Muhd Fitri Shah Official

Muhd Fitri Shah Official

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muhd Fitri Shah Official, Personal coach, Klang.

27/06/2023

1 ARAHAN PENDEK, KELAS BERSIH!

Dgn 1 arahan ringkas, 13 perkara terlaksana. Ini realistik. Ini saranan daripada Al-quran. Bilamana Allah perintahkan kita "dirikan solat!", kita tahu solat itu wajib dilaksanakan dgn 13 rukun wajib.

Mari kita fokuskan dgn isu: 'kelas kotor dgn sampah'. So, pointnya adalah SAMPAH.

"Bila saya sebutkan perkataan SAMPAH, pandang kanan, kiri, atas dan bawah." Guru menerangkan arahan.

"Nampak sampah, kutip & buang dalam tong sampah, tak kira sampah siapa." Sambung guru.

"SAMPAH, 1 MINIT DARI SEKARANG!" Arahan dari guru dilaungkan.

Kaedah ini boleh dilaksanakan di mana sahaja & pada bila-bila masa. Masa perlu diberikan supaya murid bersegera melaksanakan arahan.

Hasilnya, sampah-sampah besar sudah tidak kelihatan. Habuk-habuk tu sap**ah guna penyapu. Jenuh nak kutip nanti haha

Ada isu?komen di ruangan komen. Selamat mencoba 🤗

27/06/2023

PERANAN GURU BUAT SAYA JATUH HATI

Ops! Bukan jatuh hati pada mana-mana guru ya. (Tapi apa salahnya kan?) Haha

Hari ini saya sedar (tak tahulah sedar kali yg ke berapa haha) saya sudah tidak banyak masa untuk memberi manfaat kpd org lain.

So, motif posting kali ini tak lain tak bukan, juz nak isytiharkan yg SAYA MINAT JADI GURU dan akan cuba BERKONGSI IDEA pada isu-isu berkaitan guru.

So, pada sekelian insan bergelar guru takenote & get ready! Hehe

Semoga bermanfaat. Ok bye 🤭
*Gambar sekadar hiasan

05/11/2022

JANGAN LEPASKAN PELUANG GAISS!!

05/11/2022

Kita berprogram lagi!😎

30/07/2022

BILA SESEKALI KENA PRANK, ADAKAH ANDA BERSEDIA? On the spot kena ganti penceramah & ganti nama majlis! Sempena 1 Muharram 1444H, Salam maal hijrah buat semua 🙋

06/07/2020

Intro (Last part) : MALAM TERAKHIR

Acara dimulakan dgn setiap pelatih di'isi' oleh Bhai selaku Tengku di jiwa ketua tertinggi perguruan, seorang demi seorang. Mereka yg telah di'isi' akan mula diperturunkan ilmu dan terlihat seperti org kerasukan.

"Eh, kenapa mereka semua mcm kena rasuk hah?" Soal Fendi seraya mencuit bahu Adi.

"Entah. Masa 14-san hari tu aku dengar Pak Bidin kata, malam nih ada penjaga dan khadam tunggu tepi gelanggang.." Adi memandang Fendi.

"Oh camtu..betullah Wak Lan gayung kata org belajar silat nih ada penjaga..untung-untung dapat pak kiyai kan.." Fendi senyum terhangguk-hangguk.

Mereka berdua pelatih baru dalam dunia persilatan. Minat mendalam dalam mencari kekuatan dan kehebatan diri menjerumuskan mereka ke dalam khabar angin yg mengasyikkan.

"Hey kawann..korang tahu siapa 'penjaga' atau 'khadam' tuu?" tiba-tiba satu suara lelaki terpacul dari arah belakang mereka.

"Pak Bidin kata mereka semua tu 'malaikat'. Eh, kau siapa hah?" Adi menjawab spontan. Mereka terkejut.

"Jangan terpedaya kawan..Malaikat hanya taat kepada perintah Allahhh..kalau korang nak tahu, khadam itu adalah jinnnn.." Lelaki itu menjawab lagi dan berlalu pergi. Mereka berdua terkedu. Terpinga-pinga seperti tidak percaya.

Keadaan semakin tak keruan. Mereka yg telah siap 'diisi' mula bersilat. Ada p**a seperti menggila. Bhai tersenyum puas kerana ritual malam ini berjalan lancar. Perlahan-lahan Bhai mendaki anak tangga menuju ke balai seri utama.

"Dengar sini semuaa!. Dari malukut engkau datang, malukut hina ditepi ancak, aku seru, aku pujaaa..mari ke mari, marilah engkau menyatuuuu dgn berkat LAAA ILAHAAA.." berderu-deru bhai membaca mantera.

