09/05/2026
📅 Hari : Sabtu
📆 Tarikh : 9/5/2026
✨ PERTANDINGAN KEMAHIRAN AMAL ISLAMI PERINGKAT ZON ✨
Alhamdulillah, pada hari ini Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat telah menyertai Pertandingan Kemahiran Amal Islami peringkat zon yang berlangsung di SRA Rantau Panjang.
Seramai 87 orang peserta telah hadir membawa semangat, usaha dan nama sekolah untuk berentap dalam setiap acara yang dipertandingkan. Setiap langkah yang diambil, setiap latihan yang dilalui dan setiap keberanian untuk tampil ke hadapan merupakan satu kejayaan yang sangat besar dan membanggakan.
Menang bukanlah ukuran utama, kerana keberanian mencuba itu sendiri sudah menjadi satu kemenangan. Jika hari ini masih belum berjaya membawa pulang tempat yang diimpikan, itu bukan bermakna gagal selamanya. Setiap pengalaman adalah pelajaran, setiap ujian adalah kekuatan, dan setiap usaha yang dilakukan pasti mempunyai nilai di sisi Allah.
Teruslah melangkah, jangan pernah berputus asa. Kejayaan tidak datang kepada mereka yang tidak pernah jatuh, tetapi kepada mereka yang terus bangkit dan berusaha walaupun pernah kecewa.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, guru-guru pembimbing, ibu bapa serta AJK PIBG yang turut hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak sepanjang pertandingan berlangsung. Sokongan dan doa daripada semua pihak amat bermakna dalam menyuntik kekuatan buat para peserta.
SRA Bukit Kapar Barat tetap bangga dengan setiap anak-anak yang telah berjuang sepenuh hati. 💚
27/04/2026
MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR
24/4/2026 (JUMAAT)
SESI PETANG
Selamat bersara kepada mantan Guru Besar SRA Bukit Kapar Barat, Ustazah Hajjah Siti Suraya binti Kamat
🌹 Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti, dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan sepanjang tempoh berkhidmat di sini. Kehilangan yang amat dirasai, namun kenangan dan ilmu yang ditinggalkan akan tetap mekar di hati kami.
🌺 Terima kasih kerana telah menjadi nakhoda kapal yang hebat buat sekolah ini. Segala penat lelah dalam memajukan sejolah dan mendidik anak-anak hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
🌸 Semoga Allah SWT memberkati persaraan ustazah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dan sentiasa dalam rahmat-Nya.
"Tuai padi antara nampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan"
Selamat berehat dan menempuh fasa baharu dalam kehidupan. Jasamu tetap dikenang selamanya.
Terima kasih ustazah!
27/04/2026
MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR
24/4/2026 (JUMAAT)
SESI PAGI

31/03/2026
📢 HEBAHAN PENGAMBILAN SIJIL UPKK 2024 & SIJIL PSRA 2025 📢
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Makluman kepada ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 sesi 2025, sijil UPKK (2024) dan sijil PSRA (2025) sudah boleh diambil bermula :-
📅 1 April 2026 (Rabu)
🏫 pejabat sekolah
⌛️ Isnin - Khamis :-
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.00 - 4.00 petang
Jumaat :-
8.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.45 - 4.00 petang
Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga yang berkenaan dimohon untuk hadir ke pejabat sekolah bagi tujuan pengambilan sijil tersebut.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Terima kasih.
30/03/2026
MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN PIBG TAHUN 2026
Tarikh : 1 April hingga 1 Julai 2026
Cara bayaran : online
Link bayaran :-
https://settlepayz.com/
Harap maklum.
30/03/2026
MAKLUMAN KEBENARAN DAN KELONGGARAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN SEMASA CUACA PANAS
28/03/2026
📢 IKLAN JAWATAN KOSONG
PENGAWAL KESELAMATAN
Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat (SRABKB)
SRABKB mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
🔹 Jawatan:
Pengawal Keselamatan
🔹 Lokasi:
SRABKB, Bukit Kapar Barat
🔹 Syarat Kelayakan:
✔️ Warganegara Malaysia
✔️ Lelaki (diutamakan)
✔️ Berumur 21 tahun ke atas
✔️ Sihat tubuh badan dan bebas daripada rekod jenayah
✔️ Bertanggungjawab, berdisiplin serta menepati masa
✔️ Mempunyai pengalaman dalam bidang keselamatan adalah satu kelebihan
🔹 Skop Tugas:
🔸 Menjaga keselamatan kawasan sekolah
🔸 Mengawal keluar masuk pelawat
🔸 Melaksanakan rondaan berkala
🔸 Memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan terkawal
🔸 Mengawal dan membantu murid-murid melintas jalan dengan selamat
🔹 Waktu Bertugas:
(Akan dimaklumkan semasa sesi temuduga)
📌 Cara Memohon:
Sila hubungi pihak berikut untuk maklumat lanjut atau permohonan:
📞 Pentadbiran SRABKB : 03-3392 3690
📞 YDP PIBG: 012-3911456
⏳ Tarikh Tutup:
Terbuka sehingga jawatan diisi
✨ Rebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada warga SRABKB dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan sekolah sentiasa terpelihara.
15/03/2026
PEMAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI dan CUTI PENGGAL PERTAMA
Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
12/03/2026
Majlis Penyerahan Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf Tahun 2026 (sesi petang)
Indah sungguh bunga melati,
Tumbuh mekar di tepi laman,
Berkongsi rezeki tanda prihatin di hati,
Meringankan beban sesama insan.
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Murid Anak Yatim dan Asnaf bagi Tahun 2026 di sekolah. Sumbangan ini merupakan hasil keprihatinan dan sumbangan daripada para ibu bapa serta penjaga murid yang bersama-sama berkongsi rezeki bagi membantu murid-murid yang memerlukan.
Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat memberi kegembiraan kepada para penerima serta meringankan sedikit beban yang ditanggung. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pihak yang telah menyumbang serta menjayakan program ini.
Firman Allah SWT:
"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai itu terdapat seratus biji."
(Surah Al-Baqarah: 261)
Semoga setiap sumbangan yang diberikan dikurniakan pahala yang berlipat ganda serta keberkatan daripada Allah SWT.
12/03/2026
Majlis Penyerahan Sumbangan Anak Yatim dan Asnaf Tahun 2026 (sesi pagi)

09/03/2026
📣 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏 𝐒𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐅𝐀𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 📣
‼️ Permohonan dilakukan secara dalam talian melalui pautan :
https://mylink.la/upsbpi
📆 bermula 𝟵 𝗠𝗔𝗖 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝟯𝟬 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲
𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 :
🔴 Calon, Ibu dan Bapa adalah 𝗪𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
🔴 Lahir 𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 - 𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟮 ( 𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟲 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻)
🔴 Lahir 𝟮 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟬 - 𝟭 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭 (𝗞𝗼𝗵𝗼𝗿𝘁 𝟳 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻)
🔴 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
‼️ 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 ‼️
Baca dengan teliti syarat dan maklumat yang dipaparkan dan ikut setiap arahan yang dinyatakan agar proses permohonan pendaftaran berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.