10/10/2024
๐๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐ ๐ก๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ ๐ข๐ฆ๐?
Tahukah anda semua, bahawasanya kita di lahirkan dengan 3 sifat otak yang mana di guna pakai mengikut situasi dan keadaan yang sedang kita alaminya.
Untuk perkongsian pagi ni sempena Hari Sambutan Kesihatan Mental Sedunia, jadi saya tertarik untuk berkongsi satu ilmu yang saya rasa sangat unik dan mampu memberi kefahaman pada kita kenapa diri kita bertindak sedemikian rupa.
Bacalah sampai habis dan cuba fahami supaya kita dapat mengenal sedikit sebanyak tentang SIAPA KITA ketika tindakan itu diambil.
Kita semua ada 3 jenis otak yang berfungsi bersama โ otak reptilia untuk naluri, otak mamalia untuk emosi, dan intelligence brain untuk pemikiran logik. Setiap hari, kita bergantung pada ketiga-tiganya! ๐ก
Contohnya, bila kita rasa takut secara tiba-tiba, itu otak reptilia kita bertindak untuk lindungi kita. Bila kita rasa sayang kat keluarga, itu otak mamalia kita bekerja. Bila buat keputusan bijak, intelligence brain kita yang tolong fikir.
Jom kita pergi lebih details untuk kita lebih faham..
Tiga jenis otak manusia iaitu otak reptilia, otak mamalia, dan intelligence brain yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak, dan membuat keputusan dalam kehidupan harian.
1. Otak Reptilia (Reptilian Brain)
Ini adalah bahagian otak yang paling asas dan primitif. Ia mengawal fungsi asas seperti kelangsungan hidup, naluri, dan reaksi automatik. Contohnya, apabila kita terkejut atau takut, kita mungkin bertindak balas secara spontan tanpa berfikir panjang, seperti melompat atau berlari apabila nampak ular. Otak reptilia ini bertindak untuk memastikan kita selamat.
2. Otak Mamalia (Mammalian Brain)
Otak ini berkaitan dengan emosi dan ikatan sosial. Ia mempengaruhi bagaimana kita merasakan perasaan seperti kasih sayang, kemarahan, atau kegembiraan. Sebagai contoh, apabila kita berada bersama keluarga atau kawan baik, kita rasa selesa dan tenang. Inilah otak mamalia yang mengawal perasaan kita dan hubungan sosial dengan orang lain.
3. Intelligence Brain (Neocortex)
Bahagian ini lebih moden dan bertanggungjawab untuk pemikiran rasional, kreativiti, dan perancangan masa depan. Sebagai contoh, apabila kita membuat keputusan besar seperti memilih kerjaya, menabung untuk masa depan, atau merancang percutian, kita menggunakan intelligence brain ini untuk berfikir secara logik dan membuat keputusan bijak.
Kesimpulannya, ketiga-tiga jenis otak ini berfungsi bersama untuk membantu kita bertahan, membina hubungan sosial, dan mencapai impian.
Memahami cara otak ini bekerja boleh membantu kita mengenali diri sendiri dengan lebih baik dan membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan.
Jadi, hargailah setiap bahagian otak kita yang istimewa ni! ๐"
SELAMAT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA BUAT SEMUA SAHABAT DI MUKA BUKU.
Satu quote yang menarik saya untuk saya kongsikan di sini adalah;
"Mental health is not a destination, but a process. It's about how you drive, not where you're going."
โ Noam Shpancer, mengingatkan kita bahawa menjaga kesihatan mental adalah perjalanan yang berterusan, bukan hanya satu matlamat akhir.
Semoga dapat sesuatu dari perkongsian saya pagi ni.. Banyak kan membaca dan belajar lah mengenali SIAPA DIRI KITA dari kita bercakap tentang isu hot tentang ORANG LAIN di media sosial... It's a choice..but usahakan pilihan bacaan kita yang memberi manfaat pada diri dan generasi kita ๐
Terus follow saya, Like & Share perkongsian saya dan semoga ia jadi pahala jariah yang berpanjangan โฅ๏ธ
Coach Kehidupan Anda,
Zia Bahori ๐๐น
10/10/2024 | Khamis
30/09/2024
๐ 7 ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ ๐ข๐ฆ๐ & ๐ช๐๐ก๐?
