Sekolah Kebangsaan Jawi Jawi, Kota Belud

Sekolah Kebangsaan Jawi Jawi, Kota Belud A little sharing to all SEKERJARIANZ

Hari keusahawanan peringkat sekolah akan diadakan pada:Tarikh: 8/12/2025Hari: IsninMasa: 7:20-1:10Jemput datang semua..๐ŸŽ‰...
06/12/2025

Hari keusahawanan peringkat sekolah akan diadakan pada:

Tarikh: 8/12/2025
Hari: Isnin
Masa: 7:20-1:10

Jemput datang semua..๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN ๐Ÿ—“๏ธ 27 - 30 Oktober 2025๐Ÿ“Lotus Desaru Beach Resort, Johor SYABAS &...
07/11/2025

KARNIVAL SEMARAK PERPADUAN BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN
๐Ÿ—“๏ธ 27 - 30 Oktober 2025
๐Ÿ“Lotus Desaru Beach Resort, Johor

SYABAS & TAHNIAH ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

AUFA ADABIAH BINTI MUJAH & SYARIFAH ALISHA BINTI ADI HARITH
(SK JAWI-JAWI, KOTA BELUD)
WAKIL NEGERI SABAH
Scrabble Primary
Tempat ke-5 Peringkat Kebangsaan๐Ÿ…

TAHNIAH buat guru pembimbing Teacher Lenny, ibubapa peserta dan semua yang terlibat.

Sekalung Tahniah juga buat Kontinjen Negeri Sabah yang telah berjaya memenangi TEMPAT KE-3 KESELURUHAN !




07/11/2025
Sudut Merdeka SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI-JAWI KOTA BELUD, SABAHSelamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68!Selamat Hari M...
15/09/2025

Sudut Merdeka
SEKOLAH KEBANGSAAN JAWI-JAWI KOTA BELUD, SABAH

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-68!
Selamat Hari Malaysia!

Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu โ€œMalaysia Madani, Rakyat Disantuniโ€, mengingatkan kita semua tentang pentingnya menghayati nilai ihsan, hormat-menghormati, dan semangat persaudaraan dalam membina negara. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajah, tetapi juga tentang bagaimana kita sebagai rakyat menjaga keharmonian, menyantuni sesama insan, serta berganding bahu demi kemajuan bangsa dan negara.

Generasi muda khususnya perlu terus berusaha menimba ilmu, menjaga perpaduan, dan mengamalkan nilai murni agar Malaysia kekal teguh di persada dunia.

Marilah kita bersama-sama memelihara keamanan, memperkukuh perpaduan, dan mengisi kemerdekaan ini dengan usaha yang bermakna. Sesungguhnya, dengan semangat Malaysia Madani, negara kita akan terus makmur dan rakyatnya disantuni.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!


12/09/2025
Pertandingan Mikrorobotik & PBL Sempena Karnival Pendidikan STEM & TVET..Tarikh : 5 - 6 Ogos 2024Tempat : SK Pekan Kota ...
22/08/2024

Pertandingan Mikrorobotik & PBL Sempena Karnival Pendidikan STEM & TVET..

Tarikh : 5 - 6 Ogos 2024
Tempat : SK Pekan Kota Belud

Peserta Mikrorobotik:
Ahmad Harraz Reezqin Bin Ramlie & Muhammad Nurfariez Bin Jakrin (Tempat ke-8 dari 18 buah sekolah yang menyertai)

Peserta PBL :
Izah Razali, Nur Aufa Adabiah Mujah & Nurul Aisyah Humaira (Pemenang Gangsa)

Syabas & Tahniah..๐Ÿ‘๐Ÿ‘

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KOTA BELUD KALI KE 55 TAHUN 2024Tarikh : 6 - 9 OGOS 2024Tempat : KOMPLEKS SUKAN KOTA BELUDKejoha...
11/08/2024

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KOTA BELUD KALI KE 55 TAHUN 2024

Tarikh : 6 - 9 OGOS 2024
Tempat : KOMPLEKS SUKAN KOTA BELUD

Kejohanan kali ini melibatkan penyertaan 60 buah sekolah rendah Kota Belud. Seramai 16 orang atlit, 8 orang lelaki dan 8 orang perempuan telah mewakili SK Jawi-Jawi untuk kejohanan ini.

SKJJ telah berjaya mendapat 1 emas dan 3 gangsa. Pingat emas tunggal diperolehi menerusi acara lompat jauh, iaitu Mohammad Alfath Izwan Mohd Rosdi. Alfath juga telah berjaya mendapat pingat gangsa menerusi acara 200m Lelaki. 2 lagi pingat gangsa berjaya diperolehi menerusi acara relay 4x100m dan 4x200m Lelaki.

Untuk pungutan pingat secara keseluruhan, SKJJ telah berjaya menduduki tempat ke 4 daripada 60 buah sekolah.
Tahniah atas pencapaian.

Siaran tertunda..Keputusan Rasmi Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sabah 2024 pada 29 - 31 Julai 2024 ...
06/08/2024

Siaran tertunda..
Keputusan Rasmi Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sabah 2024 pada 29 - 31 Julai 2024 bertempat di IPG Gaya Kota Kinabalu.

Scrabble : Tempat Ke-4 (Amir & Qisha)
Mini Documentary : Tempat Ke-5 (Amir,Qisha,Norfaiez,Althea)

Syabas & Tahniah anak-anak SK Jawi-Jawi yang telah mewakili Daerah Kota Belud ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

KEM PEMILIHAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2024Tarikh : 24hb - 25hb Julai 2024Tempat : Dewan Al Gha...
31/07/2024

KEM PEMILIHAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2024

Tarikh : 24hb - 25hb Julai 2024
Tempat : Dewan Al Ghazali, SMK Madai, Kunak.

Kem Pemilihan berlangsung selama 2 hari. Sebanyak 7 pusingan (30m + 30s), melibatkan penyertaan 6 bahagian dari seluruh Sabah iaitu Barat, Utara, Pedalaman, Sandakan, Selatan dan Tenggara.

2 orang murid dari SK Jawi-Jawi telah mewakili Bahagian Utara untuk kategori U12 Lelaki, iaitu Ahmad Harraz Reezqin bin Ramlie (Tahun 4) dan Fattah Thoha bin Fads (Tahun 3).
Berikut adalah pencapaian keseluruhan mereka :

Fattah Thoha - Tempat ke 7
Ahmad Harraz - Tempat ke 42

(Tempat 1 hingga 6 akan mewakili Sabah ke Kejohanan MSSM Catur di Johor.)

Tahniah atas pencapaian.

ceramah kesihatan bertajuk "Apa itu skoliosis?"Tarikh : 25/7/2024 (Khamis)Jam : 8.30Tempat : Dewan Seri Tanjak SKJJSasar...
25/07/2024

ceramah kesihatan bertajuk "Apa itu skoliosis?"
Tarikh : 25/7/2024 (Khamis)
Jam : 8.30
Tempat : Dewan Seri Tanjak SKJJ
Sasaran : murid tahun 6, 2024

Address

Wdt 103
Kota Belud
89150

Opening Hours

Monday 07:20 - 17:00
Tuesday 07:20 - 17:00
Wednesday 07:20 - 17:00
Thursday 07:20 - 17:00
Friday 07:20 - 17:00

Telephone

+6088976616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Jawi Jawi, Kota Belud posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Jawi Jawi, Kota Belud:

Shortcuts

Share