23/04/2026
Khamis
23 APRIL 2026
Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026.
Pelaksanaan 10 minit bacaan senyap telah dijalankan oleh semua murid SKPJ dengan kelolaan Pusat Sumber SK Pandamaran Jaya.
Generasi Membaca, Generasi Berjaya!
23/04/2026
Majlis Peluncuran Kempen Cintakan Sejarah anjuran Panitia Sejarah SK Pandamaran Jaya telah dijalankan pada 20 April 2026 yang lalu.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Zarina binti Dzulkifli, Guru Besar SK Pandamaran Jaya.
Melalui kempen ini, murid-murid dapat menambah pengetahuan sedia ada mahupun baharu selain dapat memupuk semangat cintakan negara.
Pelaksanaan aktiviti penceritaan atau perkongsian sejarah oleh guru-guru Panitia Sejarah dilaksanakan setiap hari Rabu seawal 7.00 pagi.
18/04/2026
KEM KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA TAHAP SATU SK PANDAMARAN JAYA 2026.
Tarikh : 17 April 2026
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Wawasan SK Pandamaran Jaya
Sasaran : Pengawas Sekolah ,Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling SKPJ
Antara objektif program:
โ
Membina sikap bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah.
โ
Meningkatkan keyakinan diri murid dalam melaksanakan peranan sebagai pemimpin muda.
โ
Memupuk kemahiran komunikasi dan kerjasama dalam kalangan pemimpin murid.
13/04/2026
๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ข ๐๐-๐๐ ๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฒ๐
12 April 2026 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-40 Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni dan semangat kebersamaan.
Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Azmizam bin Zaman Huri, dengan kehadiran barisan pentadbir sekolah yang diketuai oleh Guru Besar, Puan Hajah Zarina binti Dzulkifli, Yang Dipertua PIBG, Puan Rohaya binti Mohd, barisan pentadbir sekolah, ahli jawatankuasa PIBG, para guru serta ibu bapa yang sentiasa komited terhadap kecemerlangan anak-anak.
Antara pengisian utama mesyuarat:
โ
Pembentangan minit mesyuarat sesi lalu
โ
Pembentangan laporan aktiviti sepanjang tahun 2025 dan kewangan PIBG
โ
Perbincangan usul-usul daripada ibu bapa
โ
Cadangan penambahbaikan infrastruktur dan program sekolah
โ
Penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan PIBG
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan mesyuarat ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Semoga kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa akan terus diperkukuh demi kecemerlangan murid SK Pandamaran Jaya.
โBerbudi, Menghormati, Dipercayaiโ
09/04/2026
Selamat Maju Jaya Cikgu Hasnida โฅ๏ธ
Montaj Majlis Perpisahan Pn Hasnida
Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
09/04/2026
Selamat maju jaya buat Cikgu Hasnida di sekolah baharu ๐ท
Berat hati ini untuk mengucapkan selamat tinggal kerana pemergianMu membawa bersama seribu satu kenangan yang terlalu berharga untuk dilupakan.
Terima kasih atas segala ilmu, kasih sayang, kesabaran dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang bersama kami di SKPJ โฅ๏ธ.
09/04/2026
Selamat maju jaya Cikgu Azimah , terima kasih atas segala jasa, ilmu dan kenangan indah bersama kami di SKPJ โฅ๏ธ
06/04/2026
Selamat datang ke SK Pandamaran Jaya Pn Hajah Zarina bt Dzulkifli. Semoga SKPJ lebih maju dan makmur di bawah tampuk kepimpinan puan.