MyPocket Diary

MyPocket Diary

Share

Yok Jaga Poket Kite

14/02/2025

Jangan biarkan hutang membelenggu hidup korang. Usahakan membayar hutang yang ada

Hutang belajar, hutang kereta, hutang rumah, hutang peribadi....

Mulakan dengan mohon bantuan Pemberi Nikmat melalui doa yang diajarkan Nabi SAW

Semoga semua yang dibebani hutang dipermudahkan urusan membayarnya πŸ₯°

Tips : Berdoa mohon dari-Nya

13/02/2025

PELABURAN VS SIMPANAN

Pelaburan dan simpanan adalah dua konsep kewangan yang berbeza, tetapi keduanya penting dalam merancang kewangan peribadi.

PELABURAN :

Tujuan utama pelaburan adalah untuk membangunkan atau menambah nilai wang dari masa ke masa. Pelaburan melibatkan risiko yang lebih tinggi berbanding simpanan, tetapi potensi p**angan juga lebih tinggi.

Contoh: Saham, bon, hartanah, unit trust, dan pelaburan dalam perniagaan.

Risiko: Pelaburan boleh mengalami kerugian bergantung kepada prestasi pasaran atau sektor tertentu.

Kelebihan: Potensi p**angan lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Kekurangan: Risiko lebih tinggi, dan pelaburan mungkin memerlukan lebih banyak pengetahuan untuk memilih yang terbaik.

SIMPANAN :

Simpanan biasanya bertujuan untuk menyediakan dana yang selamat dan boleh diakses dengan mudah apabila diperlukan. Simpanan cenderung lebih rendah risikonya, tetapi p**angan juga lebih rendah.

Contoh: Akaun simpanan bank, deposit tetap, atau kad simpanan.

Risiko: Risiko sangat rendah, terutamanya jika simpanan tersebut disimpan dalam akaun bank yang terjamin.

Kelebihan: Mudah diakses dan selamat untuk simpanan jangka pendek.

Kekurangan: Pulangan lebih rendah, dan wang simpanan mungkin tidak berkembang dengan baik dari segi nilai sebenar disebabkan inflasi.

Kesimp**an:

Pelaburan sesuai untuk mereka yang mempunyai matlamat jangka panjang dan bersedia mengambil risiko untuk mendapatkan p**angan yang lebih tinggi.

Simpanan p**a lebih sesuai untuk mereka yang memerlukan kestabilan kewangan jangka pendek dan mahu memastikan wang mereka selamat tanpa risiko besar.

Kedua-duanya mempunyai tempat dalam perancangan kewangan, dan seringkali disarankan untuk mempunyai kombinasi kedua-duanya mengikut keperluan dan matlamat kewangan anda.

11/02/2025

Oyen saje jek kan..

Awal bulan dan hari cuti ni, buatlah perancangan kewangan keluarga agar kita tak nangis macam setiap kali memotong bawang di dapur ☺️

07/02/2025

IKLAN JAWATAN KOSONG

Jawatan : Eksekutif Jualan
Status : Kontrak
Cawangan :
1) Pejabat PTPTN Negeri Johor
2) Pejabat PTPTN Cawangan Kluang
3) Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat

Maklumat berkaitan syarat lantikan serta kaedah permohonan boleh dibuat di link berikut :

https://bit.ly/KerjaPTPTN

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum atau pada 16 Februari 2025 (Ahad) jam 11:59 malam.

06/02/2025

πŸ’‘ Tips untuk Memulakan Simpanan:

Tetapkan Matlamat: Tentukan jumlah yang ingin disimpan dan tempoh masa untuk mencapainya.

Simpanan Secara Potongan Bulanan: Cuba lakukan potongan setiap bulan supaya ia menjadi rutin.

Pelbagaikan Pelaburan: Selain simpanan, pertimbangkan untuk melabur dalam saham atau dana lain.

Simpan Secara Konsisten: Konsisten menyimpan sedikit demi sedikit boleh membawa hasil besar pada masa depan.

Jangan tunggu sehingga esok untuk memulakan! Semakin awal kita mula menyimpan, semakin banyak yang kita boleh kumpul untuk masa depan yang lebih cerah. 🌱

11/06/2024

Admin ke PBAKL 2024 baru-baru ini jumpa buku ini. Beli terus, nak tahu apa Tuhan kita semua pesan untuk

Nanti Admin sharekan beberapa panduan yang ada dalam buku. Min sharekan dulu isi kandungan di ruang comment

Moga kita sama-sama dapat manfaat

Tag penulis Mustafar Mohd Suki
Penerbit Karya Bestari Sdn Bhd

09/06/2024

Harga Diesel Naik
Yang guna diesel kena review semula bajet allocation untuk minyak yek...

29/05/2024

Apa Khabar Poket Korang Hari ini?

Photos from Amanah Saham Nasional Berhad's post 21/12/2023

Untuk makluman

20/12/2023

Min kongsi pesanan melalui poster comey dari FB Azizul Azli Ahmad khususnya kepada Penjawat Awam yang dapat gaji awal bulan ini 😊

Jaga poket kita all's πŸ’°

19/10/2023

Di era yang begitu pantas bergerak, pendidikan kekal sebagai aset terbaik yang perlu diberikan kepada keluarga anda.

Mulakan membuat simpanan pendidikan saat ini untuk membuka perluang masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda.

Want your school to be the top-listed School/college in Kluang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


No 14 Tingkat 1
Kluang
86000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 17:00