"Assalamualaikumm ya makhluk Allahhh..Masya-Allah!" Tiba-tiba satu suara memecah kerancakan upacara itu. Bhai terhenti bacaan lalu memandang tajam ke arah empunya suara itu.

"Siapakah 'syaitan' yg berani bersuara itu? " Suara keras Bhai begitu menggegarkan suasana.

"Cis, apakah syaitan yg bersuara atau sebenarnya syaitan-lah org yg sdg memandu perguruan biadap iniii?" Muncullah seorang lelaki dgn mengenakan baju-T dan seluar panjang lusuh warnanya.

"Hey budak, apa kau merepek nihh? kau dah lama hidup ya?" Badik menegur.

"Hey budak, sungguh biadap tutur bicaramu!" Mamat p**a mencelah.

"Hey budak, lebih baik kau keluar cepat. Sebelum apa-apa jadii. Tengku dah marah tuu!" Zali p**a mengarah.

Mereka bertiga adalah Mangku-mangku kanan Bhai. Jarang-jarang mereka bersuara. Tetapi kali ini seperti marah benar gayanya.

Lelaki itu masih tetap berdiri selamba di situ. Pasti bukan calang-calang orangnya.

"Baguss! Maka malam ini kaulah bakal mangsanyaaa. Itu yg perlu kau bayar syaitannn!" Bhai yg sejak tadi mendiamkan diri tiba-tiba berdiri sambil mendepakan tangannya. Angin tiba-tiba mula bertiup kencang.

Lelaki itu masih tenang dan mula tersenyum sinis.

"Masya-Allahh..ini 'ilmu Sulur bumiii'.. kesesatan kau semakin jauh Bhaii.." Bisik hatinya.

Tiba-tiba sahaja Bhai telah berada di hadapan lelaki itu. Lelaki itu mula kumat kamit. Kali ini Bhai berdesup ke belakang lelaki itu. Tidak lama kemudian ke kiri, kanan, atas dan bawah. Lelaki itu masih berdiam dan bertahan.

"Jangan ganggu urusan aku syaitann!" Bhai bersuara. Kali ini pertarungan fizikal tidak dapat di elakkan. Setiapkali Bhai melancarkn serangan, lelaki itu menahan dan menyerang kembali.

"Syaitan tidak bertawakkal kpd Tuhan-Nya sedangkan aku serahkan jiwaku di tangan-Nya!"Lelaki itu membalas. Pertarungan makin rancak.

"Kau jangan cuba merosakkan kelancaran majlis ini!"Tiba-tiba Zaki masuk campur. Kali ini lelaki itu terpaksa berhadapan dgn dua lawannya.

"Kau telah membunuh org kanan aku, kau akan terima padahnyaaa!" Bhai p**a bersuara.

"Muhammaaaad!berhentiii!" tiba-tiba terdengar jeritan daripada seorang lelaki tua.

"Ah, itu Pak Tua." Buk! Serangan Bhai mengenai sasaran. Lelaki itu terpelanting dan melanggar tangga balai seri itu lalu berpusing ke tanah. Pak Tua segera berlari dan mendapatkan lelaki itu. Lelaki itu yg masih menahan kesakitan kembali menyusun kekudanya. Ternyata hanya dgn satu serangan, lelaki itu telah mengalami kecederaan. Di bibirnya mula mengalir darah. Ternyata serangan Bhai bukan kosong-kosong.

"Oh nama syaitan ni Muhammad..humm kau siapa nak bercakap ttg tawakkallll.."

"Lihat pakaian kau! Langsung tidak melambangkan apa yg kau bicarakan syaitannn.." Bhai melangkah ke hadapan Zaki dan Badik. Bhai tersenyum sinis.

"Anak, dari tadi kau memanggil Muhammad 'syaitan'..apakah kau benar-benar kenal dgn syaitan? atau sebenarnya kau yg bersekongkol dgn syaitan?" Pak Tua bersuara mempertahankan Muhammad.

"Kau diam org tua! Sekali aku ba.." Badik mencelah.

"Badik, cukup. Biar beta 'bahasa'kan org tua nih." Bhai menunjukkan isyarat diam. Badik terdiam.

Suasana yg hingar-bingar tadi senyap tiba-tiba. Masing-masing tertumpu ke tengah gelanggang itu.

21/06/2020

Intro (akhir part 1): MENGASAH KEAMPUHAN ILMU

"Aku bukan bomoh..dan bukan mcm bomoh-bomoh tu..diorang tu menuntut, aku nih dapat 'anugerah'..org jawa kata, 'ketiban'.."Pak Nan berseloroh.

