Tahfiz An-Nur Bestari

Tahfiz An-Nur Bestari

Share

Pengajian Hafazan Al-Quran

21/03/2026

🌙

Dengan penuh rasa kesyukuran, seluruh warga **Maahad Tahfiz Ansur Bestari** ingin mengucapkan:

**Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.**

Semoga kehadiran Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kita semua. Didoakan agar segala amal ibadah yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT serta menjadi bekalan yang berpanjangan.

Kami juga memohon keampunan atas segala kekhilafan dan kesilapan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga hubungan silaturrahim terus terjalin erat dan kita semua sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat-Nya.

**Ikhlas daripada:**
Warga Maahad Tahfiz Annur Bestari

20/02/2026
16/01/2025

Adakah anda telah menyusun jadual cuti anak-anak anda sepanjang cuti sekolah pada masa akan datang?
Anda ingin mengisi masa lapang mereka dengan pengajian yang berfaedah pada cuti ini?
Maahad Tahfiz Annur Bestari akan membuat program "KEM TAHFIZ AN-NUR!"
Jom sertai kami dalam mengikuti ;
👇
"🏆Kem Tahfiz An-Nur🏆"
PADA TARIKH 2.2.2025 SEHINGGA 6.2.2025
@
9.2.2025 sehingga 13.2.2025

Pelbagai pengisian menarik yang akan disusun mengikut keperluan asas seorang Hafiz Al Quran.
ANTARANYA:
🔴Tarannum
🔴Hafazan Surah Pilihan.
🔴Tahsin Al Quran.
🔴Hafazan Doa Pilihan.
🔴Hadith-Hadith Pilihan.
🔴Smart Solat *belajar mengenai solat, perbaiki bacaan solat, cara solat berjemaah, solat-solat Sunat.

KEM TAHFIZ AN-NUR TERBAHAGI KEPADA 2 PAKEJ ;
PAKEJ A (Sepenuh Masa)
*RM 250
-Menetap Di Asrama Daripada 27hb (Selepas Asar) Sehingga 31hb (Pada Jam 5.30 petang).
PAKEJ B (Separuh Masa)
*RM150
- Datang Ke Asrama Jam 8:00 Pagi - Jam 5:30 petang makanan tengahari disediakan , Pada Hari Isnin Sehingga Khamis, Bermula Dari 2hb Sehingga 6hb @ 10hb sehingga 13hb
(Terbuka kepada Lelaki sahaja
Berumur 6 -17 tahun)
Jom ambil peluang ini dan bersama-sama mengikuti kami dalam program yang sangat bermanfaat ini.
Penyertaan terhad!!!
Bagi yang ingin berdaftar Sila penuhi maklumat di dalam link berikut : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfVtr3ckiaVWcBpR3F3NK7vKrlqU-pPLF8J0h971ddQ0WudAA/viewform?usp=sf_link
Segala pertanyaan boleh berhubung ;
(Ustaz Imran)
https://wa.me/60129247589?text=kemtahfizannur%20annur
Bagi bayaran deposit boleh melalui akaun (Beserta Salinan Bayaran)
MAAHAD TAHFIZ ANNUR BESTARI.
-HONG LEONG-
(12201026582)
Tahfiz annur bestari
lot 589 lorong mustafa kamal jalan yadi 41250 sg udang klang selangor

11/11/2024

Bismillahirrahmanirrahim

🔔🔔📢📢 PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAAHAD TAHFIZ AN-NUR BESTARI BAGI SESI
2025 DIBUKA 📢📢🔔🔔

❗Kami membuka permohonan bagi pendaftaran pelajar baru untuk Pengajian Tahfiz bagi sesi 2025
‼️ PENGAJIAN YANG DITAWARKAN ‼️

📗Pengajian Tahfiz :
● Pengajian tahfiz 30 juzuk
●Pengajian tahfiz syahadah

Tawaran dibuka bagi :
🏡Sepenuh masa.
🛵 Ulang alik
🛅Tahfiz Transit

📚SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BAGI PENGAJIAN TAHFIZ:
✅️Lelaki sahaja
✅️Sihat tubuh badan
✅️Berumur 5 tahun keatas ( Bagi Pengajian Tahfiz ulang alik ).
✅️Berumur 13 tahun keatas ( Bagi Pengajian Tahfiz sepenuh masa ).
✅️Mencintai dan minat akan Al Quran
✅️Berdisplin dan boleh mematuhi peraturan serta undang-undang madrasah
✅️Kerjasama yang baik dari pihak ibubapa

📋 Dokumen yang diperlukan bagi permohonan:
⏩ Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak
⏩ Sijil Berhenti Sekolah
⏩ Keputusan Peperiksaan

➡️Keterangan lanjut :
📲 Ustaz Imran : 012-9247589
Ustaz umair : 014-7199565

📲 Pejabat : 03-33812274
https://wa.me/60129247589?text=tahfiz%20annur
wa.

25/09/2024

Terbuka pendaftaran bagi bulan Oktober bagi,Pengajian taranum murottal asas dan azan kini dibuka
Kelas secara fizikal bersama ustaz zubair guru taranum/pembantu imam masjid darul muttaqin,
Akan diadakan di Maahad Tahfiz An-Nur Bestari jalan yadi sg udang.

untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi 0178012149

Photos from Tahfiz An-Nur Bestari's post 07/08/2024

Alhamdulillah,syukur pada Allah yang maha hebat,

Terima Kasih diucapkan kepada yang dihormati Ketua kampung Sungai Udang Klang En Zaki Bin Jamil ( Tok Aki ) kerana menjemput Maahad Tahfiz An Nur Bestari bersama-sama didalam program perasmian Balai Raya Kg Sungai Udang Klang pada 6/8/2024 Selasa .

Semoga dengan ini Allah sentiasa memberikan keberkatan dan permudahkan setiap urusan dalam apa jua keadaan.

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Yadi
Klang
41250