SK Sungai Udang

SK Sungai Udang

Share

..proud being here

08/05/2026

๐Ÿ“ฃ HEBAHAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI UDANG 2026 ๐Ÿ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan penuh sukacita, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Udang menjemput semua guru, AKP, AJK PIBG serta seluruh warga sekolah untuk hadir memeriahkan:

๐Ÿ… KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI UDANG 2026 ๐Ÿ…

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Padang SK Sungai Udang

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai bagi menyemarakkan semangat kesukanan serta memberi sokongan kepada para murid yang bertanding.

โœจ โ€œBersukan Membentuk Sahsiah, Membina Kecemerlanganโ€ โœจ

Sekian, terima kasih.

Photos from SK Sungai Udang's post 01/05/2026

Pergi ke pekan membeli bunga,
Bunga melur harum baunya,
Atma Tari melakar juara,
Mengharum nama penuh bergaya.

Indah langkah seiring lagu,
Gerak tari penuh pesona,
Usaha gigih membuahkan mutu,
Kejayaan diraih bersama-sama.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Atma Tari atas kejayaan cemerlang meraih Naib Johan Taโ€™seem Daerah Klang 2026!

Kejayaan ini bertambah manis dengan pengiktirafan Susunan Lagu Terbaik serta Penari Lelaki Terbaik โ€” satu bukti bakat, disiplin dan komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan pencapaian ini โ€” jurulatih, guru pembimbing, anak-anak tari yang penuh dedikasi, serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Teruskan bersinar dan mengharumkan nama sekolah!

Anugerah yang diperoleh:

1. Naib Johan Taโ€™seem Daerah Klang 2026
2. Susunan Lagu Terbaik
3. Penari Lelaki Terbaik ๐ŸŽ‰

Syabas dan tahniah! ๐ŸŽ‰

01/05/2026

๐ŸŽ‰Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bahas SK Sungai Udang atas pencapaian dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Peringkat Daerah Klang 2026.

๐Ÿ… Tempat Keempat Bersama

๐Ÿ…Pendebat Terbaik Pusingan Kedua (Nur Qaisara Batrisya)

๐ŸŒนUcapan penghargaan dan terima kasih turut ditujukan kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang terlibat relief atas komitmen, sokongan dan kerjasama sepanjang latihan dijalankan.

๐ŸŒŸSemoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengharumkan nama sekolah.

#โœŠ๐ŸผMisiNegeri2028โœŠ๐Ÿผ

01/05/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸ

Albamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada:

๐Ÿ‘ Dhiyaโ€™a Areesa binti Mohd Fairuz (5 KREATIF) telah mendapat

๐Ÿฅˆ Naib Johan
Anugerah NILAM Pendidikan Khas
Peringkat Daerah Klang 2026

๐Ÿ’ Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

Tuan Guru Besar atas sokongan dan kehadiran
Ibu bapa atas dorongan berterusan
Guru-guru yang terlibat termasuk guru relief
PPM serta semua pihak

yang telah memberikan kerjasama dan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan ini.

โœจ SKSU Cekap, Efektif & Merealisasikan Pendigitalan โœจ

01/05/2026

๐ŸŒŸ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŒŸ

Sekalung tahniah diucapkan kepada:

๐Ÿ† Dhia Areesa binti Mohd Fairuz (5 Kreatif)

๐Ÿ† Muhamad Afif Aiman bin Azman (4 PKB Zamrud)

Guru Pembimbing: Siti Sarah bt Abdul Wahab Shaari @ Shaarani

atas kejayaan meraih:

๐Ÿฅ‡ JOHAN
Drone Edu Challenge IR 4.0
Kategori Pendidikan Khas Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Selangor

๐ŸŽ– Majlis Digital Utilisation Technology Awards 2025 (DUTA)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ผ Tuan Guru Besar yang turut hadir memberikan sokongan,
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Barisan pentadbir
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ Guru-guru serta
๐Ÿค PPM

dan semua pihak yang telah membantu sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyertaan dan kejayaan ini.

