07/03/2026
๐ โจ Salam Nuzul Quran โจ ๐
Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Inilah bulan agung yang menyaksikan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk bagi seluruh manusia.
Di dalamnya ada cahaya kebenaran yang memimpin hati, menerangi jalan hidup dan membezakan antara yang benar dan yang salah.
Marilah kita mengambil peluang di bulan yang mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Al-Quran dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian โบ๏ธ
Jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna โค๏ธ
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran โจ
24/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐
Alhamdulillah, pembinaan Maahad Integrasi Tahfiz An Najihin (MITAN 2) di Jalan Sri Jaya, Kg Bukit Kapar kini telah memasuki fasa pemasangan jubin.
Ramadhan adalah bulan gandaan pahala.
Jom rebut peluang keemasan ini untuk bersama-sama menyumbang dan menyempurnakan rumah ilmu ini.
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ๐ ๐๐๐ฎ๐ป/๐ฝ๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป. ๐๐ป๐๐๐ฎ-๐๐น๐น๐ฎ๐ต, ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐น-๐ค๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ฐ๐ฎ, ๐ฑ๐ถ๐ต๐ฎ๐ณ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐บ๐ฎ๐น๐ธ๐ฎ๐ป ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐น๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฟ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐น๐ถ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ต๐ฎ๐น๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด.
Hulurkan sumbangan anda ke:
Bank Muamalat (BMMB)
No. Akaun: 12040003253718
Nama Akaun: MIT An Najihin Centre
Sebarang pertanyaan atau makluman sumbangan boleh hubungi:
Us. Mawandi โ 013 393 6451
Bersama kita melahirkan Huffaz Profesional, Pewaris Ummah.
Semoga Allah menerima setiap infaq kita dan membalasnya dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. ๐คฒโจ
27/01/2026
โ๏ธ KENAPA PILIH AKADEMI AN NAJAH?
โ๏ธ Modul berasaskan pengalaman sebenar dan nilai murni
โ๏ธ Pendekatan yang menyeronokkan tapi berkesan
โ๏ธ Boleh disesuaikan mengikut keperluan sekolah dan tahap pelajar
โ๏ธ KELEBIHAN AKADEMI AN NAJAH
โญ Menekankan disiplin, etika dan nilai keagamaan
โญ Menyediakan ruang untuk membina kemahiran insaniah
โญ Membantu individu menjadi seoran yang berdikari dan berdaya saing.
๐ Jangan lepaskan peluang! Jom tempah slot bersama Akademi An-Najah sekarang!
โ๏ธ Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
26/01/2026
Pegang Allah, meski dunia terlepas.
Kerana bersamaNya, kita tak pernah kehilangan.
22/01/2026
*"SIBUKKAN DIRI DENGAN KEBAIKAN, SEBELUM PENYESALAN MENGAMBIL TEMPAT.โ*
Masa tidak menunggu.
Selagi ada peluang, pilih kebaikan.
Apabila ia berlalu, yang tinggal hanyalah penyesalan.
Teruskan berbuat baik, walau sekecil manapun.
20/11/2025
MELANGKAH KE ALAM REMAJA
Terima kasih warga SK Meru 2 atas jemputan ceramah melangkah ke alam remaja buat anak ii pelajar tahun 6โจ
Ingat dik, jangan rasa diri kita hebat sebab kita ada segalanya. Sebab bila Allah tarik satu je nikmat, baru kita sedar betapa banyak sebenarnya kita bergantung pada Dia.
26/06/2025
SALAM MAAL HIJRAH 1447
Tahun silih berganti, usia kian pergiโฆ
Andai semalam penuh dosa dan air mata,
moga esok terisi taubat dan cahaya.
Hijrah ini bukan sekadar langkah,
tapi doa agar hati lebih tenang,
iman lebih hidup, dan hidup lebih bermakna.
Aamiin Ya Rabbal โAlamin. ๐คฒ
25/04/2025
Nur Shaszarina โ seorang gadis lemah lembut, pemalu, tetapi punya jiwa yang besar. Anak sulung yang sentiasa menyimpan azam tinggi demi masa depan yang lebih cerah kelak. Kejayaan dalam SPM ini bukan datang mudah. Ia lahir daripada kesungguhan yang sunyi, doa yang tak pernah putus, dan semangat yang tak pernah dilaungkan tetapi tetap menyala dalam diam.
