Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun Klang

Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun Klang

Share

Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun adalah salah sebuah sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.

17/12/2025

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Murid SRA Jalan Kebun Tahun 2025 πŸŽ“πŸŽ‰

16/12/2025

hanya berbaki beberapa jam saja lagi..doakan moga majlis dipermudah dari mula hingga tamat majlis..

boleh tonton live fb 😁

01/05/2025

*MAKLUMAN PERMOHONAN MURID MENUNGGU SESI 2026 DI SRA JALAN KEBUN, KLANG*

Bagi ibu bapa / penjaga murid yang ingin memohon untuk kemasukan murid tahun 1 hingga tahun 6 sesi 2026 hendaklah mengisi Borang Maklumat Murid Menunggu dengan mengimbas kod respon pantas _(Qr Code)_ pada *02 Mei 2025 (8:00 pagi)* yang boleh diperoleh daripada :

a. Telegram sekolah : *SRA JALAN KEBUN (INFO)*
b. Facebook sekolah : *Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun Klang*
c. Pondok Pengawal Keselamatan

Murid *sedia ada* dari tahun 1 hingga tahun 6 yang telah belajar di SRA Jalan Kebun tidak perlu mengisi borang ini.

Pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa / penjaga murid *sekiranya ada kekosongan tempat* dan tidak terikat untuk menawarkan tempat kepada murid tersebut.

Permohonan ini hanya sah sehingga *09 Januari 2026* sahaja. Sekiranya pihak ibu bapa / penjaga murid tidak menerima sebarang panggilan selepas tamat tarikh berkenaan, ini bermaksud tiada kekosongan tempat di sekolah ini.

Sekian, dimaklumkan.

06/04/2025
06/04/2025

MAKLUMAN PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU BAGI SESI 2026

πŸ“ Ibu bapa/penjaga yang ingin mendaftarkan anak ke Tahun Satu Sesi 2026 di SRA Jalan Kebun perlu mengisi Borang Permohonan Pendaftaran melalui Kod Respon Pantas (QR Code) yang boleh diperoleh daripada :

a. Telegram Sekolah : SRA JALAN KEBUN (INFO)
b. Kain Rentang Iklan Sekolah
c. Facebook Sekolah

πŸ“ Ibu bapa/penjaga perlu mengimbas Kod Respon Pantas dan lengkapkan semua maklumat yang diminta kemudian hantar permohonan (submit ) secara talian.

πŸ“ Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat tidak lengkap. Semua dokumen hendaklah dimuat naik (upload) dalam bentuk PDF sahaja.

πŸ“ Ibu bapa/penjaga hendaklah membaca dengan teliti setiap arahan dalam borang permohonan tersebut sebelum menghantar permohonan. Sesungguhnya membaca itu amalan mulia.

πŸ“ Bagi ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak kembar perlu menggunakan alamat email yang berlainan kerana satu email hanya untuk satu permohonan sahaja.

πŸ“ Penempatan adalah terhad.

πŸ“ Tarikh pendaftaran bermula 7 April 2025 (08:00 pagi) hingga 30 April 2025 (05:00 petang) sahaja. Pendaftaran akan ditutup apabila kuota telah penuh walaupun tarikh pendaftaran belum tamat.

πŸ“ Syarat – syarat kemasukan dan dokumen – dokumen yang perlu dimuat naik dalam talian adalah seperti tertera pada poster.

πŸ“ Pengesahan murid Tahun 1 perlu dibuat pada 4 Ogos 2025 hingga 29 Ogos 2025. Ibu bapa/penjaga perlu sentiasa mengikuti dan menyemak telegram sekolah untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini.

Sekian, dimaklumkan.

03/02/2025

*MAKLUMAN PENGURUSAN PENTADBIRAN BERBEZA DI ANTARA SRA JALAN KEBUN, KLANG DAN SRA JALAN KEBUN DUA, KLANG*

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor telah membuat penstrukturan semula pentadbiran pengurusan Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun, Klang kepada dua pentadbir yang berbeza berdasarkan kepada surat JAIS.BPI.700-2/3/2(15), bertarikh 31 Januari 2024.

Sehubungan dengan dengan itu, mulai sesi persekolahan 2025 yang akan bermula pada 17 Februari 2025, SRA Jalan Kebun akan dibahagi seperti berikut :

i) SRA Jalan Kebun (Blok A, di Jalan Bakri)
ii) SRA Jalan Kebun Dua (Blok B & C, di Jalan Batu 7)

Oleh yang demikian, pihak ibu bapa boleh membuat semakan nama murid sama ada di tempatkan di SRA Jalan Kebun, Klang atau di SRA Jalan Kebun Dua, Klang berdasarkan kepada link berikut :

i) https://rb.gy/bgh1mb (SRA Jalan Kebun)

ii) https://rb.gy/rq5s6l (SRA Jalan Kebun Dua)

Pihak ibu bapa diminta terus berurusan dengan pentadbir sekolah masing - masing berkuatkuasa 17 Februari 2025. Untuk sebarang info pihak ibu bapa boleh mengikuti group telegram sekolah masing - masing di

https://t.me/srajalankebun (SRA Jalan Kebun)

atau

https://t.me/srajalankebun2 (SRA Jalan Kebun Dua)

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak ibu bapa dalam perkara ini amat diharapkan.

Sekian, dimaklumkan.

lookerstudio.google.com

14/01/2025

πŸŽ“ HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID SRAJKD 2024 πŸŽ“

Hari : Rabu
Tarikh : 15 Januari 2025
Masa : 8:00 pagi
Tempat : Dewan Mumtaz SRAJKD

Ikuti Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid SRAJKD 2024 di pautan πŸ‘‡πŸ»:

https://www.facebook.com/share/19tcKKXPg7/?mibextid=wwXIfr

Terima Kasih dan Selamat Menontonβœ¨πŸ˜‰

03/01/2025

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 🀩😍

4/1/2024
SABTU

Want your school to be the top-listed School/college in Klang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Bakri Batu 7 Jalan Kebun
Klang

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00