15/06/2025
" PROGRAM SEEKOR KAMBING SERIBU ERTI "
Penglibatan bersama pendidik, pelajar & ibu ayah.
✨ Antara pengisian program:
🎤 Tazkirah sempena Hari Raya Korban
👧🏼 Pertandingan Kanak-Kanak:
🖼️ Pertandingan Kolaj (TASKA)
🖍️ Pertandingan Mewarna (Kategori 5-8 tahun dan 9-12 tahun)
🧠 Kuiz Interaktif (Transit – Kategori Tahun 1–3 & Tahun 4–6)
👨👩👧 Aktiviti bersama Ibu ayah:
🐐 Penyembelihan kambing korban
🍛 Gotong-royong melapah & memasak daging korban
Semoga usaha kita bersama diberkati dan diterima oleh Allah SWT. 🤲🏼
07/05/2025
Marhaban Raya & sambutan Hari Raya bersama anak-anak Permata.
Alhamdulillah, terharu atas sumbangan dan pengkongsian rezeki untuk anak2 Pusat Jagaan. Meriah sungguh, terima kasih diucapkan atas ukhwah ini, semoga segala kebaikan Ibu ayah dibalas baik oleh Allah SWT.
07/05/2025
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu ayah yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan dengan melibatkan diri dalam program "Marhaban Raya Tphg" yang berlangsung Selama 3 minggu.
Penglibatan aktif ibu ayah bukan sahaja menceriakan program, malah menjadi bukti bahawa masa bersama anak-anak adalah sangat penting. Kehadiran, sokongan serta sumbangan idea dan tenaga daripada ibu ayah amatlah kami hargai.
Semoga kerjasama erat antara pihak TPHG dan ibu ayah ini akan terus diperkukuh demi kecemerlangan anak-anak kita, baik dari segi akademik mahupun sahsiah.
28/03/2025
Pusat Jagaan Permata Hatiku akan DITUTUP sempena Hari Raya Aidilfitri.
Sekian untuk maklum, Terima kasih.
23/03/2025
Alhamdulilah selesai sudah IFTAR DAN TERAWIH JAMA'I bersama keluarga besar TPHG.
🤲 Alhamdulillah, dengan kerjasama dan perkongsian rezeki, kita dapat menikmati juadah iftar dan moreh bersama-sama serta penglibatan dan sokongan penuh dari, pihak pengurusan , ibu bapa, Warga pendidik TPHG, serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
🥰Semoga ikatan ukhuwah ini terus kekal dan dirahmati oleh Allah SWT. Segala jasa baik kalian semua dibalas baik dan diberikan ganjaran yang berlipat kali ganda. Aamin 🤲
✅Iftar
✅Terawih
✅Taddarus Alquran
✅Moreh
✅Bakul syawal
In Sha Allah, ada rezeki jumpa lagi tahun hadapan.
09/03/2025
Program Little Da'i
✅Program ini memberi peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan memberanikan diri berkomunikasi didepan orang ramai.
Alhamdulillah para pelajar dapat laksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.
15/12/2024
Jom Sertai Kelas Transisi! 🚀
Adakah anda ingin memberikan persediaan dan permulaan terbaik untuk anak-anak anda?
Kelas Transisi kami adalah jawapannya! 🌟
Kenapa mesti memilih Kelas Transisi Kami?
📍Pembelajaran Menyeronokkan: Aktiviti kreatif yang menggabungkan pembelajaran dan permainan.
📍Penyesuaian Mudah: Membantu anak anda menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dengan lebih mudah.
📍Pembangunan Holistik: Fokus kepada perkembangan akademik, sosial, dan emosi.
Apa Yang Kami Tawarkan?
✔️Aktiviti Interaktif: Aktiviti secara "learning by doing"
✔️Guru Berpengalaman: Tenaga pengajar yang berdedikasi dan berpengalaman.
✔️ Pembelajaran Berfokus: Pembelajaran dalam kumpulan yang kecil
✔️Persekitaran Selamat: Suasana yang selesa dan selamat untuk anak anda.
Jangan Lepaskan Peluang Ini! Daftarkan anak anda hari ini dan saksikan mereka berkembang dengan penuh keyakinan dan kegembiraan.
Tempat adalah terhad, jadi segera hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
📞 Hubungi:
🧕🏻Tr Roszana: 0194077720
🧕🏻Tr Dila: 0127609731
😊Berikan yang terbaik untuk anak anda.
😊Kami nantikan kehadiran mereka di Kelas Transisi kami!
😊Siapa cepat dia dapat.
Terima kasih! 🌈
25/10/2024
Sambutan Maulidur Rasul TPHG. Terima kasih ibu ayah & anak-anak yang hadir.
❤️Terima kasih juga kepada ibu ayah yang memberikan sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Saya mewakili pihak pengurusan Tphg mohon maaf andai terdapat kekurangan sepanjang majlis berlangsung.
💓Terima kasih diucapkan kepada semua tenaga kerja pendidik TPHG yang gigih dan bersemangat dari awal persediaan majlis hingga keakhir majlis.Tahniah diucapkan atas sokongan dan kerjasamanya.
🤗Inshaa Allah panjang umur kita berjumpa di lain program anjuran Tphg.
04/10/2024
Alhamdulillah selesai sudah pertandingan hafazan dan Adzan tahap 1 & 2.
Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan pada pagi ini, pelbagai emosi anak-anak sebelum dan selepas pertandingan bermula, gementar, takut, berdebar-debar, lega dan teruja.
Adat pertandingan,kalah menang itu pasti , mencuba adalah perkara yang perlu dipuji, pertandingan ini juga memberi peluang kepada anak-anak untuk mencabar diri mereka,keluar dari Zon selesa dan berani mencuba.
Tahniah diucapkan.. Jumpa minggu hadapan untuk program seterusnya..🫶
26/07/2024
KELAB SILAT PERMATA
PENGAMBILAN AHLI BARU 2024.
Jom sertai kami. Pendaftaran masih dibuka.
🏃🏻♂️Masa latihan : 9.00 pagi - 11.00 pagi
🧍♂️Umur : 5 - 12 tahun
🏡Tempat : ruang aktiviti Tadika Permata Hatiku
📌 Marilah kita sama-sama memartabatkan seni silat warisan Melayu
Sebarang pertanyaan boleh hubungi tec Dila
www.wasap.my/60127609731