Keseimbangan antara emosi dan wang adalah asas untuk kejayaan yang berpanjangan dan memastikan perniagaan dapat berkembang secara sihat.
Berikut adalah 7 sebab kenapa usahawan perlu ada keseimbangan antara emosi dan wang:
1. Keputusan yang Rasional.
Keseimbangan emosi membantu usahawan membuat keputusan kewangan yang lebih rasional dan tidak dipengaruhi oleh emosi seperti ketakutan atau tamak. Ini mengurangkan risiko membuat keputusan yang tergesa-gesa atau tidak berasas.
2. Pengurusan Tekanan.
Mengurus perniagaan melibatkan cabaran besar yang boleh menyebabkan tekanan. Dengan keseimbangan emosi, usahawan dapat menangani tekanan ini dengan lebih baik, mengelakkan keputusan kewangan yang buruk akibat panik atau kekecewaan.
3. Hubungan Kerja yang Baik.
Usahawan yang seimbang dari segi emosi lebih mudah membina hubungan yang positif dengan pekerja, pelanggan, dan pelabur. Ini penting kerana kejayaan jangka panjang sering bergantung pada sokongan dan kerjasama orang lain.
4. Keupayaan Mengurus Risiko.
Usahawan perlu berhadapan dengan risiko kewangan. Dengan emosi yang seimbang, mereka lebih bersedia menilai risiko secara objektif dan membuat keputusan berdasarkan analisis yang tepat, bukan emosi.
5. Kesihatan Mental yang Terjaga.
Menjaga keseimbangan emosi membantu mengurangkan kebimbangan berlebihan berkaitan wang dan perniagaan. Ini penting untuk menjaga kesihatan mental, yang secara langsung mempengaruhi kecekapan dan produktiviti usahawan.
6. Peningkatan Fokus dan Kreativiti.
Keseimbangan emosi membolehkan usahawan mengekalkan fokus pada matlamat jangka panjang. Apabila emosi terkawal, mereka lebih mampu menghasilkan idea-idea kreatif tanpa terlalu terganggu dengan masalah kewangan jangka pendek.
7. Kestabilan Kewangan Jangka Panjang.
Dengan emosi yang stabil, usahawan lebih cenderung merancang dan mengurus kewangan secara lebih teliti. Ini membantu mereka mengelakkan kesilapan kewangan yang boleh memberi kesan buruk pada kestabilan perniagaan di masa hadapan.
Terus follow,like & share untuk dapatkan tips & ilmu tentang Pengurusan Emosi & Wang.
Jom Follow โผ๏ธ
Life Coach Zia Bahori ,
Pengasas Modul Emosi & Wangโ๏ธ
15/07/2023
Sedikit perkongsian dari Dr Pakar Psikiatri berkaitan tentang cara kita berhadapan dengan seseorang yang sedang mengalami mental illness..
Ramai yang ingat, mental illness adalah gila, tapi hakikatnya ia sama seperti penyakit fizikal, cuma ia terletak di mental kita..
Ada beberapa cara dan soalan yang BETUL untuk kita tanya atau bantu seseorang yang sedang melalui situasi ini..
"Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!"
โ ๏ธJangan stress โ
Kena belajar urus stress โ
โ ๏ธJangan menangis โ
Menangis lah.. lepas ni kita bangkit semula โ
โ ๏ธJangan takut โ
Apa yang buat awak rasa takut? โ
โ ๏ธJangan overthinking lah! โ
Awak fikir apa? โ
โ ๏ธPergi solat! Zikir! Mengaji! Jogging! โ
Jom, kita buat sama2 ye /saya teman awak โ
โ ๏ธJangan layan sangat perasaan tu! โ
Tarik nafas...hembus โ
โ ๏ธAwak belum berdamai ni, sebab tu tak sembuh โ
Ambil lah sebanyak mana masa awak untuk sembuh, yang penting jangan putus asa โ
"Saya rasa kan saya....."
