23/03/2026
Program Ihya' Ramadan 1447H SKSB
Sempena bulan Ramadan 1447H , Panitia Pend Agama Islam telah menganjurkan pelbagai aktivi bagi mengimarahkan bulan yang mulia ini serta memupuk kecintaan warga sekolah terhadap Al-Quran dan amalan Islam.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan seperti berikut:
1. Pertandingan Hafazan Al-Quran
2. Pertandingan Kuiz Nuzul Quran
3. Pertandingan Penulisan Khat
4. Program Tadarrus Al-Quran
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menyemai nilai-nilai murni, meningkatkan penghayatan terhadap Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.
Terima kasih kepada semua warga SKSB atas komitmen dan kerjasama yang diberikan bg menjayakan program sempena Ihya' Ramadan ini.