09/05/2026
Riang Ria Raya 2026 . 💝
Kami menyediakan perkhidmatan pendidikan dan asuhan profesional untuk kanak-kanak 1-4 tahun
09/05/2026
Riang Ria Raya 2026 . 💝
09/05/2026
✨ Ibu Kaulah Ratu Hatiku ✨
Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti penuh kasih sayang bersama ibu-ibu dan anak-anak di Taska Az-Zahrah 💖
Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan bonding antara ibu dan anak, malah memberi peluang untuk ibu-ibu saling mengenali dan meluangkan masa bersama dalam suasana yang ceria dan penuh gelak tawa 🥰
Seronok melihat anak-anak begitu teruja bermain, belajar dan berkongsi momen indah bersama insan tersayang mereka ❤️
Terima kasih kepada semua ibu yang hadir dan menjayakan aktiviti hari ini. Semoga kenangan manis ini kekal dalam ingatan anak-anak sampai bila-bila 🌷✨
02/05/2026
PENDAFTARAN TASKA AZ-ZAHRAH SESI 2026 KINI DIBUKA SEKARANG‼️
Jom Sertai Kami Sebagai Rakan Kongsi Pendidikan Awal Anak Anda 🤜🤛
Berita baik untuk ibu bapa yang masih mencari pusat perkembangan untuk pendidikan awal anak-anak berusia 1-4 tahun.
Dapatkan Diskaun Harga Yuran Tahunan dari 2026
📌Modul Kurikulum Permata Negara
📌 Belajar Melalui Bermain
📌Aktiviti Eksplorasi Alam
📌Aktiviti Kolaborasi Ibu Bapa
📌Kemahiran Bersosial dan Regulasi Emosi Anak
💝Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
💝Nisbah Pendidik : Kanak-Kanak Rendah
💝Persekitaran Taska Yang Bersih
💝Pendidik Terlatih
💝CCTV 24 Jam
📌Lokasi Taska
Lot. 3558C, Jalan Hassan, Sungai Udang, 41250 Klang, Selangor.
🤗PENGAMBILAN TERHAD
Utk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui WhatsApp:
(Cikgu Lyaa)
wasap.my/601111803683/InformasiKemasukanMeiJun
04/04/2026
📢 JAWATAN KOSONG: PENDIDIK TASKA
Taska Az-Zahrah kini membuka peluang untuk individu yang penyayang, berdedikasi dan minat mengajar kanak-kanak.
📍Lokasi: Taska Az-Zahrah, Jalan Hassan, Sg Udang Klang
Kelayakan:
• Minat mendidik anak-anak
• Mempunyai Sijil Asuhan Permata Negara
• Mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
• Berdisiplin & bertanggungjawab
• Sanggup belajar dan bekerja dalam pasukan
📞 Berminat? WhatsApp kami di: +60 11-1180 3683
20/03/2026
🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan penuh rasa syukur, kami warga Taska Az-Zahrah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua ibu bapa dan anak-anak tersayang.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kasih sayang dalam keluarga. Kami juga ingin memohon kemaafan atas segala kekurangan sepanjang kami mendidik dan menjaga anak-anak di taska ini.
Selamat pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya, dan sentiasa jaga keselamatan serta kesihatan.
Tulus ikhlas,
Pengurusan & Warga Pendidik
Taska Az-Zahrah
09/03/2026
Program Kem Anak Soleh 🤍
Alhamdulillah, salah satu aktiviti dalam program ini adalah mengajar anak-anak tentang nilai sedekah dan berkongsi rezeki.
Anak-anak Taska Az-Zahrah bersama-sama menyediakan dan menghantar infaq kepada jiran tetangga di sekitar taska. Walaupun kecil, mereka belajar bahawa memberi itu membahagiakan.
Semoga amalan kecil ini menanam rasa kasih sayang, empati dan keprihatinan dalam hati anak-anak sejak usia awal.
Terima kasih kepada ayah ibu yang sentiasa menyokong setiap aktiviti anak-anak.
Semoga setiap kebaikan ini menjadi amal jariah buat kita semua. 🤲✨
-Rakan Kongsi Pendidikan Awal Anak Anda-
Program Kem Anak Soleh 🤍
Alhamdulillah, salah satu aktiviti dalam program ini adalah mengajar anak-anak tentang nilai sedekah dan berkongsi rezeki.
Anak-anak Taska Az-Zahrah bersama-sama menyediakan dan menghantar infaq kepada jiran tetangga di sekitar taska. Walaupun kecil, mereka belajar bahawa memberi itu membahagiakan.
Semoga amalan kecil ini menanam rasa kasih sayang, empati dan keprihatinan dalam hati anak-anak sejak usia awal.
Terima kasih kepada ayah ibu yang sentiasa menyokong setiap aktiviti anak-anak.
Semoga setiap kebaikan ini menjadi amal jariah buat kita semua. 🤲✨
-Rakan Kongsi Pendidikan Awal Anak Anda-
07/02/2026
🗓 Tarikh & Hari : 6/2/2026
📒 Kumpulan : Semua
👩🏼🏫 IdeaPendidik : Ck Ain
🖍 Aktiviti :
Magic Basil Seeds Play
*Messy Play*
🗓Tarikh & Hari : 5/2/2026📒Kumpulan : Daisi👩🏼🏫Pendidik : Cikgu Ain🍭 Tema : Taska Saya🥇 Sub Tema : Kawan Saya🖍 Aktiviti :Pokok Cantik Saya *Perkembangan Kreativiti & Estetika*
| Monday | 07:00 - 18:30 |
| Tuesday | 07:00 - 18:30 |
| Wednesday | 07:00 - 18:30 |
| Thursday | 07:00 - 18:30 |
| Friday | 07:00 - 18:30 |