24/11/2023
Dalam Majalah Al-Hafiz 2015 pernah memuatkan sebuah cerpen mengisahkan tentang peperangan antara Yahudi dan Islam berjudul "Mr X : v2" yang merupakan kesinambungan cerpen Mr X karya Purnama Mujahid dalam Majalah Al-Hafiz keluaran 1998. Karya ini ditulis oleh Aviator (merupakan ketua editor Al-Hafiz edisi 2015)
20/09/2023
Pernah tengok gambar bangunan MTAQ suatu ketika dahulu tak? Dahulunya bangunan ini adalah bangunan kelas, dan rekabentuk ini sangat ikonik, sehinggakan bangunan baru pun diinspirasikan dari bangunan ini. Kalau ada yang masih simpan gambar bangunan lama MTAQ ni boleh DM ya. Mungkin boleh dibaikpulih semula untuk kenangan..
Foto : Gambar bangunan MTAQ hasil janaan Ai. Diolah dari gambar asal yang diambil pada tahun 2013
30/08/2023
| Cover Majalah Al-Hafiz Edisi Ke-6 (2003) versi olahan semua @ remake
Fakta Menarik : Majalah ini pada asalnya tidak diterbitkan versi printed (cetakan), cadangan pada waktu itu ingin diterbitkan dalam versi multimedia iaitu dalam bentuk CD. Oleh kerana pihak pentadbiran inginkan versi cetakan, idea untuk terbitkan CD Al-Hafiz'03 Multimedia tidak dapat diteruskan. Jika idea CD ini diteruskan, mungkin sukar untuk dibaca memandangkan CD memerlukan peralatan khas untuk dimainkan berbanding buku fizikal yang boleh dibaca pada bila-bila masa tanpa alatan khusus. Ada hikmahnya juga kan..
27/08/2023
| Cover Majalah Al-Hafiz Edisi Ke-9 (2006) versi olahan semua @ remake
Fakta menarik : Pada asalnya, cover ini dibuat dengan rekaan berwarna hijau dan hitam yang berasaskan songket, tetapi diubah pada saat akhir dengan warna hitam, gold, oren dan design yang lebih futuristik untuk menampakkan idea yang fresh dan baru. Idea ini direka secara sukarela oleh MP Redaksi 2005.
25/08/2023
| Cover Majalah Al-Hafiz Edisi Ke-8 (2005) versi olahan semua @ remake
Gara-gara majalah ni masuk TV, kita remake sikit lah cover majalah ni memandangkan file asalnya dah tak ada, jadi kita remake dengan sumber yang ada
01/08/2023
Unreleased Edition | Al-Hafiz 2010
Foto saf murabbi MTAQ yang sempat dirakamkan untuk Majalah Al-Hafiz edisi ke-12
01/08/2023
Panorama MTAQ | 8 Disember 2009
Perbandingan foto asal dan foto janaan dari AI. Bagus juga adanya teknologi ni, boleh juga feeling2 back to school semula... kan?
Untuk makluman, hasil gambar janaan AI tidaklah begitu tepat. Jadi kalau nampak sesuatu yang pelik tu, buat2 tak nampak je la ye 😂
Kredit foto asal : http://khalifah-cyber.blogspot.com/2009/12/maahad-tahfiz-pulai-chondong.html
01/08/2023
Hebat sungguh gambar hasil janaan dari AI ni. Dalam frame putih tu adalah gambar asal. Tak tau pulak AI ni pernah sampai ke MTAQ ye.. hehe
Gambar bangunan hijau ni dah tinggal kenangan. Foto diambil pada tahun 2004 oleh AJK Badan Redaksi
01/08/2023
| Cover Majalah Al-Hafiz Edisi Ke-2 (1999) versi olahan semua @ remake
Bila tengok ustaz Ahmad Fadhli Bin Shaari post pasal buku Al-Hafiz keluaran 1999, terdetik hati pulak nak remake cover buku Al-Hafiz 99... napok samo tapi bukang diye.. haha