Walaupun berseloroh, maksudnya sangat dalam. Kelebihan yg dimiliki Pak Nan itu disifatkan olehnya lebih sempurna berbanding mereka yg bersusah payah menuntut ke sana ke mari. Bak kata org, skrg zaman smartstudy dan bukan lagi zaman hardstudy.

"Oh..jadi wak boleh nampak-nampak tu sbb ilmu rahsia wak la nih?"Ajak meneka. Pak Nan tersenyum sinis.

"Hey org tua! how dare youuu.." tiba-tiba Rina mengherdik. Semua yg berada di situ terkejut. Dgn sekejapan mata, satu penumbuk hampir-hampir hinggap ke p**i Pak Nan. Mujur dia sempat menepisnya.

"kalau kail sejengkal, jgn lautan hendak didugaaa!"

Satu lagi tumbukan dilepaskan Rina. Tumbukannya segera ditarik dan satu sepakan dilepaskan tepat ke tulang kering lawannya. Bam! Pak Nan berpusing dan terhempas.

Belum sempat Pak Nan menyusun langkah, Rina telah berada di hadapannya dan melancarkan semula serangan. Bertubi-tubi serangan kaki dan tangan tetapi dapat ditepis Pak Nan.

"Kau ingat kau hebat? Mari tunjukkan apa yg kau adaa!"Rina sekali lagi menjerit dan menyerang bertubi-tubi. Kali ini lebih berat dan mengenai sasaran.

Ajak & Wan hanya mampu melihat. Ketangkasan Rina benar-benar di luar jangkaan mereka. Walaupun mereka pandai bersilat, belum muncul lagi keberanian mereka utk mencampuri pertarungan itu.

Rina yg mereka kenal adalah seorang gadis lembut dan bukan pesilat profesional. Rasukan itu benar-benar merubah sifat asalnya.

"Arkkk.." Suara Pak Nan seperti tersekat di kerongkongnya. Tumbukan terakhir Rina tadi tepat mengenai batang lehernya.

"Ehehe..cuma ini ke jurus persilatan kau org tua? Anugerah konon. huh, Aku dah selesai.." Rina tersenyum sinis.

"Arkk..arkk kauuu..kauu" Mata Pak Nan terbeliak seperti melihat sesuatu. Dia seperti hilang arah bila setiap tepisannya tetap mengenai sasaran. Tepis tangan, perutnya mengena.

Tidak lama kemudian Rina jatuh terlentang tidak sedarkan diri. Serentak itu Pak Nan, jatuh dan darah meleleh di tepi bibirnya. Mulutnya terherot-herot seperti menahan sakit yg teramat. Matanya masih terbeliak.

Pak Nan bingkas duduk bersila dan memusatkan kembali tenaganya. Bam! sekali lagi dia terbaring seolah-olah diserang sesuatu.

"Ajak, kau tengok Rina!"Wan berteriak. Dia lantas mendapatkan Pak Nan.

"Dia..dia..berdua..arkkk.."tubuh Pak Nan kejang. Dadanya meninggi dan tak lama kemudian, Pak Nan menghembuskan nafasnya yg terakhir.

"Ah apa tu?"Fikir si Wan. Dia terdengar desiran angin kuat yg lantas tiba-tiba lenyap. Tubuh Pak Nan yg tadi kuat menggigil, tak lagi bergerak.

"Innalillahi wainna ilaihi roji'un.."
Wan menundukkan kepala. Lantas tangannya menutup mata Pak Nan yg terbeliak itu.

"Rina, Rina.."Ajak memanggil nama si Rina sambil menampar lembut p**inya. Tidak lama kemudian Rina sedar dan membuka mata.

"Ah, ajak, Wan! camne?" Rina lantas duduk memandang mereka berdua.

"Tewas lagi..Pak Nan dah meninggal. Ajak, kau dapatkan tok imam dan org kampung. Aku akan uruskan mayat nih."Wan memberi arahan.

"Camne ni Wan..masuk ni dah 6 orang wehh.."Ajak memegang bahu Wan. Mereka berpandangan. Rina menghela nafas panjang.

"Wann..kerja siapa semua nihh? Aku tak sanggup lah camni lagi..Dari lebih ramai lagi jadi mangsa, baik aku mati je!" Rina mengeluh. Airmata mula membasahi kelopak matanya.

"Rina, tak perlu bercakap macam org takde iman! sabarlah..selepas kesusahan pasti ada kesenangan. Kau kena percaya tu."Wan segera membalas keluhan Rina.

