07/05/2026
📣 "Assalamualaikum semua Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami menjemput hadir ke Majlis Zikir Ratib Al-Attas & Asmaul Husna yang akan diadakan pada:"
🗓️ Tarikh:8/5/2026 (JUMAAT)
⏰ Masa: 2.45 petang
🏛️ Tempat: ONEHEART SUCCESS CENTRE
NO 5 Jalan Molek Taman Kerjasama Kluang Johor
👳🏻♀️Majlis dipimpin: Ust Kamarul Arifin Bin Hj Ishak
🌸 "Mari kita berkumpul dalam suasana penuh rohaniah. Dalam sentuhan zikir, mari kita mencari ketenangan hati dengan mengingati Allah"
"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (AsmaulHusna), maka serulah (Dgn Berdoa) kepadaNYA dengan menyebut nama-nama itu"
*(Al-A'raf Ayat 180.)*
04/05/2026
📣 "Assalamualaikum semua Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami menjemput hadir ke Majlis Bacaan Zikir Wirdul Latif yang akan diadakan pada:"
🗓️ Tarikh: 5 MEI 2026( SELASA)
⏰ Masa: Jam 9.00 pagi
🏛️ Tempat: ONEHEART SUCCESS CENTRE
NO 5 Jalan Molek Taman Kerjasama Kluang Johor
👳🏻♀️Majlis dipimpin: Ust Musa Bin Musni
🌸 "Mari kita berkumpul dalam suasana penuh rohaniah. Dalam sentuhan zikir, mari kita mencari ketenangan hati dengan mengingati Allah"
23/04/2026
"📚🕌 Assalamualaikum Jom sertai kami dalam perjalanan mencari ilmu yang bermakna! Kami dengan gembira ingin mengundang semua untuk menghadiri
📚 Kelas Pengajian Hadis di Oneheart Success Centre
🗓️ Hari: Jumaat , 24 APRIL 2026
⏰ Masa: 3.00 petang
🏛️ Lokasi: Oneheart Success Centre
No 5 jln molek taman kerjasama kluang
🕌 Bersama Guru SRITI Kluang
🤲🏻 mari kita mendalami makna hadis-hadis Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam
🤝 Terbuka untuk semua yang ingin menambah ilmu agama.
Sertai kami dalam perjalanan mencari ilmu yang bermakna! 📖
🌟 Semoga ilmu yang kita peroleh menjadi sumber keberkatan dan pencerahan dalam hidup kita.
Jom datang dan nikmati sajian ilmu yang bernilai!
📖🌟
"
Kelas adalah PERCUMA sekiranya ada yang hendak berkongsi rezeki atau berinfaq bolehla salurkan ke akaun MAYBANK
ONEHEART SUCCESS CENTRE
551 061 355 321
16/03/2026
Alhamdullilah majlis iftar jamaie oneheart success center 13/3/2026 berjalan lancar.
Dimulai dengan tazkirah oleh Ustaz yazid bin pardi,solat magrib,iftar jamaie ,solat isyak Dan terawih.
DOA AKHIR RAMADHAN
Moga Bermenafaat
*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.
*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.
*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.
*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.
*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke Syurga utk kami.
*Ya Allah...* jgnlah Kau biarkan Ramadhan pergi sblm Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu dpd tergelinciran kaki kami.
*Ya Allah...* lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dlm Ramadhan maupun selepas Ramadhan.
*Ya Allah...* sblm mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.
*Ya Allah...*
Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dgn Iman dan Taqwa.
Jadikanlah kami calon Syurga Mu.
Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.
*Ya Mujibbasailin...*
Limpahilah kami dgn sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.
*Ya Allah...*
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dgn Ramadhan Al Mubarak yg akan dtg
*Ya Allah...*
Jgnlah Kau jadikan Ramadhan ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang.
*Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...*
▪️Jadikanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sbg penghapus segala dosa2 kami
*Ya Allah…*
Temukanlah kami dgn Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yg dpt beramal di malam Al-Qadr
*Ya Allah...*
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi
▪️Kurniakanlah kpd kami Syurga Mu yg maha luas nikmatnya
*Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni*
(dibaca 3 kali)
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
12/03/2026
JEMPUTAN IFTAR JAMAIE
ONEHEART SUCCESS CENTRE
رَمَضَانُ يَجْمَعُنَا
"Ramadan Menghimpunkan Kita"
Dengan penuh hormat dan kasih sayang, kami menjemput tuan/puan, sahabat handai serta ahli keluarga untuk bersama-sama menghadiri Majlis Iftar Jamaie ONEHEART SUCCESS CENTRE.
🗓 Tarikh: Jumaat, 13 Mac 2026
🕌 Tempat: No 5 ,jalan molek taman kerjasama kluang
🌹Atur Cara Majlis
🕠 5.45 petang – Tazkirah Ramadan
(Ustaz Yazid bin Pardi)
🕡 6.45 petang – Doa Munajat
🕢 7.22 malam – Berbuka ringan
🕌 Solat Maghrib berjemaah
🍽 Jamuan berbuka
🕣 8.30 malam – Solat Isyak berjemaah
Solat Tarawih
Semoga pertemuan ini mengeratkan ukhuwah dan menambah keberkatan Ramadan kita.
12/03/2026
🌹 JEMPUTAN KE MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN BERJEMAAH 🌹
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dengan penuh rasa syukur dan semangat menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia, kami menjemput tuan/puan untuk hadir memeriahkan majlis:
📖 Tadarus & Khatam Al-Quran Berjemaah
📍 ONEHEART SUCCESS CENTER(no 5 jln molek tmn kerjasama)
🗓 Hari: Selasa
📅 Tarikh: 10 Mac 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi sehingga selesai
*Pakaian jubah putih+tudung meroon*
Di saat kita berada di hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, marilah kita bersama-sama meluangkan masa mendampingi Al-Quran dengan membaca, mentadabbur serta mengkhatamkannya secara berjemaah.
Diriwayatkan bahawa Anas ibn Malik, apabila beliau khatam membaca Al-Quran, beliau akan mengumpulkan ahli keluarga dan anak-anaknya lalu berdoa untuk mereka