06/04/2026
📢 Sesi Temuduga Eksklusif untuk Pelajar & Bekas Pelajar!
Adakah anda pelajar atau bekas pelajar Kolej WIT yang sedang mencari peluang kerjaya? Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Success Mega Sdn Bhd akan mengadakan sesi temuduga khas untuk anda. Ini peluang untuk menunjukkan bakat, kemahiran, dan berpotensi menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.
Tips untuk berjaya:
• Datang awal 10–15 minit.
• Berpakaian kemas & profesional.
• Bersedia menjawab soalan temuduga dan tunjukkan keyakinan.
🎯 Hanya untuk pelajar dan bekas pelajar Kolej WIT!
📌 Jangan lepaskan peluang ini untuk berkembang bersama Success Mega Sdn Bhd!
11/02/2026
📢 SESI TAKLIMAT KERJAYA BERSAMA PERKESO
Semua pelajar Kolej WIT dijemput untuk menghadiri Sesi Taklimat Kerjaya bersama PERKESO yang akan diadakan seperti berikut:
🗓 Tarikh: 11 Februari 2026
⏰ Masa: 11.00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Besar (Mr. David)
Taklimat ini akan memberi pendedahan mengenai Labour Market Exchange (LMX) dan MyFutureJobsGalaxy, serta panduan persediaan menghadapi dunia pekerjaan termasuk cara penyediaan resume yang berkesan.
🎯 Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada semua pelajar.
Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu dan meningkatkan keyakinan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya!
31/12/2025
Dari hati yang ikhlas, Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua di Kolej WIT! Mari mulakan tahun baru dengan semangat baru dan peluang hebat. Jadikan setiap cabaran sebagai langkah untuk berjaya, dan setiap pengalaman sebagai ilmu untuk terus berkembang. Bersama-sama kita capai impian dan kecemerlangan. ✨
27/11/2025
📢 PELAKSANAAN HARI MENGUNDI MPP SESI 2025/2026
Dimaklumkan bahawa Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej WIT bagi sesi 2025/2026 akan diadakan seperti berikut:
🗓 Tarikh: 27 November 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Tempat: Dewan Besar V. David
Tujuan utama pilihan raya ini adalah untuk:
✔ Memberi peluang kepada pelajar memilih wakil MPP yang berwibawa.
✔ Mendidik pelajar mengenai proses demokrasi dalam kepimpinan pelajar.
Semua pelajar diwajibkan hadir mengundi mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Watikah Pelantikan MPP p**a akan dijalankan serentak dengan Majlis Penutup Sukan Kolej WIT.
Mohon kerjasama semua untuk hadir dan menjalankan tanggungjawab sebagai warga kolej.
Terima kasih! 🙌
17/10/2025
📢✨ PROGRAM CELIK JENAYAH SYARIAH ✨📢
Terima kasih diucapkan kepada semua staf dan pelatih Kolej WIT atas kerjasama serta kehadiran dalam Program Celik Jenayah Syariah yang telah berlangsung pada:
📅 17 Oktober 2025 (Jumaat)
📍 Dewan V.V. David
⏰ 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang (PAID Klang) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Kolej WIT.
Semoga ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita semua terhadap isu-isu jenayah Syariah dalam masyarakat. 💡
Terima kasih atas komitmen dan semangat semua yang terlibat! 🙏
10/10/2025
🎉 TAHNIAH & TERIMA KASIH! 🎓
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pelatih, cikgu dan staff Kolej WIT yang telah menjayakan Program Ceramah Pocket Talk: Penguatkuasaan Akta Produk Merokok (Akta 852) 🚭
Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej WIT dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Klang ini telah berjalan dengan lancar pada:
📅 10 Oktober 2025 (Jumaat)
📍 Dewan V.V. David, Kolej WIT
Semoga ilmu dan kesedaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada semua warga kolej dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan bebas asap rokok. 🌿
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini! 💪