12/11/2019
❄PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN GERAN KECIL TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2019❄ @ SMK Tinggi Klang
Instagram: @smktinggiklangofficial
Twitter: @smktkofficial
12/11/2019
❄PROJEK PENUAIAN AIR HUJAN GERAN KECIL TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR 2019❄ @ SMK Tinggi Klang
25/07/2019
Hello Highschoolians semua! Nak menang RM100 dari PSS SMK Tinggi Klang tak?
So kena buat apa? Easy!
1️⃣ Follow instagram
2️⃣ Post pic paling awesome dan cool anda berkaitan AKTIVITI MEMBACA DI SEKOLAH.
3️⃣ Ehem...caption kena kreatif eh.
4️⃣ Eh, jangan lupa tag dan letakkan hashtag tau.
5️⃣ Hantarlah sebanyak mana tapi tarikh tutup ialah 25 OGOS 2019 ye.
6️⃣ Publickan akaun anda.
7️⃣ Pemenang dipilih dari segi gambar yang kreatif dan caption yang menarik.
8️⃣ Keep calm and Tawakal 😍
11/05/2019
KLANG, 4 Mei - Pertandingan Kawad Kaki Kadet Daerah Klang 2019 yang telah berlangsung di SMK Bukit Tinggi menyaksikan pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS) kita meraih tempat ketiga Kawad Kaki Penuh kategori pasukan, dan tempat kedua Ketua Platun Terbaik kategori individu! 🏆🏆🏆 Tahniah buat anakanda Muhamad Alif, Airul Afiff, Muhammad Aiman Danish, Muhammad Zamir Irsyad, Mohamad Nazrul Haqeem, Muhammad Faiq Izzuddin, Muhammad Farhan, Muhammad Faiz, Muhammad Danish, Muhammad Addin Zaid, Muhammad Shazwan, Muhammad Alif Irfan, Najmi Hussaini, Addineil Haq, Muhammad Danish Zikry, Muhammad Farhan Nazmy, Muhammad Harith Danial, Muhammad Lukhman, Muhammad Nifael, Aqil Dzafran, Nor Harith Akmal, Ahmad Danial Adham, Muhammad Amir Hazimi, Muhammad Irfan Nabil, Muhammad Shahmi, Muhammad Danish Iqram, Muhammad Iman Fitri, Muhammad Zamirul Aqil, Muhammad Amin, Muhammad Akmal Dani, dan Muhammad Azfar Azmil, yang dibimbing oleh Cikgu Norashikeen, Cikgu Zakia, Ustazah Nor Hafizah, Ustaz Akram Hijri, Cikgu Siti Salbiah, Cikgu Cik Zawiyah, Cikgu Rosmawi dan Cikgu Nizam! 👏👏👏
11/05/2019
KLANG, 30 April - Pertandingan Forum Remaja Bahasa Melayu Daerah Klang yang telah berlangsung di SMK Rantau Panjang telah menyaksikan pasukan kita meraih tempat kedua! Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anakanda Muhammad Hazeeq, Muhammad Ziyad Hazim, Raif Ikram, Ahmad Kashfy dan Ahmad Fitri, di bawah bimbingan Cikgu Norani, Cikgu Fairoz, Cikgu Siti Azlin dan anakanda Tazrin, di atas kejayaan ini! 🏆
11/05/2019
SHAH ALAM, 16 April - Athlexic Cup, anjuran The Jay dengan kerjasama KPM, telah berlangsung di Utropolis Marketplace, di mana murid-murid bertanding dalam e-games FIFA 19. Pasukan U15 kita yang terdiri daripada anakanda Farhad, Muhammad Izz Isyraf, Muhammad Aiman Nifail, Muhammad Shazwan dan Muhammad Aqram Syazwan, serta pasukan U17 kita yang terdiri daripada Muhammad Redzuan, Khairul Ikhwan Arsyad, Muhammad Alif Haikal, Faris Haikal dan Amir Asyraaf, di bawah bimbingan Cikgu Ariza telah berjaya meraih tempat kedua dalam kedua-dua kategori U15 dan U17! Setinggi-tinggi tahniah! 🏆
09/05/2019
SUBANG JAYA, 18 April - Tahniah diucapkan kepada Cikgu Nurulnadian kerana telah dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik (Kajian Tindakan) dalam Kolokium Pendidikan Tingkatan Enam Peringkat Zon Tengah Kebangsaan 2019! 🏆
09/05/2019
KLANG, 13 April - Majlis Anugerah Kecemerlangan 2019 telah berlangsung di Dewan Putera, dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ng Seing Liong PJN, J.P., Timbalan Presiden Persatuan Bekas Murid Sekolah Tinggi Klang (HSK OBA). Majlis ini diadakan untuk meraikan murid-murid yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam STPM, SPM dan PT3 pada tahun 2018, dan juga dalam Peperiksaaan Akhir Tahun 2018. Tidak dilupakan juga ialah panitia-panitia yang memperoleh peningkatan prestasi dalam peperiksaaan awam yang sama. Semoga dengan adanya majlis ini, dapat menyemarakkan lagi semangat terus maju dan cemerlang dalam diri murid-murid dan guru-guru.
09/05/2019
KLANG, 8 April - Satu Majlis Perpisahan Guru telah diadakan di Dewan Putera bagi meraikan Cikgu Masitah, Cikgu Razak, Cikgu Abdul Khalid dan Cikgu Norita Akma yang telah pun berhijrah ke sekolah baharu. Bagai kaca terhempas ke batu, hibanya hati Tuhan yang tahu. Berpisah badan, dilupa jangan. Jasamu dikenang selalu, cikgu. Semoga terus sukses di sekolah baharu.
09/05/2019
KLANG, 5 April - Sambutan Hari Guru 2019 peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Putera bersama-sama seluruh warga sekolah, dan diserikan dengan kehadiran YDP dan ahli PIBG. Selepas bacaan doa dan ucapan serta ikrar guru, majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan murid antaranya 'lion dance', tarian, nyanyian dan persembahan 'brass band' sekolah. Terima kasih buat semua ibubapa dan murid yang turut sama meraikan hari istimewa buat guru pada hari ini.
04/04/2019
Sekalung tahniah buat pasukan bahas Bahasa Melayu kita yang telah menjadi Naib Johan peringkat negeri Selangor! Syabas! 🏅🏅🏅🏅🏅
04/04/2019
KLANG, 20 Mac - Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-85 SMK Tinggi Klang telah berlangsung di Padang Sekolah dan dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Tan Boon Seng @ Krishnan, P.S.M.D.S.P.N.S.M.S, selaku Presiden Persatuan Bekas Murid Sekolah Tinggi Klang. Tahniah buat semua atlet yang bertanding dan setinggi-tinggi tahniah buat Rumah Ross selaku Juara Keseluruhan Kejohanan Kali Ke-85!
20/03/2019
KLANG, 20 Mac - Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan ragbi B18 kita yang telah meraih Johan dalam Kejohanan Ragbi MSSD Klang 2019! Sekalung penghargaan juga buat Cikgu Khai dan Ustaz Akram selaku guru pembimbing. Syabas buat semua! 🏆
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |