Tazkirah

Tazkirah

Share

08/05/2026

https://www.facebook.com/share/1Hq9dtVdc2/

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI SELANGOR

Bil.5/2016

4 Oktober 2016

๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ก๐—š๐—ข ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—š๐—”๐— ๐—” ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐——๐—”๐—ง ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—”๐——๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ (๐— ๐—”๐—œ๐—ฃ๐˜€)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke-5/2016 yang bersidang pada 4 Oktober 2016 bersamaan 3 Muharram 1438H memutuskan bahawa:

Badan Bukan Kerajaan atau Non-Govermental Organization (NGO) atau indidvidu yang dilantik oleh mana-mana pihak selain daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengutip zakat di negeri Selangor dan mengagihkan keluar negeri Selangor tanpa izin ulil-amri adalah:

- ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ด๐—ถ ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—บ ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ
dan
- ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ.

Bertarikh 4 Oktober 2016
(MJKFNS. BIL.5/2016)

DATO' SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor

Sumber: https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/27/kutipan-zakat-di-negeri-selangor-yang-diserahkan-ke-negeri-perlis-melalui-ngo-yang-dilantik-oleh-majlis-agama-islam-dan-adat-istiadat-melayu-perlis-maips/

08/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/18J8QfFQfw/

HUKUM KUTIPAN ZAKAT DI NEGERI PAHANG DAN DIBAYAR DI NEGERI LAIN

Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil. 1/2025 pada 14 Januari 2025 telah memutuskan bahawa Hukum Kutipan Zakat Di Negeri Pahang dan Dibayar ke Negeri Lain adalah seperti berikut :

1. Hukum lantikan atau tauliah yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) kepada mana-mana individu atau organisasi sebagai amil atau ejen zakat adalah sah di sisi hukum Syarak tetapi hanya terpakai di dalam ruang lingkup sempadan negeri atau bidang kuasa MAIN (wilayah ulil amri) yang melantik atau memberi tauliah tersebut sahaja. Sesuatu tauliah atau lantikan yang membenarkan amil atau ejen mengutip zakat di luar daripada sempadan negeri itu adalah tidak sah mengikut Hukum Syarak dan bercanggah dengan undang- undang berkaitan zakat yang berkuatkuasa di negeri-negeri.

2. Hukum perbuatan memindahkan hasil kutipan zakat oleh individu atau organisasi yang dilantik atau diberikan tauliah sebagai amil atau ejen zakat bagi mana-mana MAIN ke negeri lain, adalah ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐˜‡๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ-๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ kerana tempat zakat itu di kutip berada di luar sempadan negeri dan bidang kuasa MAIN yang mengeluarkan tauliah tersebut serta bertentangan dengan syarat-syarat yang membenarkan zakat dipindahkan mengikut Hukum Syarak.

3. Hukum mengembalikan sebahagian hasil kutipan zakat kepada individu atau organisasi yang menjalankan tugas sebagai amil atau ejen zakat atas prinsip upah sedangkan zakat itu di pungut di luar daripada sempadan negeri yang mengeluarkan tauliah tersebut adalah ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—›๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฝ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ฎ๐—บ๐—ถ๐—น ๐—ฑ๐—ถ ๐—ป๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐˜ (๐—ฑ๐—ถ ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐˜„๐—ถ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—น ๐—ฎ๐—บ๐—ฟ๐—ถ).

4. Hukum membayar zakat kepada pihak yang tidak dilantik sebagai amil atau ejen zakat untuk negeri tersebut adalah ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐˜€๐—ฎ๐—ต.

5. Setiap individu atau syarikat milik orang islam yang memperolehi harta dan pendapatan di Negeri Pahang wajib menunaikan zakat kepada pihak berkuasa zakat di Negeri Pahang sebagaimana Seksyen 38 (Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa) , Seksyen 39 (Pembayaran zakat atau fitrah kepada orang yang tidak diberi kuasa) dan Seksyen 40 (Tidak membayar zakat atau fitrah), Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pahang 2013.

6. Tiada halangan bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang beroperasi di Negeri Pahang untuk membayar zakat di Negeri Pahang.

7. Mana-mana orang islam yang bekerja di mana-mana syarikat / organisasi adalah dilarang untuk membuat kutipan zakat bagi dibayar ke negeri lain.

