15/09/2017
Majlis sanjungan budi lambaian kasih..
Majlis perpisahan sempena perpindahan pn. Pengetua SMK Convent Klang, Pn. Hjh. Rohimah bt. Muhammad.
Terima kasih atas segala yang telah dilakukan bagi menjadikan SMK Convent sebagai antara sekolah yg cemerlang,gemilang dan terbilang di daerah Klang.
Kami mendoakan kejayaan Pn.Hjh. di sekolah baru.
31/08/2017
31 OGOS DATANG LAGI
Setiap kali tibamu Ogos
mengerling monumen yang lusuh dan tugu berdarah
dalam matang akal fikir
semangat dan kudrat masih berbaki
merisik khabar pejuang yang jauh
dalam lipatan darmawisata merdeka
mahalnya nostalgia.
Manis dan comelmu Ogos ini tiba jua
menyentak lolong makrifat membiak musim
ceriteranya berderai plotnya berkecai
mengirai skrip duga yang tak sudah
atas aspal fatamorgana bumi bertuah.
Ogos yang sujud di kaki merdeka
tanggal tiga puluh satumu tidak pernah hilang
tetap menyimpul senyum
meskipun termateri kenangan pahit
yang mahal dan cantik.
Hari ini mentari 31 Ogos memancar lagi
bersama gemersik angin di bumi bertuah
mendewasakan ukhuwah dan ummah
siap siaga warga berdaulat memahat sejarah
dalam tamadun bangsa yang gah.
Terima kasih pejuang tanah merdeka
terima kasih aduhai tanah airku Malaysia!
25/08/2017
Majlis penutupan bulan kemerdekaan... KERANAMU SEHATI SEJIWA...
24/08/2017
Solat Hajat dan Ceramah Keibubapaan oleh ustaz Pahtol Mohd Juoi
11/02/2017
Perasmian dan ceramah Sarana daripada tuan perasmi Dato'Seri
08/02/2017
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 SMK Convent Klang Tahun 2017 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh:11 Februari 2017
Hari:Sabtu
Masa:8.00 Pagi
Semu ibu bapa pelajar SMK Convent Klang dijemput hadir.
Marilah kita bersama membantu membangunkan kecemerlangan sekolah.
15/10/2016
Ydp pibg smk convent klang dan barisan ajk bersama perasmi..Dato' Malek Noor di Majlis Graduasi 2016