"Cakap mmg senang Wannn..kau tak kena mcm aku.."

"Ah,itu semua alasan. Sepatutnya apa yg terjadi ambil-lah pengajarann. Bukan mengeluh begini.."Wan memandang tepat ke mata Rina. Rina terdiam. Pandangannya jatuh ke lantai kayu rumah itu.

"Aah, sbb tu-lah aku takkk..ah, Wann..dia datang lagii ahhh.."Rina tiba-tiba menjerit kecil. Wan terkejut. Rina pengsan semula. Dia kerasukan lagi!

"Assalamualaikuuumm!" Muhammad muncul di muka pintu diikuti Ajak dan tok imam.

"Walaikumussalamm..Ajak, Rina pengsan lagi!"Wan berteriak.

Ajak terkejut dan mendapatkan Rina. Muhammad melangkah masuk menuju ke arah Ajak dan Rina. Tok imam mendapatkan Wan dan jasad Pak Nan yg terbujur kaku.

"Waqul ja-al haqqu.."
"A'uu..dzubikalimatillahi taam maa ti kullihinn..min syarrima kholaq.." Bibir Muhammad mula terkumat-kamit.

"Haaa..ahahaha..haaa". Rina tiba-tiba bersuara dan tegak berdiri sambil menarikan gerakan silat. Kali ini dimulai dgn derai tawa. Tak seperti sebelum-sebelum ini.

"Masya-Allahh. . .ini bunga silat Harimau jatian Lima. Kau pemfitnah!" Muhammad mengeraskan suara kpd Rina. Ajak dan Wan terpinga-pinga.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Malam itu seperti yg dijanjikan, pelatih-pelatih perguruan silat Makrifat Wali Aji yg terpilih mula berkumpul di 'Balai Seri'.

Hujan renyai-renyai sedikit menambah rasa dingin. Sesekali kelihatan sisa-sisa asap yg datang dari bakaran kemenyan di 4 penjuru 'balai seri' itu. Alunan serunai dan 'cumplingan' menggamatkan suasana. Terasa seperti masuk ke alam era tanah melayu zaman Temasik & Majapahit.

Tidak lama kemudian, muncullah Bhai dan org-org kanannya ke pentas tertinggi di balai seri itu. Semua yg hadir mengangkat tangan isyarat menyembah di kepala atas kedatangan mereka.

"Sukacitanya, kami sebagai Mangku diraja amat berbesar hati atas kehadiran tuan hamba semua ke istiadat penabalan ilmu batin perguruan silat makrifat Wali Aji kali yg ke-7 ini.." Badik, selaku Mangku Laksamana memulakan acara.

APA BERLAKU KEPADA RINA YG KERASUKAN TADI? APA KESUDAHANNYA KISAH DI BALAI SERI ITU?NANTIKAN SAMBUNGANNYA..

18/06/2020

Ingatan bersama..😘

16/06/2020
12/06/2020

Intro (sambungan) : KUASA VS TENANG

"hiah..hiah..hiah..!" Kedengaran riuh-rendah suara pelatih-pelatih silat.

Di suatu sudut, kelihatan beberapa lelaki dan wanita sedang duduk memerhatikan pelatih-pelatih itu berlatih.

"Bhai, diorang semua ni dah masuk fasa terakhir perguruan kita. Dah sampai masa.." Uswa terhenti kata. Lelaki yg selaku ketua mereka menunjukkan isyarat berhenti.

"Ya..aku tahu. Kau tak perlu ajar aku. Aku memang dah dapat 'petunjuk' utk nextstep." Lelaki itu tersenyum sinis.

"Kami semua dah get ready Bhai. Tinggal tunggu arahan utk defend. Barang-barang utk ritual juga dah sedia." Lan botak memberi info.

"Dont worry guys.. Siap wirid malam nanti, panggil semua turun ke 'balai seri'.."

"Ok Bhai. Roger." Semua menjawab serentak.

Bang!. Tiba-tiba pintu pusat latihan itu terbuka dilanggar oleh dua pelatih. Mereka kesakitan, seperti dibelasah seseorang. Semua pelatih yg ada di situ bersiap sedia.

Tidak lama kemudian pintu dikuak seseorang. Muncul beberapa lelaki yg tak dikenali melangkah masuk.

"Ahahaha.." Salah seorang drpd mereka ketawa sambil bertepuk tangan. Pap,pap,pap!.

Bhai dan beberapa 'orang kanan'nya kelihatan tenang menyambut 'tetamu yg tidak diundang' itu.

