentiasa mengwar-warkan kes-kes buli untuk dibaca dan memberi pengajaran. Akhir sekali, masyarakat perlulah memberi dukungan kepada mangsa buli dari segi emosi dan psikologi.
Bak kata pepatah melayu, “Sebatang kara menjadi bukit, Sejuta pohon menjadikan hutan” yang menggambarkan kekuatan persatuan dan solidaritas. Sewaktu seseorang menjadi mangsa buli, dukungan dan solidaritasi dari orang lain dapat memberikan kekuatan dan melawan buli. Dalam konteks ini, penting untuk bersatu dan berdiri bersama untuk melawan masalah buli.
Ayuh benci akan buli, jauhi menjadi pembuli. “menanam padi tidak memetik durian”, peribahasa ini menggambarkan apa yang kita tanam atau lakukan akan berdampak pada apa yang kita peroleh. Wahai pembuli, ingatlah bahwa perilaku anda akan mempengaruhi bagaimana anda diperlakukan oleh orang lain dan bagaimana mereka dihargai dalam kehidupan anda kelak.

18/06/2023

CARA MENGATASI BULI

*Posting keenam*

Nama: Ho Mey Qi
No matrik: 293863
Tajuk: Cara mengatasi masalah buli

Cara-cara mengatasi masalah buli:

1. Memberikan tindakan atau undang-undang yang lebih berkesan kepada pembuli
Bagi membendung kegiatan buli yang berterusan khususnya di sekolah dan universiti, pihak kerajaan boleh meminda peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] ataupun mewujudkan akta baharu iaitu ”Akta Anti-Buli”. Dengan adanya peruntukan undang-undang, semua pihak dalam negara kita akan mengambil serius isu buli serta mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan kegiatan itu. Melalui peruntukan undang-undang ini juga ia boleh memastikan setiap tempat memiliki polisi anti-buli yang lebih jelas, seragam dan sesuai. Menerusi peruntukan undang-undang itu, hukuman yang setimpal juga dapat diberikan kepada pihak yang didapati bersalah melakukan kesalahan buli serta gagal membendung kegiatan buli. Tindakan undang-undang juga boleh diambil terhadap pihak yang didapati menyembunyikan isu buli ini tanpa sebab atau alasan yang munasabah.

2. Memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati
Sebagai warganegara yang ingin melihat masyarakat kita berkembang menjadi masyarakat berminda kelas pertama, kita seharusnya memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati dalam setiap individu. Usaha ini pastinya dapat mengelakkan daripada gejala buli. Melihat kepada pembentukan negara Malaysia, kita didirikan atas sifat hormat-menghormati serta toleransi antara satu sama lain. NIlai murni ini jika berjaya dipupuk dalam diri masyarakat, pastinya masalah buli dapat diatasi kerana mereka mempunyai belas ihsan serta mampu menyelesaikan sebarang pertikaian dengan rasional.

3. Ibu bapa menjadi contoh teladan terbaik kepada anak mereka
Untuk mengatasi masalah buli terutamanya buli yang berlaku di sekolah, tanggungjawab ini sering dipandang enteng kerana ibu dan bapa sibuk bekerja lalu mengharapkan guru mengajar anak-anak mereka teladan yang baik dan begitu juga sebaliknya harapan guru kepada ibu dan bapa. Ibu bapa adalah contoh yang yang anak-anak lihat sepanjang mereka membesar sebelum masuk ke sekolah. Tambahan p**a, waktu persekolahan hanyalah beberapa jam sahaja jika dibandingkan dengan waktu mereka bersama ibu dan bapa di rumah. Oleh itu, tingkah laku ibu bapa adalah penting untuk mengelakkan anak-anak mereka menjadi pembuli.

4. Peranan media massa
Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan masyarakat malaysia. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkallagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya hukuman yang akan dikenakan terhadap pembuli dan undang-undang pembulian yang baru diperuntukkan. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedartanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli

Disediakan oleh:

18/06/2023

KESAN BULI

*posting kelima*

Nama : Hana Humaira binti Che Rosli
No Matrik : 294454
Tajuk : Kesan Buli

Gejala buli di sekolah semakin membimbangkan masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejek dan menyindir seseorang. Buli fizikal p**a melibatkan pukul-memukul dan sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada pelajar sekolah. Oleh itu, langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di sekolah.

Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah pelajar-pelajar yang dibuli akan berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk membelasah pelajar yang dibuli. Bagi pelajar-pelajar perempuan p**a, mereka s**a menyindir dan mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan ketakutan. Ini menyebabkan pelajar yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.

Selain itu, kesan lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah mangsa buli tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran. Kejadian kes buli secara tidak langsung telah menyukarkan mangsa untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka sentiasa memikirkan tentang hal tersebut. Mereka juga sering ketakutan dan sentiasa memikirkan perkara yang dilakukan oleh pembuli ke atas diri mereka. Mereka akan menjadi pasif dan tidak ceria. Mereka tidak berani berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru mereka. Mereka lebih s**a menyendiri sambil memikirkan nasib mereka yang malang. Hal ini demikian kerana mereka telah diugut supaya tidak melaporkan kejadian mereka dibuli kepada ibu bapa dan guru. Jika mereka melaporkan pembuli mengancam akan melakukan sesuatu yang lebih buruk ke atas diri mereka. Akibatnya, mereka selalu ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dibuli. Ini menyebabkan prestasi akademik mereka merosot dan akhirnya mereka gagal dalam peperiksaan.

Selanjutnya, gejala buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli bertindak untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan yang mereka tanggung. Sudah terang lagi bersuluh, mangsa buli biasanya akan mengalami trauma dan ketakutan sepanjang masa. Berdasarkan kajian dan bukti yang diperoleh, terdapat kes-kes yang tragik di mana mangsa buli telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk menghentikan kesengsaraan mereka adalah dengan membunuh diri sendiri. Sebagai contohnya, Vijah Singh yang berumur 13 tahun telah membunuh diri di dalam rumahnya di Manchester, England. Di dalam diarinya dia telah mendedahkan kesengsaraannya akibat dibuli. Diari tersebut mencatatkan bahawa wangnya dirampas pada hari Isnin, hari Selasa dia dipersendakan, hari Rabu p**a baju uniform dikoyakkan, hari Khamis badannya disimbah dengan darah, dan, hari Jumaat semuanya telah berakhir. Hari Sabtu dia telah mendapat kebebasan. Perkara ini menggambarkan bahawa kes buli yang keterlaluan boleh menyebabkan mangsa buli hilang pertimbangan dan kewarasan sehingga tergamak untuk menamatkan nyawa mereka sendiri.

18/06/2023

PUNCA KES BULI

*posting keempat*

Nama:Puteri nur ashiken binti ahmad azlan
No matrik: 293730
Tajuk: punca berlakunya kes buli

1. Kelemahan diri sendiri - pembuli mungkin merasakan ketidakamanan dan kelemahan dalam diri mereka, dan untuk merasa lebih kuat, mereka memilih untuk menindas orang lain.

2. Lingkungan keluarga yang tidak sihat - jika pembuli tumbuh dalam lingkungan keluarga yang tidak sihat dengan kekerasan atau penindasan, mereka mungkin menganggap perilaku tersebut sebagai norma.

3. Tekanan sosial - pembuli mungkin merasa terpaksa untuk menindas orang lain karena tekanan dari teman-teman atau kelompok sosial mereka.

4. Kurangnya pengawasan dan disiplin - jika tidak ada pengawasan atau disiplin yang memadai di tempat di mana pelaku buli berada, mereka mungkin merasa bebas untuk melakukan perilaku yang tidak pantas.

5. Kurangnya empati - pembuli mungkin tidak mampu merasakan empati terhadap korban mereka dan tidak memahami dampak yang bisa ditimbulkan dari perilaku mereka.

6. Masalah kesehatan mental - pembuli mungkin memiliki masalah kesehatan mental seperti gangguan kepribadian atau depresi yang mempengaruhi mereka.

18/06/2023

CIRI-CIRI MANGSA BULI

*posting ketiga*

Nama: Yap Jia Yee
No. Matrik: 294119
Tajuk: Ciri-Ciri Seseorang Yang Menjadi Mangsa Buli

1. Perubahan Dalam Tingkah Laku

Kemungkinan seseorang yang menjadi mangsa buli akan menunjukkan perubahan dalam perilaku mereka. Mereka akan menjadi lebih diam atau pendiam daripada sebelumnya. Sebagai contohnya, mangsa-mangsa buli akan bermotivasi rendah untuk berbicara dalam percakapan, terutamanya perbincangan yang sensitif dengan pengalaman mereka sebagai mangsa buli. Kes-kes buli juga akan menyebabkan penurunan minat mangsa-mangsa buli. Orang yang menjadi mangsa buli akan kehilangan minat pada aktiviti atau hobi yang mereka s**a sebelum ini. Hal ini demikian kerana mereka kehilangan motivasi untuk berpatisipasi dalam kegiatan tersebut yang sebelumnya mereka nikmati.

