01/12/2025
UPDATE AKHIR KEMPEN ANAK SABAH BALIK MENGUNDI PRU17 🗳️
Setiap wajah yang p**ang mengundi ini… adalah bukti bahawa Sabah masih penuh harapan.
Ada yang menyumbang RM5, RM20, RM50 semuanya lahir dari kasih rakyat Sabah sendiri,
yang mahu lihat anak muda diberi peluang untuk bersuara.
Terima kasih penyumbang yang percaya,
terima kasih peserta yang sanggup balik walau jauh, walau penat. Kempen kecil ini tidak akan hidup tanpa kamu semua.
Sebagai Anak Sabah, kami cuma ada satu harapan:
biarlah masa depan negeri ini ditentukan oleh tangan-tangan yang sayang Sabah,
yang jujur, yang bekerja untuk rakyat,
yang mahu lihat wilayah ini maju, aman, dan bermaruah.
Dari hati Anak Sabah, untuk Sabah.