"Well,well, well..dlm ramai-ramai orang kat sini, kau yg paling menakutkan..humm aura kau.."Lelaki itu mula meneka.

"Kau ke Pak Leman? Founder, fighter or..loser.." Lelaki itu mencebik. Merendah-rendahkan 'tuan tanah' pusat latihan itu.

"ehehe..Siapa 'pak leman'? Aku, Sulaiman. Pak Leman aku tak kenal. hehe.."

Sulaiman. Juga digelar Bhai oleh pengikutnya. Founder perguruan silat makrifat wali Aji. Pewaris Mahaguru Haji Ali Kesumo, bangsawan lama Pulau Wali, seorang pejuang penentang penjajahan tanah jawi. Dikhabarkan memiliki kuasa sakti rahsia keturunan seorang wali di tanah melayu yg mampu mengalahkan musuh dari jarak jauh dan boleh menghilangkan diri dan berjalan di atas angin.

"Aku Tapa. Mustafa. Aku b*k dengar kisah kau..mmg aku mengidam nak jumpa kau, hiahh!". Tapa mula menerkam Bhai.

Bhai kelihatan tenang. Orang-orang kanannya bersiap sedia dgn sebarang kemungkinan. Semua yg ada di situ berdiam. Pertembungan mereka berdua mmg tidak dapat dielakkan.

"ark..arkkk.." Tapa tiba-tiba kaku seperti tercekik.

"Aku tak ada urusan dgn kau.." Terlihat bibir Bhai berkata-kata.

Bam!. Tapa jatuh terlentang sambil matanya terbeliak dan mulutnya ternganga. Tubuhnya menggelepar seperti ayam yg disembelih. Rakan-rakan yg turut bersamanya tadi datang mengerumuninya.

"Dia terkena 'ajian warisan Sulaiman' ..nah, ambil debu ini dan sapukan di perutnya.." Bhai menumbuk lantai marmar di kakinya dan mengambil debu pecahan tumbukannya tadi, lalu menghamburkannya ke arah Tapa dan rakan-rakannya.

Seorang drpd rakan Tapa menyambut debu itu. Tanpa melengahkan masa, disapukan debu itu ke perut Tapa.

Tak lama kemudian, Tapa kembali tenang dan mulai normal. Anak matanya tidak melepaskan wajah Bhai. Rakan-rakannya mulai tenang. Tapa masih terbaring. Belum ada kekuatan utk bangun.

Bhai berlalu pergi diikuti orang-orang kanannya. Sebelum keluar melepasi pintu keluar, Bhai sempat menjeling kepada Tapa. Tapa tersenyum sinis.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kedengaran alunan ombak disertai gerimis yg semakin melebat. Sesekali bunyi guruh membatuk. Awan yg memutih contang-canteng dgn warna kemendungan.

"Ayahh..ayahh.." Terdengar jeritan seorang anak remaja memanggil bapanya.

Terpampang kelibat seorang lelaki tua berkopiah sedang menarik jala ke atas perahu. Baju putih dan seluar paras betisnya semakin membasah. Ombak semakin bengis. Jeritan anak remaja itu langsung tidak menjejaskannya.

"Bism i l l a hilladzi..la yadhurru ma'as mihi.." Lelaki tua itu kumat-kamit membaca sambil matanya sekejap-sekejap memandang ke langit dan sesekali ke arah ombak di hadapannya.

Anak remaja itu terlihat lelaki tua itu dan mendekatinya.

"Pokciiikk..ada nampak ayah saya dok? Dia ke laut subuh tadi..la ni tok kelik lagii..ada tok pokcik?" Lelaki tua itu menggeleng. Bibirnya masih kumat kamit.

"Eh pokcik, nampak macam ada oghe terdampar-lah. Tuuu!" Anak remaja menunjuk ke arah timur pantai berpasir putih itu.

"Mu maghi dulu, mu maghi duluuu!"Lelaki tua itu memberi arahan.

Tidak lama kemudian, dia meluru ke arah pantai dan mendapatkan anak remaja bersama objek yg terdampar itu.

"M a s y a - A l l a h h h . . " Suara lelaki tua itu sedikit keras. Ya, memang sah orang yg terdampar.

Lalu, mereka berdua bersegera mengangkat dan membawa orang itu p**ang kerana guruh kedengaran semakin gegak gempita.

10/06/2020

.Memahami.

'Memahami' bukan ikutkan kemahuan. 'Memahami' itu faham, apa yg PERLU utk kebaikan bersama.😘

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Klang
42500