01/06/2026
Dirgahayu Tuanku! 🌟
Dengan penuh hormat dan takzim, warga SK Taman Klang Utama ingin merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghormatan kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Kami di SK Taman Klang Utama amat berbesar hati dan berbangga dapat bersama-sama menzahirkan rasa hormat dan kesetiaan kepada Baginda Tuanku, simbol kedaulatan dan perpaduan negara. Semoga keberkatan, kesejahteraan, dan rahmat Allah sentiasa menyertai Baginda Tuanku dalam memimpin negara dan rakyat.
✨ Semoga Baginda Tuanku sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan keberkatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin negara. Semoga perpaduan dan semangat cintakan tanah air terus berkembang di kalangan warga sekolah dan generasi muda. ✨
01/06/2026
🌾 Selamat Menyambut Hari Gawai & Pesta Kaamatan! 🌾
Kami di SK Taman Klang Utama mengucapkan Gayu Guru Gerai Nyamai dan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua warga sekolah serta komuniti.
Mari raikan perayaan ini dengan penuh kegembiraan, tradisi, dan semangat perpaduan!
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙
Semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima Allah SWT. Maaf zahir dan batin. 🤍
26/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam Sejahtera 🌸
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga sekolah, guru-guru dan AKP, murid-murid hebat dan cemerlang serta ibu bapa yang dikasihi. 🌙✨
Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
— Surah Al-Kauthar, ayat 2
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahar (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah selain daripada menumpahkan darah korban.”
— Riwayat At-Tirmizi
Semoga kita semua dapat menghayati hikmah ibadah korban dengan memupuk sifat kasih sayang, syukur dan semangat saling membantu sesama insan. 🤍
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat kita semua.
🌙 “Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.” 🌙
Salam Sayang,
Mama GB SKTKU 💐
26/05/2026
✨Tahniah & Syabas ✨
Alhamdulillah… usaha, kerjasama dan semangat luar biasa akhirnya membuahkan hasil 💪🥈
SK Taman Klang Utama berjaya merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Video Kreatif TVPSS Daerah Klang 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru, murid dan warga sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Kemenangan ini bukan penamat, tetapi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang! 🌟
26/05/2026
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar sepanjang berkhidmat. Semoga persaraan membawa seribu kebahagiaan dan ketenangan buat Puan Loh Lee Hwa. Jasamu sentiasa dikenang warga SKTKU 🌸✨
23/05/2026
Jom tengok ramai-ramai 😄
EPISOD KHAS : Sambutan Hari Guru 2026 (Sesi Petang)
Sambutan Hari Guru 2026 (Sesi Petang)Hari : KhamisTarikh : 22.05...
23/05/2026
Jom tonton… kasi support sikit🤍
EPISOD KHAS : Sambutan Hari Guru 2026 (Sesi Pagi)
Sambutan Hari Guru 2026 (Sesi Pagi)Hari : KhamisTarikh : 22.05.2...
23/05/2026
Terima kasih ibu ayah/ penjaga atas kesudian menjual dan menyumbang minyak masak terpakai dan e-waste
Hasil Kutipan
✨ Minyak Masak Terpakai: 215kg
✨ e-waste: 68 barang
Keuntungan hasil kutipan tersebut akan dimasukkan kedalam tabung PIBG SK Taman Klang Utama 💐
📍Tarikh akan datang: 22 Ogos 2026
Terima kasih
Pn. Iryani Farina binti Bahrom
YDP PIBG SKTKU
22/05/2026
Cuti sekolah dah bermula 🌸 Jaga diri, jaga kesihatan dan selamat bercuti semua!