โœจSKSU Cekap, Efektif & Merealisasikan Pendigitalan

Photos from SK Sungai Udang's post 23/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet sekolah yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pelbagai pertandingan dan kejohanan. Kejayaan yang diraih ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang tidak pernah luntur.

Kalian bukan sahaja membuktikan kemampuan diri, malah menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. Pengorbanan masa, tenaga dan komitmen yang diberikan amat dihargai dan menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Teruskan berusaha, kekalkan semangat, dan jadilah contoh terbaik kepada generasi seterusnya.

Syabas dan tahniah!

Photos from SK Sungai Udang's post 13/04/2026

๐ŸŒŸ UCAPAN TERIMA KASIH & TAHNIAH ๐ŸŒŸ

KEM KEPIMPINAN BESTARI 2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua peserta Kem Kepimpinan Bestari 2026 atas komitmen, disiplin dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Keberanian untuk mencabar diri, kesungguhan dalam setiap aktiviti serta semangat kerjasama yang dipamerkan adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada guru-guru pengiring yang begitu komited, sabar dan berdedikasi dalam membimbing serta memastikan setiap perjalanan program berjalan dengan lancar, teratur dan penuh bermakna. Pengorbanan masa, tenaga dan usaha cikgu semua amat dihargai dan menjadi tulang belakang kejayaan kem ini.

Sekalung penghargaan juga kepada ibu bapa/penjaga yang sentiasa memberi kepercayaan, sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan penyertaan anak-anak dalam program ini. Tanpa sokongan anda, kejayaan ini pasti sukar dicapai.

Semoga segala pengalaman, ilmu dan nilai kepimpinan yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga untuk membentuk jati diri, meningkatkan keyakinan serta melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berakhlak mulia.

Teruskan melangkah dengan yakin,
pimpin diri untuk memimpin masa depan.

โœจ Syabas dan tahniah kepada semua! โœจ

Photos from SK Sungai Udang's post 31/03/2026

SUMBANGAN PIBG & BAYARAN TAMBAHAN 2026

SettlePayz 31/03/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN RASMI

Sesi Kutipan Sumbangan PIBG & Bayaran Pelbagai SK Sungai Udang, Klang

Dimaklumkan bahawa kutipan Sumbangan PIBG & Bayaran Pelbagai akan mula dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh Mula Kutipan:
1 April 2026 (Rabu)

Kaedah Kutipan :

1. Melalui platform settlepayz.com (VERSI 2)

โธป

๐Ÿ’ป KAUNTER BANTUAN PEMBAYARAN DISEDIAKAN

Bagi memudahkan ibu bapa/penjaga membuat bayaran, kaunter bantuan akan dibuka seperti berikut:

๐Ÿ“… Hari: Rabu
๐Ÿ•— Masa: 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Makmal Komputer 2

โธป

๐Ÿ“Œ Ibu bapa/penjaga digalakkan membuat bayaran secara dalam talian melalui platform yang disediakan. Pada tahun ini pihak sekolah menggunakan platform baharu yang Settlepayz versi 2.
๐Ÿ“Œ Kaunter ini bertujuan membantu bagi yang memerlukan panduan atau menghadapi kesukaran.

โธป

โœจ Kerjasama dan sokongan semua amatlah dihargai demi kecemerlangan anak-anak SK Sungai Udang.

PIBG, SKSU

SettlePayz The new way to manage bills

28/03/2026

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

*PANDUAN TATACARA PEMAKAIAN MURID TAHAP 2*

๐Ÿ”ธ Kebenaran pemakaian ini Berkuat kuasa mulai 30 Mac 2026 sehingga satu makluman baru dikeluarkan.

๐Ÿ“ŒKerjasama dan perhatian daripada ibu bapa serta murid amat dihargai.

Terima kasih.

Unit Disiplin SKSU

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


SK Sungai Udang, Jalan Yadi
Klang
41250