Masih teringat satu kisah yang menyentuh hati kamiโฆ Saat program sekolah bertembung dengan kursus akademik, ayahnya tanpa ragu membuat pilihan. Usai sahaja Perkampungan Ilmu di sekolah, si ayah terus memandu dari Sungai Besar ke Shah Alam, demi memastikan anaknya tidak ketinggalan walau sehari dalam perjuangan menuntut ilmu.
Itulah hebatnya kasih seorang ayah. Dan itulah hebatnya Shaszarina, yang tak pernah abaikan peluang, walau perlu berkorban masa, tenaga dan perasaan.
Terima kasih juga kepada Lembaga Zakat Selangor atas tajaan 6 siri Kursus Akademik Tingkatan 5. Bantuan ini bukan sekadar sokongan, tapi menjadi asbab lahirnya sebuah kisah kejayaan yang akan terus kami kenang.
Tahniah Shaszarina. Teruslah melangkah dan gembirakan hati kedua orang tua.
25/04/2025
Kesusahan hidup bukanlah alasan untuk berhenti bermimpi.
Alia Farhanaโseorang anak yang tidak pernah kenal erti putus asa. Dalam segala kekurangan, dia tetap berdiri teguh, membawa harapan keluarga dalam setiap langkahnya. Hari ini, Alia membuktikan bahawa dengan usaha, doa, dan sokongan yang tepat, segalanya tidak mustahil. 10A dalam SPM bukan hanya angka di atas kertas, tetapi lambang perjuangan seorang anak yang mahu ubah nasib keluarganya.
Kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor atas tajaan dan kepercayaan kepada kami untuk menabur bakti kepada anak-anak ini bagi mengikuti Kursus Akademik Tingkatan 5 sebanyak 6 siri. Tanpa sokongan ini, mungkin perjalanan mereka tidak akan sejauh ini.
Sedih bila mengenang detik-detik di kemโAlia yang selalu ceria, lantang bersuara, dan memimpin rakan-rakan dengan penuh semangat. Kepergiannya dari pentas ini tinggalkan ruang kosong yang sukar diganti. Tapi kami percaya, di luar sana, dunia sedang menanti seorang bintang yang akan terus bersinar.
Teruslah terbang tinggi, Alia. Kami bangga dan akan terus mendoakanmu.
24/04/2025
TAHNIAH PEJUANG SPM 2024!
Hari ini bukan sekadar hari keputusan diumumkan โ
Hari ini adalah bukti bahawa segala usaha, air mata, doa, dan pengorbanan kalian BERBALOI.
Keputusan SPM bukan penamat โ
Ia adalah permulaan kepada masa depan yang luar biasa.
Sama ada keputusan itu menggembirakan atau menguji ketabahan,
yang penting, kamu telah berjuang dengan hati dan sepenuh jiwa.
๐Kepada yang berjaya dengan cemerlang โ teruskan terbang tinggi.
๐ช Kepada yang belum capai apa diimpikan โ ini bukan pengakhiran, ini batu loncatan.
Kamu luar biasa.
Kamu hebat.
Dan dunia sedang menunggu untuk melihat siapa kamu akan jadi!
Lepaskan nafas lega. Angkat dagu. Langkahkan kaki.
Masa depan milikmu.
16/04/2025
300 PELAJAR SK PUCHONG INDAH
โBila tengok anak-anak ni menadah tangan, ada yang dah mula sebakโฆ terasa sayu. Bukan sebab kena marah. Tapi sebab hati mereka mula rasa sesuatuโฆ tentang hormat, tentang sayang, tentang adab yang kita kadang lupa nak ajar hari-hari.
Kita selalu kejar anak pandai, skor exam, jadi nombor satu. Tapi kita lupa โ yang paling mahal tu bukan markah, tapi akhlak.
Di Akademi An Najah, kami percayaโฆ bila hati disentuh, hidup akan berubah.
Biar kecil sekarang, tapi besar nanti mereka ada jiwa yang kuat dan akhlak yang indah.
Nak anak-anak jadi baik bukan esokโฆ tapi bermula hari ini.
Tempah slot program kami, dan mulakan langkah pertama.