( Dia nak berkongsi rasa)
โ ๏ธSaya pun rasa yang sama macam awak, tapi...โ
Yeke, mesti susah nak lalui fasa tu kan, lepas tu awak buat macam manaโ
"Aku rasa penat laaaa.. "
โ ๏ธBuang rasa penat tu! Kita kena sentiasa positif! โ
Pergi la rehat kejap, nanti sambung semula โ
"Its ok to be not ok, but don't stay that way" By _ Dr Rozanizam Zakaria, Dr psikiatri.
16/08/2022
๐ช๐๐๐ง๐จ ๐ข๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ง๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐.
Ramai yang masih tak tahu waktu sebenar organ dalam tubuh kita melakukan 'kerjanya'..
Saya kongsikan di sini supaya kita dapat garis panduan yang betul.
Semoga kita semua mendapat kesihatan fizikal & mental yang lebih baik โค๏ธ๐ช
31/07/2022
Sebab tu lah kena banyakkan bergambar..
Kita tak tahu bila & ketika..๐
Kekesalan ini ramai yang alami, anda jangan ulangi.
๐Tidak mengambil & menyimpan gambar memori bersama sama keluarga, anak anak & ibu bapa yang telah berusia
๐ Tidak backup gambar telefon di Drive/ Cloud, telefon rosak/ hilang, gambar semua hilang ๐ข
๐ Malu nak menunjukan rasa sayang dan kemesraan dalam gambar.
๐ Ambil peduli apa orang kata dan tidak berkongsi di media sosial (private account)
Ambillah gambar banyak banyak, rakamkan video memori penting. Simpan semua kenangan yang ada. Setiap gambar dan video yang diambil akan menjadi harta tidak ternilai apabila mereka telah pergi.
29/07/2022
๐ง๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐จ๐ป๐๐๐ธ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐น๐
๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ฟ๐
๐๐ฐ๐ฎ ๐ด๐ข๐ฎ๐ข-๐ด๐ข๐ฎ๐ข ๐ฃ๐ข๐ค๐ข 3๐น ๐ฅ๐ฐ๐ข ๐ข๐ฌ๐ฉ๐ช๐ณ ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ฎ ๐ฎ๐ข๐ด๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ข๐จ๐ฉ๐ณ๐ช๐ฃ ๐ฏ๐ช..
๐๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ข๐ค๐ข ๐ฅ๐ฐ๐ข ๐ข๐ฌ๐ฉ๐ช๐ณ ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ, ๐ด๐ต๐ข๐ฏ๐ฅ๐ฃ๐บ ๐ฎ๐ข๐จ๐ฉ๐ณ๐ช๐ฃ ๐ฏ๐ช ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฃ๐ข๐ค๐ข ๐ฅ๐ฐ๐ข ๐ข๐ธ๐ข๐ญ ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ 1444 ๐๐ช๐ซ๐ณ๐ข๐ฉ .
๐๐ข๐ญ๐ข๐ฎ 1 ๐๐ถ๐ฉ๐ข๐ณ๐ข๐ฎ ๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ญ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฉ ๐๐ฎ๐ข๐ต ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฅ๐ช ๐๐ถ๐ฏ๐ช๐ข.
๐๐ฐ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐บ๐ข..
๐๐ข๐ข๐ง๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ฆ๐ญ๐ถ๐ข๐ณ๐จ๐ข.
#๐๐ข๐ฉ๐ถ๐ฏ๐๐ข๐ณ๐ถ๐๐ด๐ญ๐ข๐ฎ
#๐๐ณ๐๐ข๐ช๐ง๐ถ๐ญ๐๐ป๐ถ๐ข๐ฏ
#๐ก๐ช๐ข๐๐ข๐ฉ๐ฐ๐ณ๐ช