2. Aspek Fizikal

Dari aspek fizikal, badan mangsa-mangsa buli mungkin memiliki luka atau memar. Hal ini demikian adalah disebabkan oleh serangan fisik atau kekerasan yang mereka alami. Luka-luka tersebut mungkin akan menjadi parut apabila sembuh termasuk bekas luka bakar, bekas jahitan, atau bekas luka yang tidak sembuh dengan baik. Selain itu, mangsa-mangsa buli mungkin berpakaian rusak. Meraka mungkin memiliki pakaian yang terlihat koyak, robek, atau kotor. Hal ini demikian adalah disebabkan oleh tindakan-tindakan kasar dari pelaku untuk merusak atau merendahkan mangsa.

3. Perubahan Emosional dan Psikologi

Seseorang yang menjadi mangsa buli mungkin akan sentiasa berasa sedih, terjebak dalam perasaan negatif. Mereka dapat mengalami kesedihan mendalam yang terus-menurus sehingga berasa tertekan. Hal ini demikian akan menyebabkan mereka kehilangan minat atau kegembiraan pada hal-hal yang mereka s**a atau nikmati sebelum mereka menjadi mangsa buli. Lama-kelamaan, mereka akan merasa tertekan jika tidak memiliki seseorang yang boleh memberi nasihat atau mecurahkan isi hati mereka dan akhirnya mereka akan membunuh diri.

Secara keseluruhannya, ciri-ciri seseorang menjadi mangsa buli dapat dilihat dari segi perubahan dalam tingkah laku, aspek fizikal, dan juga perubahan emosional dan psikologi

17/06/2023

DEFINISI BULI

*posting kedua*

Nama: Siti Aishah Bt. Abd Rahim
No matrik: 293904
Tajuk: Definisi Buli

Apakah yang dimaksudkan dengan buli?

Buli merupakan tindakan agresif yang dilakukan secara berulang oleh satu individu atau sekelompok individu terhadap orang lain dengan tujuan menyakiti individu lain dari segi fizikan, mental atau emosi.

Buli juga bermaksud perbuatan mendera dan mempermainkan seseorang yang dilakukan kepada individu yang lemah dengan tujuan untuk menggertak atau menakutkan orang yang berkenaan. Buli bukan sahaja dari segi fizikal, malah terdapat juga buli mental, buli berkaitan hubungan serta buli siber.

Buli adalah perilaku yang tidak dapat diterima dan melanggar hak asasi manusia.

03/06/2023

PENGENALAN BULI

*Posting pertama*

Nama: Wan Nur Sharmime Syuhada Bt. Wan Ahmad
No Matrik: 294876
Tajuk: Pengenalan terhadap Buli

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini kami akan memberikan sedikit pendedahan mengenai buli yang merupakan isu yang seringkali dibahaskan dalam kalangan masyarakat.

Baru-baru ini, berita ada melaporkan bahawa Polis menahan sembilan remaja bagi membantu siasatan kes buli yang dilapor berlaku di sebuah sekolah menengah di Butterworth dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata lapan daripada mereka adalah murid sekolah manakala seorang lagi tidak bersekolah.

Jadi jelaslah di sini bahawa isu buli dalam kalangan masyarakat ini masih berlaku dan
perlu diambil serius tentang perkara ini. Masyarakat juga perlu sedar serta peka terhadap buli ini kerana ia akan memberi tekanan kepada mangsa itu sendiri.

Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual. Ia juga merupakan bentuk perlakuan yang tidak adil dan tidak beretika yang sering terjadi di berbagai konteks kehidupan, termasuk di sekolah, tempat kerja, di lingkungan online, dan dalam hubungan peribadi.

03/06/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kami ialah pelajar Universiti Utara Malaysia yang mengambil subjek MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban dari kump**an 8. tujuan halaman ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana tentang isu buli yang tidak asing lagi dengan kehidupan kita.

Kami berharap agar dengan adanya halaman ini sedikit sebanyak membuka minda dan pemikiran masyrakat tentang kes buli ini. Jangan lupa untuk LIKE,FOLLOW dan SHARE halaman kami supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat dengan ilmu yang disebarkan.😄😄😄

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Lot 732
Kota Bharu
15200