Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang

Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang

Share

Kadet Bomba SMKRP

14/07/2024

Alhamdulillah syukur usaha tidak mengkhianati hasil. Johan platun terbaik dan ketua platun terbaik pertandingan kawad kaki sekolah sekolah daerah klang. Doa kan kami johan ke peringkat negeri pulak 1 ogos nanti.

Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 07/12/2023

:: Makluman ::

Assalammualaikum dan salam madani buat semua warga alumni. Untuk makluman semua sebentar tadi telah berlangsung pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan bagi kategori KRS (Bersemuka bagi 5 terbaik).

Selain itu juga majlis diikuti oleh penyampaian hadiah bagi kategori GO, NGO dan sekolah RENDAH. Makluman tambahan, bagi kategori lainnya telah dilakukan secara dalam talian (rakaman) pada penghujung Oktober tempoh hari.

Alhamdulillah, pasukan kita yg mewakili Negeri Selangor berjaya memperoleh tempat ke-3 bagi kategori GO Platun (L) dan meraih tempat ke-2 bagi Ketua Platun Terbaik GO (L).

Tahniah diucapkan buat Pasukan Kadet Bomba SMKRP dan semua barisan Guru penasihat dan Jurulatih yg terlibat secara langsung atau tidak. Semoga kejayaan ini dapat dipertingkatkan dimasa masa akan datang.

Negeri Selangor juga telah dinobatkan sebagai JOHAN keseluruhan pada edisi kali ini.

Berikut juga adalah keputusan penuh bagi kategori lainnya :-

Keputusan
Sekolah rendah (lelaki)
No 5 sabah
No 4 pulau pinang
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Keplantun
No 5 Negeri sembilan
No 4 Kedah
No 3 Pulau pinang
No 2 johor
No 1 selangor

Sekolah rendah (perempuan)
No 5 perak
No 4 johor
No 3 kedah
No 2 pulau pinang
No 1 selangor

Ketua plantun
No 5 wilayah persetuan putrajaya
No 4 negeri sembilan
No 3 kedah
No 2 pulau pinang
No 1 selangor

Sekolah menengah go (lelaki)
No 5 melaka
No 4 pulau pinang
No 3 selangor
No 2 kedah
No 1 johor

Ketua plantun
No 5 terengganu
No 4 johor
No 3 pulau pinang
No 2 selangor
No 1 melaka

Sekolah menengah go (perempuan)
No 5 negeri sembilan
No 4 wilyah persetuan kuala lumpur
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Ketuan plantun
No 5 sabah
No 4 selangor
No 3 wilayah persetuan kuala lumpur
No 2 johor
No 1 kedah

Sekolah menengah ngo (lelaki)
No 5 wilayah persetuan kuala lumpur
No 4 negeri sembilan
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Ketua plantun
No 5 wilyah kuala lumpur
No 4 negeri sembilan
No 3 selangor
No 2 johor
No 1 kedah

Sekolah menengah ngo (perempuan)
No 5 pulau pinang
No 4 negeri sembilan
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Ketua plantun
No 5 Sabah
No 4 negeri sembilan
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Krs (lelaki)
No 5 melaka
No 4 kedah
No 3 wilyah kuala lumpur
No 2 selangor
No 1 johor

Ketua plantun
No 5 kedah
No 4 melaka
No 3 selangor
No 2 wilyah persetuan kuala lumpur
No 1 johor

Krs perempuan
No 5 melaka
No 4 wilyah kuala lumpur
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Ketuan plantun
No 5 johor
No 4 wilayah kuala lumpur
No 5 melaka
No 2 kedah
No 1 selangor

Keseluruhan
No pulau pinang
No 4 kuala lumpur
No 3 kedah
No 2 johor
No 1 selangor

Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 04/10/2023

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas kurniaan rezeki kejayaan ini. Benarlah kata orang ”Usaha Tidak Akan Mengkhianati Hasil”.

Untuk makluman pasukan Kadet Bomba SMKRP telah dinobatkan sebagai Johan kawad kaki Peringkat Negeri Selangor, turut menjadi lebih manis apabila kita dapat mengekalkan Anugerah Ketua Platun Terbaik peringkat Negeri Selangor yg kali terakhir kita peroleh pada 2019 sebelum dunia terhenti akibat pandemik.

Terima kasih , tahniah serta syabas diucapkan kepada barisan Guru penasihat Kadet Bomba SMKRP, barisan Jurulatih yang bertungkus lumus mempersiapkan anak kadet dari segi keperluan, latihan dan persiapan anak-anak kadet pada tahun ini.

Tidak lupa juga pada Pentadbir SMKRP , Ketua Kampung Rantau Panjang dan juga YDP PIBG SMKRP , ibu bapa anak anak kadet, para alumni yang menyokong penuh serta memberi sumbangan dana pada pasukan tahun ini. Diharap kerjasama dan sokongan ini dapat diteruskan dari tahun ke tahun yang mendatang.

Kali terakhir kita mendapat Johan Peringkat Negeri Selangor adalah pada tahun 2017 dan naib Johan pada 2019 dibawah pimpinan Allahyarham ketika itu.

Kita berjaya membawa kembali kemenangan penuh kali ini pulang ke bumi Rantau Panjang. Terima kasih dan Syabas buat kalian semua.




Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 03/10/2023

Esok adalah hari yang dinantikan. Doakan perjalanan anak kadet ini. Doakan kejayaan buat mereka di peringkat Negeri esok. Terus kuat biarpun begitu banyak halangan dan cabaran.

Malam ini dijemput bagi alumni yang berkelapangan untuk hadir solat hajat jam 7.30 petang di surau SMK Rantau Panjang.

Moga dengan doa dari para alumni menguatkan lagi semangat anak2 ini.




Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 21/09/2023

Kejayaan anak2 kadet tempoh hari tidak akan dicapai sekiranya tanpa bantuan mereka ini. Para Alumni dari tahun-tahun sebelumnya.

Admin kongsikan moment belakang tabir sepanjang malam hari sebelum bertanding.

Terima kasih yang tak terhingga buat alumni yang hadir membantu dalam penyediaan pakaian anak2 kadet untuk hari bertanding. Jangan jemu untuk datang dan membantu memberi semangat pada generasi baru.

Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.





Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 19/09/2023

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt atas limpahan rahmat dan nikmat.

“Kita berjaya kekalkan bang”. Kita berjaya!

Walaupun agak ralat tanpa Allahyarham,
Walaupun berbagai rintangan dan dugaan disaat akhir sehari sebelum pertandingan.
Kita berjaya kekalkan kejuaraan kita yang kali terakhir kita gapai pada 2019 sebelum pandemik melanda selama 3 tahun. Malah lebih manis kita berjaya membolot semua hadiah yg dipertandingkan dimana kita gagal merangkul Ketua Platun terbaik pada 2019.

Untuk makluman semua, Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat SMKRP telah menjadi JOHAN dalam kawad kaki kategori GO Peringkat Daerah Klang sekaligus merangkul KETUA PLATUN lelaki terbaik kategori GO 2023 yang berlangsung di SMAT HISYAMUDDIN KG JAWA pada pagi tadi.

Anak-anak kadet ini akan mewakili daerah Klang bagi merebut kejuaraan di peringkat Negeri Selangor pada 3&4 Oktober 2023 bertempat di UiTM Shah Alam nanti.

Jutaan terima kasih pada ibu bapa, guru dan barisan alumni atas doa dan semangat yg begitu jitu diberikan pada anak-anak kadet. Semoga dengan kejayaan anak-anak kadet ini sedikit sebanyak merawat rindu para alumni pada kawad kaki era kalian.




Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 18/09/2023

“Assalamualaikum Bang, Kami datang. Esok anak2 kadet akan bertanding. “

Segala ilmu yang diberikan telah kami sampaikan pada generasi baru. Berbeza rasanya kali ni tanpa beliau.

Legasi ini kami teruskan. Walaupun berbagai dugaan dan cabaran, kami akan berusaha semaksima mungkin.

Terima kasih menjadi Pengajar/jurulatih kami, kenalkan kami dengan kawad kaki. Terima kasih menjadi seorang abang dan sahabat yg hebat, terima kasih untuk segalanya.

Kami jalan terus.

Alfatihah buat Allahyarham Mohd Hafizi Bin Mosleh.



17/09/2023

:: 2 HARI LAGI ::

Terlalu banyak liku-liku untuk bina pasukan pada tahun ni dek kerana pandemik yg melanda dunia beberapa tahun kebelakangan ini. 3 tahun kita terpisah dengan aktiviti kawad kaki yang lazimnya menjadi titik permulaan tahunan bagi SMKRP pada tahun-tahun sebelumnya.

Dari 49 anggota kadet yang menyertai kini hanya 35 orang anggota kadet yang masih bertahan. Rata-rata dikalangan anak kadet ini langsung tidak tahu apa itu kawad kaki.

Alhamdulillah, berkat kesungguhan anak-anak kadet ini, mereka telah bersedia untuk mengharungi cabaran di peringkat daerah klang 2 hari lagi. Doakan mereka! Restu ibu bapa, guru-guru serta barisan alumni yang juga punya secebis kenangan didalam pasukan akan menjadi kekuatan bagi mereka.

Doakan perjalanan mereka memburu dan mengekalkan kejuaraan yang kita telah kecapi tahun-tahun sebelum ini.

Aaminn ya rabb.

Baris! Baris sedia!

-stap vi-



Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 09/09/2023

Semangat juang mesti diteruskan. Berbaki 10 hari lagi sebelum hari bertanding.

Doakan anak - anak kadet ini diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala pembelajaran sepanjang latihan yang berbaki.

Doa dan restu dari ibu bapa, guru - guru, barisan alumni sangat diharapkan. Semoga anak-anak ini memperoleh kejayaan nanti demi SMK Rantau Panjang Klang dan uniform yang mereka sarung.

-Stap Vi-





Photos from Alumni Kadet Bomba SMKRP Klang's post 31/08/2023

Assalammualaikum dan selamat petang. Untuk makluman, telah berlangsung latihan fasa 1 selama 4 hari bermula 26hb kemudian 28hb sehingga 30hb kelmarin.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, guru dan jurulatih yg terlibat pada kali ini. Diharap kerjasama dan sokongan moral dapat diteruskan selama latihan intensif akan datang.

Latihan intensif selama 2 minggu akan bermula isnin ini 4hb September 2023 sehingga ke hari pertandingan.

Doakan semoga anak - anak kadet ini terus kuat dan bersemangat selama latihan sehingga ke hari pertandingan nanti.

-stap v-





Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Sekolah, Kampung Rantau Panjang
Klang
42100