Sumber: https://mufti.pahang.gov.my/fatwa/2025/hukum-kutipan-zakat-di-negeri-pahang-dan-di-bayar-di-negeri-lain

Photos from Illumakkatak's post 04/05/2026
04/05/2026

Tabung Haji

02/05/2026

Dalil zikir Allah Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

ูˆูŽุง ุฐู’ูƒูุฑู ุงุณู’ู…ูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ุจููƒู’ุฑูŽุฉู‹ ูˆู‘ูŽุงูŽุตููŠู’ู„ู‹ุง

"Dan zikirlah NAMA Tuhanmu pada waktu pagi dan petang;"
(QS. Al-Insan 76: Ayat 25)

ูˆูŽุง ุฐู’ูƒูุฑู ุงุณู’ู…ูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ูˆูŽุชูŽุจูŽุชู‘ูŽู„ู’ ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุชูŽุจู’ุชููŠู’ู„ู‹ุง

"Dan zikirlah NAMA Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan."
(QS. Al-Muzzammil 73: Ayat 8)

ูˆูŽุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงุณู’ู…ูŽ ุฑูŽุจู‘ูู‡ู– ููŽุตูŽู„ู‘ูฐู‰

"Dan zikirlah NAMA Tuhanmu serta mangerjakan solat (dengan khusyuk)."
(QS. Al-A'la 87: Ayat 15)

ALLAH suruh kita zikir dengan namaNya.

Nama tuhan kita ialah ALLAH.

ALLAH ALLAH ALLAH.

02/05/2026

Jangan cemburu

29/04/2026

Fatwa Pemindahan Zakat (Naql Al-Zakat)

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-71/2024

6-7 DISEMBER 2024 / 4-5 JAMADIL AKHIR 1446

Bil. 1/71 TAHUN 2024



FATWA PEMINDAHAN ZAKAT (NAQL AL-ZAKAT)

1. Para ulama ulama berbeza pendapat tentang maksud pemindahan zakat (ู†ู‚ู„ ุงู„ุฒฺฉุงุฉ) keluar kawasan zakat (al-Mautin al-Zakawi / ุงู„ู…ูˆุทู† ุงู„ุฒฺฉูˆูŠ). Dua pendapat utama dalam hal ini iaitu;

i. Memindahkan zakat keluar daripada kawasan yang melebihi kadar dibolehkan qasar solat (musafir). Ini seperti dari kawasan A ke kawasan B yang melebihi 80 kilometer (dua marhalah) sekalipun kelihatan bersebelahan kawasan dari segi pemetaan.

ii. Memindahkan zakat dari satu iklim ke iklim (rantau) yang lain. Ini seperti daripada Malaysia ke India atau ke China atau Palestin atau ke Yaman atau ke Australia atau ke Afrika. Pendapat ini dinilai oleh Ibn Taimiyyah r.h. lebih mundabit (konsisten) kerana sesuatu iklim (rantau) walaupun luas, namun ia bagaikan sebuah negara yang sama dari sudut keadaan penduduk.

2. Dalam kontek semasa, pendapat yang paling sahih bagi maksud kawasan harta zakat (ุงู„ู…ูˆุทู† ุงู„ุฒูƒูˆูŠ) ialah merujuk kepada kawasan yang mana harta zakat itu berada iaitu di mana ia dihasilkan, bukan merujuk kepada alamat tinggal pembayar zakat atau di mana pembayar zakat itu berada. Ini bermaksud sekalipun pembayar zakat tinggal di kawasan A, tetapi jika penghasilan harta zakatnya di kawasan B, maka perbincangan ulama tentang pemindahan zakat itu merujuk kepada zakat kawasan B yang dibawa keluar daripada iklimnya, atau keluar ke jarak yang membolehkan qasar solat (musafir).

3. Dalam urusniaga moden dan bersifat global hari ini, penentuan sebahagian tempat penghasilan harta tidak lagi bersifat statik dan klasik seperti dahulu. Kegiatan ekonomi tidak lagi bersifat setempat sebaliknya bersifat global yang boleh diuruskan di mana-mana sahaja. Maka adalah sukar untuk menetapkan mautin zakawi (kawasan harta zakat) dalam konteks sebahagian perniagaan dan harta pada zaman ini.

4. Adapun Zakat Fitrah, ia memang merujuk kepada tempat pembayar zakat itu berada, bukan di mana hartanya dihasilkan. Ini kerana kewajiban Zakat Fitrah berkaitan diri pembayar, bukan tempat di mana harta dihasilkan.

5. Para ulama sepakat bahawa zakat harta boleh dibawa keluar dari kawasannya jika keperluan asnaf kawasan tersebut sudah mencukupi. Bahkan terdapat fuqaha yang mewajibkan ia dibawa keluar jika asnaf zakat kawasan zakat tersebut sudah tidak memerlukan. Namun para ulama berbeza pendapat tentang hukum memindahkan zakat keluar kawasan atau iklim lain sedangkan asnaf dalam kawasan harta zakat tersebut masih memerlukan.

6. Pendapat yang sahih, tidak boleh membawa zakat keluar dari kawasannya, iaitu keluar ke iklim yang lain (seperti pendapat Ibn Taimiyyah r.h. dan mereka yang menyokong pendapat tersebut) atau keluar ke kawasan yang melebihi jarak qasar sekiranya asnaf zakat kawasan berkenaan masih memerlukan. Namun begitu hal ini dibolehkan jika ada alasan yang munasabah.

7. Alasan yang munasabah yang dinyatakan oleh para ulama yang membolehkan zakat keluar dari kawasannya sekalipun masih ada yang memerlukan di kawasan tersebut adalah seperti berikut;

a. Untuk mengutamakan keluarga yang memerlukan zakat yang berada di kawasan lain. Ini kerana ia dapat mengukuhkan silaturrahim.

b. Untuk membantu mereka yang lebih memerlukan yang berada di kawasan lain. Ini seperti mereka yang ditimpa bencana, peperangan dan seumpamanya.

c. Untuk menyalurkan kepada pihak yang lebih bermanfaat ketimbang dengan apa yang ada di kawasan penghasilan harta zakat. Ini seperti keperluan pendakwah, penuntut ilmu dan seumpamanya yang dilihat zakat lebih berfungsi jika diberikan kepada mereka itu sekalipun di luar kawasan zakat.

d. Untuk membantu jihad syarโ€˜ie yang berada di luar kawasan penghasilan harta zakat.

e. Untuk diberikan kepada mereka yang lebih warak dan soleh. Ini seperti pembayar zakat atau amil mendapati di luar kawasan zakat ada orang yang lebih soleh yang mana pemberian zakat kepadanya lebih meningkatkan ketakwaan dibandingkan orang di kawasan zakat.

f. Untuk mengelakkan mudarat harta zakat. Ini seperti jika harta zakat berada di kawasannya akan mudarat disebabkan keadaan yang negatif atau salahguna pihak lain.

g. Untuk membolehkan lebih banyak jenis asnaf memperolehi zakat. Ini seperti jika di kawasan harta penghasilan zakat tidak terdapat asnaf tertentu, sedangkan di luar kawasan penghasilan zakat wujud asnaf berkenaan.

8. Ijtihad memindahkan zakat ke luar kawasan harta zakat itu boleh dibuat oleh pemerintah (Amil yang dilantik) ataupun pembayar zakat itu sendiri. Al-Imam Dr. Yusuf al-Qaradawi r.h. dalam Fiqh al-Zakah menyebut: โ€œSekiranya pemerintah boleh berijtihad berkaitan memindahkan zakat dari satu kawasan ke kawasan yang lain, maka demikian juga individu yang diwajibkan zakat ke atasnya boleh memindahkan zakat keluar kawasan atas sesuatu keperluan atau kemaslahatan yang diiktiraf. Ini jika sekiranya dia menguruskan zakatnya sendiri seperti yang berlaku pada masa ini. Ini semua boleh dilakukan atas alasan-alasan yang para ulama Mazhab Hanafi menyebutnya berkaitan pemindahan zakat ke luar kawasan. Ini seperti dipindahkan untuk diberikan kepada kaum kerabat yang memerlukan, atau kepada sesiapa yang lebih memerlukan atau lebih miskin, atau kepada sesiapa yang lebih bermanfaat untuk kaum muslimin dan lebih wajar dibantu, atau kepada sesuatu projek islamik di kawasan lain yang mempunyai kesan yang baik untuk kaum muslimin yang kemungkinan tiada seperti itu di tempat harta zakat berada, atau seumpama semua itu yang mempunyai kelebihan dan kemaslahatan yang melegakan perasaan seorang muslim yang mengambil berat tentang agama dan keredaan Tuhannyaโ€. [Fiqh al-Zakah, 2/820. Beirut: Muassasah al-Risalah (1993)]

9. Di samping alasan-alasan tersebut yang membenarkan pemindahan zakat keluar kawasan penghasilan harta zakat, para ulama juga mensyaratkan hendaklah dipastikan tidak keseluruhan harta zakat dikeluarkan dari kawasannya sehingga tidak berbaki lagi di kawasan tersebut sedangkan terdapat yang masih memerlukan.

10. Zakat yang dipindahkan oleh pembayar zakat kepada asnaf zakat di luar kawasan tanpa alasan-alasan yang diiktiraf itu adalah sah tetapi makruh. Ini merupakan salah satu keputusan Persidangan Kedua Isu-Isu Semasa Zakat di Kuwait pada 13 Zulkaedah 1409H yang menyebut: โ€œPemindahan zakat keluar kawasannya tanpa keadaan-keadaan yang dinyatakan sebelum ini tidak menghalang keabsahannya tetapi makruh. Ini dengan syarat ia diberikan kepada yang berhak menerima zakat dalam kalangan lapan asnaf zakat.โ€

11. Pembayaran secara terus oleh pembayar zakat kepada mana-mana asnaf zakat adalah sah. Ini adalah pendapat yang sahih di sisi majoriti ulama. Namun untuk kemaslahatan yang menyeluruh dan penyelarasan, digalakkan zakat diserahkan kepada amil yang dilantik oleh ulil amri.

- TAMAT -

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

Sahibus Samahah Profesor Datoโ€™ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Datoโ€™ Dahaman @ Dahlan
Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani โ€“ Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2025 pada 16 Januari 2025.

28/04/2026

Curi duit zakat

28/04/2026

Zakat harta bayar di mana ?

Want your school to be the top-listed School/college in Kluang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kluang