16/09/2026
IMBAUAN PROGRAM SOLAT HAJAT & CERAMAH MOTIVASI πΈ
Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Program Solat Hajat dan Ceramah Motivasi Tahun 5 & Tahun 6 SRA Bukit Kapar Barat pada 11 September 2026 (Jumaat) bertempat di Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar
Penceramah Jemputan: Ustaz Shamsul Izwadi Bin Taslin
Pengisian: Ceramah suntikan semangat, solat Maghrib, solat Isyak dan solat hajat berjemaah, dan sesi doa selamat bersama ibu bapa dan guru.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada :
Ustaz Shamsul Izwadi atas ilmu dan inspirasi yang diberikan.
Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa, Bukit Kapar atas kerjasama penyediaan tempat.
Barisan guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa yang hadir memberikan sokongan penuh demi masa depan anak-anak. Kehadiran semua membuktikan komitmen tinggi kita bersama dalam menyokong perjalanan akademik dan rohani anak-anak.
Semoga segala usaha, titisan air mata, dan doa yang dipanjatkan pada malam tersebut dikabulkan oleh Allah SWT. Semoga anak-anak Tahun 5 dan Tahun 6 dikurniakan kelapangan dada, kemudahan untuk belajar, dan kejayaan yang cemerlang di dunia serta di akhirat. Amin Ya Rabbal Aalamiin π€²
Semoga kecemerlangan milik anak-anak SRA Bukit Kapar Barat!
Kesungguhan hari ini, kejayaan hari esok!