22/05/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK BANDAR PALOH KALI KE-38 TAHUN 2026🏃🏻🏆
PART 2
Sekolah yang berada di luar kawasan bandar dan hanya mempunyai satu sesi sahaja. Dipacu oleh 16 orang guru yang berdedikasi.
Sekolah juga disokong oleh 3 AKP, 4 orang pekerja pembersihan dan 4 orang jaga.
22/05/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK BANDAR PALOH KALI KE-38 TAHUN 2026🏃🏻🏆
PART 2
22/05/2026
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK BANDAR PALOH KALI KE-38 TAHUN 2026🏃🏻🏆
🗓️Tarikh : 21 Mei 2026 (Khamis)
⏰Masa : 8.00 pagi
📍Tempat : Padang SMK Paloh
Semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin jelas terpancar sepanjang Kejohanan Sukan Tahunan sekolah. Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan usaha, keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan. 👏
Terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru, PIBG dan PIBK, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama bagi memastikan program berjalan dengan lancar dan meriah.
KEPUTUSAN KEJOHANAN :
JOHAN - SAPPHIRE💙🏆
NAIB JOHAN - CITRINE 💛
KETIGA - RUBY ❤️
Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya pengalaman, semangat berpasukan dan nilai kesukanan yang dipupuk menjadi kejayaan sebenar buat semua warga sekolah🌟
20/05/2026
🎉 AYUH RAMAIKAN & MERIAHKAN ACARA! 🎉
Dengan penuh hormat dan sukacitanya, dijemput seluruh warga sekolah, ibu bapa serta masyarakat setempat untuk hadir memeriahkan program yang bakal berlangsung. Kehadiran anda amat bermakna sebagai tanda sokongan dan semangat kepada para peserta🌟
📍 Jangan lepaskan peluang menyaksikan pelbagai persembahan menarik, bakat hebat dan suasana penuh warna-warni!
✨ “Kehadiran Anda Penyeri Majlis” ✨
Jumpa anda di sana! 🎊
19/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU SK BANDAR PALOH 2026👩🏼🏫
🗓️Tarikh : 18 Mei 2026 (Isnin)
⏰Masa : 8.00 pagi
📍Tempat : Dewan Gemilang SK Bandar Paloh
📌Tema : Karakter Filem dan Animasi 🎬
Selamat Hari Guru 2026 ✨📚
“Guru Bitara Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan, dedikasi dan kasih sayang insan bergelar guru dalam mendidik anak bangsa.
Terima kasih kepada semua guru atas segala ilmu, tunjuk ajar dan pengorbanan yang dicurahkan tanpa jemu demi kejayaan murid-murid. Semoga segala usaha yang diberikan menjadi amal yang berpanjangan dan terus diberkati. ✨
Warga sekolah mengucapkan
💐 SELAMAT HARI GURU 💐
kepada semua pendidik yang sentiasa menjadi inspirasi dan pembimbing generasi masa hadapan.
14/05/2026
PERTANDINGAN NYANYIAN GENTA SUARA GENERASI MADANI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KLUANG 🎶🎤
🗓️Tarikh : 14 Mei 2026 (Khamis)
⏰Masa : 7.30 pagi
📍Tempat : Sk Seri Intan
Tahniah diucapkan kepada :
Nayla Nurizzaty binti Mohd Noor Faizal dan Mesha A/P Manikam
(Naib Johan 🥈Kategori Duo)
dan
Muhammad Ahlam Danish bin Zulkifrei
(Saguhati Kategori Solo Lelaki)
Tahniah juga kepada jurulatih dan guru pengiring (Cikgu Hafizzul, Cikgu Firdaus dan Cikgu Adleen) atas komitmen dan kesungguhan dalam melatih murid✨👏🏻
14/05/2026
PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN✨
📌PERTANDINGAN BOLA TAMPAR MSSD KLUANG
📌PERTANDINGAN MAHRAJAN AL QURAN, NASYID DAN KHAT
📌PERTANDINGAN SAJAK & SYAIR
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan, kejohanan dan program di peringkat daerah mahupun luar sekolah.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang serta mengharumkan nama sekolah. 🌟
Terima kasih juga kepada guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak.
“Berani Mencuba, Yakin Berjaya”
14/05/2026
PENYAMPAIAN SIJIL INOVASI
Event : International Invention, Innovation and Design Competition 2026 - Hybrid Mode
Penganjur : Kolej Vokasional Tanah Merah, Digit360 dan Universiti Teknologi Mara Kelantan
Pencapaian
: Gold Medal (Junior Innovator - Online) 🥇
: Silver Medal ( Junior Innovator - Online) 🥈
Tahniah diucapkan kepada semua murid dan guru pembimbing (Cikgu Sabiq dan Cikgu Ismadi) 👏🏻
14/05/2026
PROGRAM LATIHAN MEMBERUS GIGI DAN CERAMAH KESIHATAN PERGIGIAN 🦷🪥
🗓️Tarikh : 4-7 Mei 2026 (Isnin - Khamis)
⏰Masa : 10.20 pagi
📍Tempat : Sk Bandar Paloh
01/05/2026
PROGRAM ANTI BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH 2026
🗓️Tarikh : 27 April 2026 (Jumaat)
⏰Masa : 8.00 pagi
📍Tempat : Sk Bandar Paloh
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menghormati antara satu sama lain, memahami batas pergaulan serta berani melaporkan sebarang bentuk buli dan gangguan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran,pertandingan mewarna, tayangan video pendidikan serta kuiz.
Semoga melalui program ini, warga sekolah dapat bersama-sama memainkan peranan dalam membendung gejala negatif serta membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia dan berintegriti.
“Sekolah Selamat, Murid Sejahtera”
01/05/2026
MAHRAJAN AL-QURAN, NASYID DAN KHAT SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH KLUANG 2026
🗓️Tarikh : 22 April 2026 (Rabu)
⏰Masa : 7.30 pagi
📍Tempat : SK LKTP Ayer Hitam
Tahniah dan syabas kepada pasukan nasyid SK Bandar Paloh atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam pertandingan ini. Tahniah juga kepada jurulatih pasukan nasyid iaitu Cikgu Firdaus, Cikgu Hafizzul dan Ustazah Norsufazreena atas komitmen dalam melatih murid.
Tidak lupa juga syabas kepada wakil pertandingan khat iaitu adik Nur Ariana dan Adam Mukhriz serta Ustaz Shah sebagai guru pengiring.
Semoga setiap usaha, latihan dan komitmen yang diberikan menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang🎤✨
| Monday | 08:00 - 16:00 |
| Tuesday | 08:00 - 16:00 |
| Wednesday | 08:00 - 16:00 |
| Thursday | 08:00 - 15:30 |
| Sunday | 08:00 - 16:00 |